Friday, July 30, 2010

Aku yang gugup...

Aku tak faham kenapa aku mesti berperasaan gugup dikala ini. Adakah sebab esok aku ada diskusing ngan bos sehinggakan membuat aku tersangat gugup seperti sekarang? Haiii,kalaulah hati boleh berbicara....

********************************(>_<)****************************

Ceritanya bermula di sini...
Pada 2hb ogos ( isnin ) ni, penyelia aku yang juga merupakan site supervisor akan bercuti-cuti eropah ke Copenhagen,Denmark selama 3 minggu. Agak-agak lama ke 3 minggu tu? Dijadikanlah ceritera, semua tugas-tugas yang dia buat seharian di ofis akan diserahkan kepada aku ( pengganti sementara ja lah,jangan perasan. Ko tu cuma trainee ja di ofis tu :p ).
Tugas-tugas yang aku mesti buat...jeng jeng jengg...tunggu esoklah ya. Malas aku mau cerita lebih-lebih hari ni. To be continue esok hari la...belum dapat conclusion lagi pun. Esok bos Daniel inform juga apa yang harus dan tidak harus aku lakukan.

****************************** (>_<)****************************

Sudahkah anda dapat bayangkan apa yang membuat aku gugup sekarang ni? Sudah?? Haa,bagui lah kalau macam tu. Hehe,sesungguhnya penantian itu sungguh mendebarkan...:)

Sekian terima kasih.



Tuesday, July 27, 2010

Ceritaku-07

Satu lagi cerita tentang Aku dan dia...


Setelah seharian badan asyik lemah ja pada kelmarin hari, akhirnya hari ni suhu badan aku dah mula susut. Syukur alhamdulillah, pelik juga ya. Kelmarin panas betul,mungkin mengambil masa 3, 4 hari baru sembuh. Tapi ni 1 hari setengah dah hampir pulih. Alhamdulillah, sesungguhnya nikmat Allah S.W.T. itu tidak terhingga.

Sampai ofis dalam jam 8.05pagi. Teringat pulak satu benda, aku sebenarnya mau wish ngan en. Badrul, mantan bos aku di site ofis tu. Aku pun mula la menaip,

Aku :" Selamat kembali ke pangkuan keluarga. Terima kasih ngan bimbingan & tunjuk ajar selama ni. Lepas ni xda sudah ssapa yang ble bagi advice ngan sy sebaik en. bdrl :)".
En. Badrul :"Terima kasih,jgn risau byk sgt,ikut saja apa yg jorge jones buat. Dia org tu byk site exp.ok dan good luck. Belajar rajin2.skrg pluang byk, jgn tingglkan".

Fulamak, sedihnya ayat tu,macam ayat 'bunga sakura' pun ada. Tapi realitinya memang benar kami satu ofis merasa akan ketiadaannya di ofis. Hisk3,sangat sedih.



Monday, July 26, 2010

Ceritaku-06

Aku berharap menemui seseorang yang dapat memberikan tunjuk ajar tanpa di minta. Aku sudah menemuinya 5 minggu yang lepas, tapi kini beliau meninggalkan kami di sini tanpa harapan dan paksaan. Aku hanya boleh mendoakan beliau agar kehidupannya sentiasa dipermudahkan.

Hari ini adalah hari terakhir beliau menjejakan kaki di site oficce ni. sebelum bertolak lebih kurang dalam jam 12.10 tengahari, beliau bersalam-salaman dengan kami. Aku hanya berdiam sebab suhu badan aku tengah tinggi masa tu. Mungkin demam panas.




Wednesday, July 14, 2010

ceritaku-05

Setelah sekian lama ku meninggalkan site ni...kini aku menjengahkan diri semula ke dalam blog nih. Huhu,sungguh terharu,pilu dan sayu. Actually,sebab aku tak dapat update blog aku sebab....kat umah dah tak bleh online la.Entahla kenapa,yang pasti modem TM abang aku tak on Suisnya. Sekarang kat ofis. Apa aku mau cerita ya?

Oh ya, aku sekarang tengah buat research dengan membaca novel karya Ruhaini MatDarin ( staf tempat aku training ni, tapi dia duduk di main Ofis dan aku pula duduk di site ofis ). Banyak yang telah aku temui,lebih2 lagi tentang benda2 baru atau lama tapi baru ku sedari hakikat akan kebenarannya. Chewah....heheh,naa kan. Dah kena tegur dek En Badrul sebab aku menaip keyboard ni kuat sangat bunyinya dan terlalu cepat ( kononnya...).

Sunday, July 4, 2010

Ceritaku-04

Engineer kami pernah menanyakan soalan yang berbunyi macamni ngan aku.." Dayg,amacam...kerja ke atau belajar yang lebih susah?"
saya jawab " Kerja susah sebab masanya dari pagi hingga ke petang. Belajar susah kerana mempelajari benda baru...".
Certainly ianya susah kan tapi lebih senang dari kerja sebab kelas tak sepenuh masa.Anytime free boleh tido takpun jalan2 beli belah.
Apa yang aku ingin paparkan di bawah ini ialah apa yang aku sempat rakamkan dalam minggu ni. Jom kita mulakan kisah ini sekarang...Check it out!



Tak lama lagi fajar terbit. Bersiap-siap untuk pergi kerja.



Novel karya Ruhaini MatDarin. Terbitan PTS Fortuna. Nak tau siapa Ruhaini MatDarin? Dia merupakan staf di Global Upline Sdn. Bhd. Di mana saya juga menjalani praktikal di syarikat ini. Pernah ketemu 2 kali dengan dia, orangnya cukup manis juga dan hobi mestilah minat membaca.



Antara cowok-cowok poliKK yang sempat di kandid. Baru pulang dari shoping moping. Apa yang menarik yang ingin saya kongsikan di sini ialah makanan yang paling sedap di kalangan pelajar asrama. Tentulah Mee Sedaap....








Friday, July 2, 2010

Ceritaku-03

Aku rasa aku minat dengan seseorang. Rasanya tak salah kan memberi hati untuk seseorang yang dirasakan istimewa. Tapi jangan silap tafsir pula. Menyayangi bukan bermaksud menyintai. Mungkin kita menyayanginya kerana dia memiliki sifat-sifat yang membuat kita merasa kagum dengan pencapaiannya. Bagus juga kan,Ianya hanyalah sebagai pemacu semangat ku untuk melangkah ke depan dengan penuh keyakinan demi meraih kejayaan yang diimpikan.

Thursday, July 1, 2010

Ceritaku-00

yeaayyy....setelah pelbagai eksperimen dijalankan,akhirnya aku berjaya juga untuk menukar templat blog aku nih. Susah-susah je. Sorou peh,semangat semula untuk meng'update' blog yang dah ketinggalan ditelan arus zaman ni.

Inilah site office yang mana gue akan menjalani Latihan Industri selama 5 bulan sahaja.




Workers sedang memuatkan adunan konkrit yang di order dari SMC. 1 bucket=1m3




Tugas yang dilakukan pada hari ketiga. Malunya gue, supervisor gue cakap macam ni " ok,setakat ni kau Failed ". Dia komen pasal cara aku pegang sudip tu tak betul. Sekali dia yang pegang,sama juga tak betul. Kepala sudip tu dah longgar rupanya.
Ceritaku-01

Punyala aku jeles bila saja mendengarkan akan cerita disebalik karier ' my idol Engineer '.
Dijadikan cerita, tadi aku sembang2 ngan supervisor aku. Ceta pasal ke mana perginya En Badrul. Aku ckpla ngn apa yg aku lihat,aku cakap aku ternampak akan En. Badrul menaiki sebuah kereta Myvi ngan seorang wanita...terus Jorge ( supervisor aku tu ) mencelah,oooo....dia jalan ngan bini dia tu.Bini dia tu orang
Jepun. whats??? Aku pura2 terkejut, wahh...patutlah dia mahir bercakap jepun. Lagi pernyataan yang buat aku semakin jeles,Jorge cakap En Badrul tu dulu memang pernah belajar di Jepun. Tajaan Dr Mahathir ( bekas PM kita dulu ). Wah,memang hebatlah En. Badrul ni kan...lepas belajar di Jepun,dia bekerja pula di negara tu dan seterusnya menemui jodohnya dengan orang tempatan. Wowww, i like it. Aku semakin bersemangat untuk mengikuti jejak langkah beliau. InsyaAllah,di mana ada kemahuan...di situ ada ' Highway ' kan???