Saturday, September 25, 2010

Gambar raya

Antara babak yang sempat di kandid pada hari raya pertama. Actually, masih banyak lagi gambar yang tak sempat di upload. Bila aku try add another image, pilih 5 gambar then upload, lama betul loading. So,untuk mempercepatkan proses ( bagi aku la ), aku add la satu2. Banyak sangat kerja, ini ja la hasilnya. Cukupla ni ja untuk kali ni ye....


Test kesedondonan. Sedondon tak? Cakap Iya cepat!



Ni abang Ub yang shoot. Why we all look at the left side? Sebab dia bilang " Cuba kamu tengok sana...! " Kami pun bagai dipukau serentak menoleh ke kiri. Padahal takda pun aktress terkenal menari2 di sana. Yang ada hanyalah hutan belantara. Cehh



Semua kesukaan bila masuk bab-bab kandid mengkandid ni. Nampak tak muka-muka kami yang excited tu? Muka-muka kesukaan la tu. :D



Abang Ub, I, Yayang dan budak kecil ( takla kecil sangat, dah dekat masuk 6 tahun ) yang trip manja tu ialah Haikal Danial.



Mesti ada posing macam ni. Pura-pura kandid lah konon. Padahal timbul-timbul dah urat leher gara-gara terlampau peleng. Dalam hati say , " Bila nak kena snap ni? "
Mama is yang di tengah2.



Saat-saat yang dinanti-nanti. Bergambar 1 femli. Lepas ni ada lagi yang mau ditampal di dinding rumah. :)


K lah,nak out dah ni. To be continue >>>






Monday, September 20, 2010

Trouble

Dengan hati yang gembira, aku pun melangkah dengan penuh keyakinan masuk kedai buku yang paling glamer di kalangan pengunjung Centre Point. Tiba-tiba.....

" oppsss, miss tak boleh bawa minuman ke dalam...". Aik,yaka pulak? hehe, sory. Ala,masih banyak lagi ni minuman Yoyo yang aku beli first time hari ni. ( selama ni patak2 ngan kawan saja, haha...upsss ).
" Ko pusing2 dulu di luar sampai habis minuman ko...". Tanpa dijemput watak pengawal keselamatan muncul ( dengan mimik muka yang menyampah tengok aku ). Aku apa lagi...lah, rilek la aunti. Takkan tu pun hangin kot?


Aku lalu membatalkan niat suci dan ikhlas aku untuk masuk ke kedai buku itu demi mencari glossy paper. Lalu aku singgah di kedai menjual peralatan komputer di depan kedai buku tu juga ( tak la jauh sangat, lebih kurang 10 langkah ja dari pintu kedai buku tersebut. Di sana ada kawan skul lama aku. Aku pun sembang2 jap ngan pelanggan yang dengan muka excited beliau menanyakan kepadaku,

" ni ka gambar yang ko print ngan printer ko sendiri? Aik, bila masa aku pernah cerita ngan dia yang aku pun ada printer sama model ngan yang dia beli ni? CANON MP258. Dia menyambung lagi..." cantik ah gambar dia, ko guna ink ori ka ni? Of coz la..!! i answer.


***Sebab terlampau siok sembang2 pasal hardware komputer sampai aku terlupa niat sebenar aku untuk mencari glossy paper***

Tiba-tiba tanpa diduga security guard tadi datang menemui aku dan berkata..." kertas yang ko pegang tu ko ambil di mana? Aku mau tengok di mana ko ambil ni kertas."

Aku jawab " aku belum masuk lagi pun kedai tu, U know that auntie? Manala aku sempat ambil barang2 di dalam kalau ya aku ni pengambil..."

Aunti tu masih tak puas hati. " Mana resit bayaran yang membuktikan ko betul2 dah bayar kertas ni? ".
" Aih, ni dah lebih ni. Takkan aunti masih tak percaya, ko tengok sendiri ni ha,dah berapa banyak kertas aku guna, siap print cantik2 lagi. Dalam masa tak sampai 5 minit manala sempat p print..." Aku menggumam dalam hati, berbunyi begini " Hey bebeh, tolong sket ye, stakat kertas gini takkanla aku mau mencuri pulak. Buat malu betol owh perangai dia ni ".


Tanpa berlengah dia pun berlalu. Malu kot? . Tu la, lain kali cakap siang pandang2,cakap malam dengar2. Aku hypertensi sekejap. Berdiri di bawah sinaran air-cond tapi masih keluar peluh. Heran sia dih! Suhu sejuk macam tu pun aku masih mendidih.

Lepas dia berlalu, aku rasa kesian pula dengan dia. Mungkin dia ada 'private probs', tu la melepaskan dengan cara macam ni.

* But why release it to me???*



Sunday, September 19, 2010

Hujung Minggu yang hebat

Hujung minggu adalah hari yang paling best sebab apa kita especially aku la, dapat meluangkan masa untuk diri sendiri. Lebih-lebih lagi bagi insan-insan yang masih solo. Haha, best apa. dapat bangun lewat ( this is not my habit ok! )
Paling best dapat meluangkan masa untuk melakukan hobi. Cerita tentang hobi, aku ada banyak hobi. Hobi lama dan hobi baru. Hobi lama melukis, hobi baru berangan mau ada kereta modifikasi sendiri. wah3...insyaAllah kalau ada kereta sendiri, xperlulah yang mahal-mahal. Cukup untuk memuatkan diri sendiri . Bunyi macam kereta dua pintu ja. Laa, cool bebeh. Jangan melatah pula OK.

Oklah, memandangkan hari ni hari minggu, aku mahu share apa aktiviti aku hari ni.
  1. Pertama sekali bangun dari lena dan on laptop. Pastu ambil sarapan.
  2. Mengecat dinding bilik.
  3. Bersihkan bilik, dan seluruh lantai rumah.
  4. Online dan modifikasi sedikit blog ni
Mau cau dah.babai...:*