Monday, December 20, 2010

5 in 1 Holidays package

Jom...mari-mari,banyak murah... hehe, macam lelong pula. Sangat seronok percutian kali ni. Aku, Dia ( ehem2 ) dan 4 orang lagi peserta untuk perjalanan kali ni. Apapun, sangat exyted yang tak terkata. Jom, cekidaut!


Suasana pagi yang hening. Sekitar jam 7.45 pagi. Rinduuu...ngan kampung sendiri.



Lembu-lembu tersayang...:*




Tengah sarapan pagi.



Sabah Tea Garden that us has been to stay & drink-drink tengahari.



Pemandangan dari restoran Sabah Tea Garden.



Teh Tarik Nalapak home made. Yummmy, pekat dan berkrim. Di kedai keling manada teh macam ni. Di sini saja ada. Emm, benar-benar hao liau...


Celyesca kelihatan sangat menghayati kelazatan teh tarik di sini. Sedaap, yummy...



Bukti bahawa aku benar-benar telah menjejakkan kaki ke ladang teh ini sendirian ( Sendirian? ) T__T


Menghayati keindahan alam semulajadi di persekitaran Ranau. Raflesia was full blooming with 76cm of diameter.



Singgah sebentar di gerai tepi jalan. Beli souvenier untuk mama tercinta. Tapi aku pula yang excited lebih-lebih ni apahal? Hehe, yang penting aku gembira sangat hari ni. :D. Gembira sebab ada barang ditapau balik. Takla sia-sia perjalanan aku hari ini. Heheh T__T



Perjalanan balik menuruni bukit sepanjang daerah Ranau. Teruja sikit, tidak banyak sebab kabus tebal, baru lepas hujan turun dan kesimpulannya gunung kinabalu tak dapat dilihat. Takpa, next time lagi pegi sini. InsyaAllah...

Saturday, December 18, 2010

Kelebihan & kekurangan anak bongsu

kelebihan anak bongsu




BUDAK MANJA!!

menyampah
LEMAK LA KO NI
Gedik
MENGADA-NGADA
Getik aku
Nak Bagitau Mak La Tu!!
Ko mesti nak lebih kan


Ni adalah ayat-ayat biasa dan biasanya diterima oleh para anak bongsu sekalian, menunjukkan betapa tak puas hatinya para abang-abang dan kakak kakak sekalian terhadap adik bongsu diorang yang sorang tu.(in case kalau bukan anak kembar).Biasalah, kecik-kecik mana mumayyiz lagi.Bongsu memang selalu jadi sasaran abang dan kakak lepas geram derang . Untuk para anak bongsu di luar sana , jangan rasa down sangat. Meh sini aku share something yang buatkan korang berasa betapa bahagianya hidup sebagai orang yang paling muda dalam keluarga!



1.Baju Senantiasa BARU
Bukan takat baju je, beg, kasut, songkok, sumer barulah senang citer. Kalau adik beradik sumer laki, dari yang sulong, ke no. 2, dari no.2 turun ke no.3 , biasanya akan pakai barang yang sama dan serupa sepanjang zaman. Tapi bila sampai yang bongsu je , tiba-tiba bertukar menjadi baru , eh? magic betul!


2.Besday party tak pernah miss.
Dan tiapkali itulah pasti akan dapat hadiah yang best-best. Macam buku cerita , muqaddam, buku sifir, buku mari mewarna , best kot ada kaler2..
Ok-ok, aku hipokrit .Ayahanda ni seorang yang berjiwa muda. Dulu gamaknya dia geram nak main keter control , so dia belikanla kat aku sebijik. Teringin gak sebenarnya tapi bonda selalu larang aku dari mintak bukan-bukan ,apatah lagi yang mahal, jadi tak jadi mintak, kalau mintak sure dapatnye. Tapi ayahanda kasi gak time besday , uishh, melonjak macam orang gila . Walaupun ayahanda cover baeeknya, dengan gunakan alasan hadiah besday aku untuk mengaburi mata bonda, tapi hepi tetap hepi. Kira win-win situation la ni.


3.Sentiasa Menang Dalam Pergelutan
Sedangkan lidah lagi tergigit , inikan pula adik-beradik.Dari berebut nak tengok citer kat tv sampai ke meja makan, rebut ayam bahagian drumstick, PASTI, dan sepasti-pastinya yang bongsu tu akan menang.Entahla.. aku pun tak sure pasal apa,agaknya memang bongsu ni dilahirkan untuk menjadi juara kot.


4.Sampai Paling Awal
Masa zaman kereta saga/wira dahulu kala, posisi antara dua seat depan memang menjadi idaman adik-beradik. Yang tengah tu, kat belakang hand-break ngan gear tangan . Bergaduh-gaduh la sepanjang jalan nak sampai Teluk Batik. Masuk keter abang biasanya dah mengepak kat tengah-tengah tu, macam burung rajawali. Haram tul, buleh-buleh tanak beralah. Last-last Bonda pun cakap kat bongsu ni;
"Dek , meh sini duk atas riba Bonda meh, duduk depan laagi cepat sampai..".
Sambil buat muka kerek kat kakak2 dan abang2, si Adek pun pantas ke riba.Tak dapat duk tengah pun takpe, janji sampai dulu. ..huh.


5.Kenduri Kahwin Paling Grand
Ihik , ihik , ihik... Kena plak korang anak bongsu yang jauuuuuuh nun, memang lucky. Masa tu ekonomi keluarga dah lebih dari stabil. Parents dah tentunya merasakan kenduri anak last derang patut yang paling bermakna, sebelum.... sebelum... sebelum apa-apa yang patutla.Meraka akan berhabisan tanpa rasa berkira. Pastu plak , kak Chik sponsor skit, Angah tampung sini skit. Pelamin si Teh setelkan. Along? macam biasa akan wat nehi je,tak amik port mende-mende remeh camni. Keje dia ,setelkan dewan hotel. Wahh....Kami tak pernah meminta, tapi rezeki jangan ditolak.


Kekurangan menjadi anak bongsu

Tau-tau..

Walaupun ramai orang yang nak jadi anak bongsu , bukan semua yang berkaitan bongsu itu indah belaka.Korang takkan tau betapa bahagianya bila ada orang panggil abang .Ha ah korang takkan rasa sebab korang bukan anak bongsu. Pengalaman aku menjadi anak bongsu selama suku abad, rupanya banyak benda yang tak best tentang anak last nih..Bawah ni aku pointkan 5 (ja) ,benda yang tak best tentang anak bongsu ni.


1.Tiada dahi untuk disekeh
Masa kecik ,aku jeles tul ngan member aku , merangkap jiran sebelah rumah ini. Biasanya kalau nak pergi mancing ke, pasang jerat burung wak-wak ke, nak main polis sentri ke, mesti adik dia melorot-lorot nak ikut sama.Tak bawak kang, nangis, repot kat mak, leceh plak. Ye tak ye , bawak je la skali. Kalau nak nyeberang longkang, menangis-nangis mintak nak tolong sebab sendrik lompat tak lepas. Abang ni pun baikla hati, tolong jugak la adik dia, tapi "orang kata jangan ikut, yang ngengada ikut pasal apa!!?"..sambil menyekeh dahi adik .(klekuk!: efek bunyi sekehan).,,Apa punya abang daa..Tapi puas beb dapat sekeh dahi adik sendrik. Haish..ringan je tangan ni ngenangkan tu adik orang je..



2.Bukan Idola
Berapa ramai kat sini yang menjadikan abang dia sebagai idola hidup? Yang jadikan kakak dia yang study kat Jordan tu sebagai role-model untuk berjaya?. Cabut bulu kening kalau cakap takde.
Tapi pernah dengar tak abang jadikan adik bongsu sebagai idola? takde kan. At least bukan adik bongsu, sebab......... bongsu kot, berhingus lagi.Nak sembang lebat pun tak tau kat sape.



3.Kerap Kene Bebel
Cubalah try cakap," saya ingat saya nak pindah US la."
Takyah mintak, adela yang kasi pendapat tu kang, Yang mengkondem boleh tahan ramai. Yang paling banyak membebel , itu ha ,yang sulung tu. Macam-macam dia bantai , degil la, suka wat hal sendiri la, tak pentingkan keluarga la, buang mak la, anak derhaka la.Siap sedia la ,sampai 7 keturunan kene curse ngan family.Then, bila cakap balik; " Ulu Selangor je lah..kihkihkih"

.....


Tu pun still kene bebel lagi," , tu laa dulu tanak belajar pandai-pandai,orang suruh pergi sekolah ko pergi rembat tebu kebun Pak Abu , mana ada Ulu Selangor, Hulu Selangor adala!! ,bongok, bangang, tolol ,bla bla bla bla bla..bodoh piang!"

arghht!!


4.Mudah Hanyut Ke Lembah Kebinasaan
Walaupun selalu kena bebel, bongsu selalunya orang paling kurang terkesan dengan bebanan yang keluarga tanggung..Lagi-lagi bila masing-masing sudah ada haluan sendiri, so, dia bebas nak buat apa sebab tak payah risau ,takde adik yang nak ikut jejak dia. Bila komitmen dah takde ni la, hidup dah umpama layang-layang terputus tali..



5.Lonely
Sindrom biasa yang dihadapi oleh anak-anak bongsu sedunia, ialah Over-speed Pre-Mature , ataupun tempoh pra-matang yang pantas. Rata-rata bongsu lagi cepat matang kerana dapat observe sendiri pengalaman abang-abang ngan kakak-kakak dia ketika membesar. Disebabkan cepat matang inilah , menjadikan dia seorang yang berdikari, dan mahu bebas dari keluarga seawal yang mungkin.Tak pasti kenapa dia suka buat hal sorang-sorang,Nak buktikan kat semuorang yang dia pun dapat ape yang lain dapat dengan tanpa bantuan, maybe?
Mula-mula bongsu akan ditinggalkan kat rumah , bila semua orang gi skolah situ sini, termasuk yang masuk asrama, maka dia mudah terasa lonely
.Kemudian, bila dah besar skit, dia tak mahu dilabelkan sebagai anak manja ke, anak kesayangan papa ke.maka semua keputusan dia akan wat sendiri Memandangkan tanggungjawab kat keluarga pun dah kurang, , lantas menjadikan dia seorang yang paling independent dalam keluarga.
Then, bila semuorang dah kahwin, maka hubungan dah makin jauh dengan abang-abang ngan kakak-kakak yang lain.Tatkala masing-masing riuh satu keter pulang beraya, dia drive sorang-sorang tengah malam, sayu.
Akibatnya, dia menjadi seorang yang sangat sinonim dengan lonely.Jadi jangan hairan kenapa anak bongsu belum berpunya sampai berjanggut, barangkali, dia mahu yang setaraf atau mungkin lebih dari apa yang abang-abang dan kakak -kakak dia ada sekarang.

Kesiannya, rupanya begini pula nasibnya sebagai seorang anak bongsu. :) oklah, matahair dah meninggi. Nak gi mandi dulu, dah kering kontang ni kulit. Huuu


Thursday, December 16, 2010

Enjoy with the course of ABM

Cerita mengenai kumpulan general workers yang sungguh glamer.


Sangat suka bergambar nampak belakang ja... T__T


Look the brand on around my finger. CIDB woo......



"Pastikan minyak hitam diberi perhatian awal. Sila tambah sekiranya minyak sudah habis...".kata En Yuli.




Randy bersemangat memegang spatula tanah.




Sesi lunch baru berakhir. Apsal monyok ja muka aku dalam pic ni? Masih belum kenyang lagi lah tuh... :)




Menyambung semula kerja-kerja menyodok batu baur kasar menggunakan spatula tanah* teeet, incorrect*. Correction, Skop tanah .


Sekian, tamatlah sudah cerita general workers glamer.

Monday, December 13, 2010

Kejamkah aku?

Bolehkah kita dilabelkan sebagai insan yang kejam bila ada somebody yang minta perhatian tapi kita buat-buat tak tau? Hummm...berfikir sejenak, cuba imajin bila diri ini berada ditempatnya ketika itu *korang tak tau yang aku ni sebenarnya sangat understanding orangnya* Yuck!

Untuk tidak membingungkan kalian semua, kita mulain yaa... dalam kelas aku ada lebih kurang 50 orang student ( tapi ini sem 2, skang dah pun masuk sem 4 ). Balik dari buat LI semakin berkurang kelasmet kami nih. Skang tinggal 44 orang totally.Pelik2...ke mana kah selebihnya menghilang?

Cerita bermula disini --> Ada seorang ni, kelasmet juga. Pelik dan aneh. Semenjak sem 2 lagi suka betul curi-curi pandang ngan aku. Apa yang spesel atau aneh ada pada aku ni? Aku rasa biasa ja pun, orang lain pun buat biasa ja ngan aku. Tapi ngan mamat sorang ni aneh betul pandangannya. Seolah-olah menyimpan rahsia yang maha kaya. Auwww, macamla I ni orang femes gitu. Hahaha =D

Kalau sekali terpandang, buat-buat macam tak pandangla. Ni dah terpandang, lama betul renungan semacam ja I rase...Tak ke pelik tu??

Eh, dahla cerita ni. Melalut-lalut pulak dah. Harap terhibur, cehhh...( dalam hati berangan-angan kalaulah aku boleh menjadi seperti seorang pujangga dengan setiap bait katanya yang membuat orang terpaku membaca. ) Ecewah, berangan lagi. Yala yala, nak out dah ni...

Sunday, December 12, 2010

Inilah kecintaanku...

Ramai yang tertanya-tanya apa yang aku sangat minati dengan kata lain benda yang menjadi kecintaanku. Jeng jeng jenggg....wait a while, tengah upload picture nih.
IIIIIIIIIIIIII Loading.....

Inilah kecintaanku, yang boleh membuatkan aku sangat-sangat tenang disampingnya. Ecewah, jiwang plak ko ye...tapi betul baa.



Tatap dan hayatilah pemandangan persekitarannya yang sungguh menenangkan jiwa ini. Sungguh tenang di kalbu. Korang macamana? Rasa tak apa yang aku rasa? Kalau tak rasa, korang bukanlah berjiwa kampungan macam aku ini. Hehe, gurau ja la.

Dengan persekitaran yang belum tercemar, lokasi rumah yang berdekatan dengan sungai serta airnya yang sejuk menusuk ke kalbu, jauh dari bunyi kenderaan yang membingitkan telinga, rekabentuk rumah yang masih mengekalkan ciri-ciri binaan tradisional orang dulu-dulu ( eh, wow its so interesting! ). Membuatkan sesiapa yang datang merasa berat hati untuk meninggalkan tempat ni.

Kesimpulannya, aku sangat sukakan tempat ni. Kalau aku ada duit sendiri aku mau buat rumah macam ni lah. Hehe...Ok lah, to be continue...insyaAllah



Saturday, December 11, 2010

Ruji harian utk 4 semester

Salam, jangan terkejut dengan title tersebut di atas. Hehe, yang sebenar-benarnya aku cuma mau buat back-up ( untuk kenang-kenangan sampai bila-bila ). Wahhh...sedih siot!

Okeylah, nampaknya semua pun dah tak sabar-sabar untuk mengetahui apa agaknya ruji aku sehari-harian.

Semester 1
List of Module
- Pendidikan Islam
- English for technical purpose
- Ko-kurikulum
- Aplikasi Komputer
- Engineering Math
- Science for technician
- Material & engineering construction
- Engineering drawing
- Engineering Survey


Semester 2
List Of Module
- Pendidikan Islam
- English for technical purpose
- Ko-kurikulum
- Engineering math
- Material & engineering construction
- Civil Engineering Lab
- Engineering survey
- contract & construction surveying
- CADD
- Sructure mechanic
- LI Softskill

Semester 3
- Industrial training

Semester 4
- English for technical purpose
- Tamadun Islam
- Civil engineering Lab
- Structure mechanic
- Geotechnic
- Hidraulic
- Highway engineering
- Safety & Healthy
-
Environmental technology


Sekian, tamatlah sudah untuk program sijil. AKAN BERSAMBUNG...InsyaAllah, mudah-mudahan aku berjaya menyambung sehingga ke peringkat seterusnya. Will update SOON...:)

Thursday, December 9, 2010

Impian setinggi Gunung Kinabalu

Semua orang yang hidup di dunia ini mempunyai keinginan, impian, angan-angan. Aku juga punya impian. Impian yang kadang sama seperti orang lain, yang kadang-kadang lebih dari orang lain ( part bikin nangis & gaya penceritaan mestilah penuh perasaan )


--> Ini BMW Z4 idaman kalbu. :)

Friday, December 3, 2010

Ada iras-iras ka?



Ada iras-iras ka wajah kami berdua? Kawan cakap macam adik beradik. Yeke?