Sesuatu tentang diriku...
Seronok rasanya dpt bcrta ttg diri kita sendiri, biarpn hnya stkt mnulis dlm blog nmun kpuasannya sm spti bcrta dgn seseorg yg benar2 memahami dr kita. Bukn bermakna aku terlalu bminat ngn dr sndri,tp ruangn ini smemangnya ssuai utk lyn ms 'privacy' kita...( yke,hehe). apa pn,thnx buat rkn baikku...zira ( bukan nama sebenar =D) sbab pkenalkn aku ngn blog nih ( biarpn sbnrnya hsl tnjauan sndri,ngueh3... )
Oh ya, bercerita tentang hari ini...23 April 2010 bersamaan Jumaat, biar aku susunkan aktiviti hari ini mengikut urutannya...
- 8.00 a.m. masuk kelas Aturcara Kontrak & Ukur binaan 1(kelas En Dalmon).Ha,kalau mau tau, En. Dalmon ni adalah my 'Role Model'. Aku sendiri tak tau kenapa aku rasa termotivasi asal sj beliau masuk mengajar ( Bukan ada Love feeling ya...lagipun aku dah ada hairie, nguehhh3 ). Tapi mungkin sebab aku rasa cara pemikiran aku sama dengan beliau tu...
D kelas tadi,beliau bercerita sedikit mengenai kaedah bina kadar bagi kotak bentuk. Lepas tu buat latihan pengiraan. Pas habis buat latihan,sambung cerita pasal Autocad pula ( juga subjek yg aku sangat gemari ). Jam 9 smua bersurai. Sambung kelas Mekanik Struktur 1.
- 9.00 a.m. Masuk kelas En Chung pula ( en. ni pun aku sangat suka teknik dia mengajar ). Terus susun atur kedudukan meja sebab Test 2 mau bermula jap lagi. Dia pnya kertas soaln punyala kecil,bayangkan 1 keping kertas A4 bahagi empat bahagian. Tapi bukan 2 masalahnya. Yg masalahnya, aku xberapa dpt nak jawab soalan tu biarpun hanya ada 2 soalan ja. Huuu, mengeluh jugala dalam hati. Tapi bukan aku sorg ja yg mengeluh nmpknya....hehehehe,habis kls ja hmpir smua dorg aku dengar merungut sbab xdpt nk jwb smua soaln tu.
- 10.15 a.m. Selepas rehat 15 minit, msuk kelas Bahan & Binaan Kejuruteraan 2 pula. Ni pun miss sierah bagi kami test 2. Fuh, nasib baik soalannya tak mengancam jiwa. Dapat gak jawab semua biarpun ada gak mengelentong sikit2..hehehe, dekat mo hbs masa kelas,miss inform pd kami semua yg kelas BBK da pn habis. Yeahhh....xsangka da hbs,pasni bkurang la udah kelas kami.
-11.05 a.m. da hbs jawab test, jln ngn syairah p ATM d luar gate poli. Temankan dia ambil duit, pastu kami p cafe. makan tengahari. Jam 2 kmi mo p 1B, membeli barang kperluan.
- 2.00 p.m. sperti ,yang dijanjikan aku ngn syairah jln pegi 1Borneo...3 jam kmi round2 mencari sambil 'servis' mata tengok barangan yang tdk diperlukan. Aku rasa sgt puas hati hari ni sebab barangan yang dah lama aku hajat2kan tercapai juga hari ni...Syukranlillah... jam 6 da pun sampai umah. Fuh,letihnya tapi xpa...rasa gembira dengan apa yang diperolehi hari ini.
No comments:
Post a Comment