Sunday, June 20, 2010

Cerita Hujung minggu punya

Selepas 12 am tengah malam biasanya pukul berapa korang masuk tido? Apa? Pukul 10 malam, pukul 11 malam?!! Korang penah terfikir tak apa yang berlaku selepas pukul 12 tengah malam? Okey la...mari kita sama2 tengok apa yang berlaku selepas 12 tengah malam. Cutt! Opss,silap,action!!

1. Jalanraya yang tadinya sibuk dan sesak dengan kenderaan2 kini mula bertukar menjadi trek perlumbaan haram.
2. Penggemar2 maksiat, kaki joget, kaki disko & kaki dangdut mula beraksi.
3. Tak kurang juga ramai yang kena cekup dengan pegawai Jabatan Agama Islam.
4. Para karyawan sedang berjaga untuk mencari ilham di celah2 kesunyian malam.
5. Pekerja2 kilang, secrity guard & pam minyak sedang menjalankan tanggungjawab masing2.
6. Bapak sedara kepada toyol ( penyamun ) sedang menjalankan operasi. Tak kira duit ke, beskal buruk ke, tin biskut ke,semua disauknya.
7. Pelajar2 kita di IPT sedang bersengkang mata berusaha demi mengejar cita2 mereka.
8. Ada yang sedang beribadat kepada tuhan & bertafakur & menginsafi diri & takut dengan kekuasaan tuhan.

P/s : Gunakanlah malam dan siang itu hanya kepada kebaikan.

No comments:

Post a Comment