Sunday, August 15, 2010

Hari yang Hujan

Hari ini merupakan hari kedua hujan turun setelah 5 hari kemarau. Dan hari ini juga merupakan hari ke-5 puasa ramadhan. Bila hujan turun membasahi bumi petang tadi, ia mengingatkan aku pada kenangan silamku di bangku sekolah rendah ( SK ). Dan mungkin juga selama hayatku 22 tahun ni. Ini adalah kenangan semasa hari hujan yang masih ku ingat sewaktu di alam sekolah rendah.

>> 1st Story-------->>

  1. Sewaktu di bangku sekolah rendah. Aku paling anti kalau hujan turun pada tengaharinya. Mana tidaknya, waktu tu aku ulang alik ke sekolah hanya berjalan kaki. Dari prasekolah sampai darjah enam tak pernah pun menaiki bas. Jarak dari rumah ke sekolah hanya sekitar 1 Km. Itulah sebabnya kaki aku ramping ja. Hari-hari exercise. Rumah pula atas bukit masa tu. Sampai rumah ja konfom baju basah terkena peluh. Yang paling tak best time tu, kalau hujan turun semasa dalam perjalanan balik dari sekolah. Sebab bila sampai rumah, aku terpaksa bongkar habis beg sekolah dan keringkan buku-buku latihan. Nasib baik buku teks tak pernah bawa balik rumah sebab masa sekolah rendah aku paling malas bawa buku teks dalam beg. Tinggalkan dalam laci meja di kelas saja. Hehehe, tu kenangan yang paling aku ingat sehingga kini.

>> 2nd Story-------->>


Kejadian ini juga mengenai musim hujan. Tapi ia belum lama berlalu. Dalam tahun 2009, bulan Mac. Pada pagi hari, cuaca agak cerah. Macam biasa aku bersiap-siap pergi kerja. Semuanya berjalan dengan lancar. Tiba-tiba sebelah petangnya cuaca bertukar menjadi mendung dan banyak awan kelabu bertompok-tompok di langit menandakan hari mahu hujan. Aku bergegas menyiapkan baki kerja. Sebelum sempat aku berangkat pulang, hujan turun dengan lebatnya. Jam baru sahaja menunjukkan angka 1 petang. Aku tunggu sehingga hujan teduh tapi hujan lebat berterusan.

Aku mengambil keputusan untuk meredah sahaja kelebatan hujan ketika itu. Perkara yang paling aku khuatiri, jambatan yang aku kena lalui tenggelam sebab sungai tu mudah banjir. Perjalanan lebih kurang setengah jam untuk sampai ke jambatan tersebut. Sampai saja di jambatan tu,aku sangat terkejut sebab air sudah melimpah melebihi paras jambatan. Kini ia kelihatan seperti lautan yang terbentang luas. Air begitu deras mengalir. Kalau direnangi pun, mesti hanyut dibawa arus. Itu yang paling menyeramkan. Dahla di tengah-tengah hutan, jam sudah menunjukkan 4 petang. Hari semakin gelap. Tambahan lagi hujan turun tanpa henti-henti. Aku hanya berdiri tidak jauh dari tebing sungai itu, sambil mengenangkan kenangan sedih yang pernah aku alami. Memang best mengenangkannya dalam keadaan gawat seperti itu. Hati tak henti-henti berdoa agar hujan reda dan air kembali surut.

Sekitar jam 6 macam tu,hujan pun reda dan air surut sedikit dan jambatan kayu yang merentangi sungai tu mula kelihatan. Dari jauh aku nampak kelibat mama, Oh tuhan. Saat inilah yang paling membuatkan aku sebak. Mama sangat prihatin dengan aku. Ketakutan aku mula hilang dan aku mula menyeberangi sungai yang masih deras mengalir. Aku semakin yakin yang aku boleh selamat sampai di seberang dan akhirnya alhamdulillah aku dah sampai di seberang dengan selamat. Kami mempercepatkan langkah untuk pulang ke rumah kerana hari semakin gelap. Mungkin sekitar jam 6.10 petang. Sebaik sahaja keluar di simpang jalan, barulah lega rasanya. Berjalan dengan hanya berkaki ayam dari merentasi sungai sampailah tiba di rumah. Terpijak duri atau benda tajam perkara biasa bagi kami. Akhirnya aku pun sampai di rumah sekitar 6.35 petang. Kawasan rumah juga dibanjiri. Ianya rutin yang berlaku setiap kali hujan turun dengan lebat. Inilah kenanganku semasa hari hujan.



>> 3rd Story-------->>



JOM COPY SCREEN!

Jom copy screen. Hahaha, aku tak pasti apa mood aku hari ni. Jadi rajin untuk buat aktiviti macam ni. Tapi yang pasti, enjoy it!

Hari tu aku on fb, tiba-tiba aku ternampak sesuatu yang menarik di wall post aku. Apa motif dia ambil gambar macamni ya? hahaha, lucu bukan. Siap kasi kilat hidung, lukis alis & mybe sedikit lipstik disapu di bibir. Dia ni sepupu aku. Tinggal di Brunei. Nanoh nama dia. Amat jeleklah ko buat muka macam ni! Ada ka gambar yang lebih bida dari ni? hahahaha!!!



Ni pula aktiviti aku sebentar tadi. Aku sangat gerigitan dengan orang ni. Aku pernah tersilap chat. Aku fikirkan syairah yang tengah online. Maka dengan penuh perasaan aku pun chat la dalam 'chat box' ni. Dialog aku macam ni " neng, aku geram. Ada somebody tu, balik2 kol. Kalau kenal xpa la juga. Ni asal kol balik2 tanya mana kawan dia dengan aku. Manala aku tau, jangankan kwn dia,ngan dia2 skali aku tak knl. Pastu tanya sapa ni? Mak aihh, kalau tak tau sapa yang di kol, janganla kol sama skali..."
Aku harapkan syaira dapat bagi sedikit supporting, tapi rupanya yang tengah online ni 'klon dia'. Huhuhu, patutlah no komen & pastu terus Offline!

Dan setelah aku mengetahui hakikat sebenar siapakah gerangan orang yang jadi ' illegal chat' tu, maka hari ni aku dah tau macamana hendak memulakan perbualan dengan beliau. Ehehehe!!! Ini adalah antara perbualan kami. Check it Out!





Kesimpulannya, walaupun kita diberi kepercayaan untuk memegang email & pasword seseorang, jadilah jujur pada diri sendiri dan teman-temannya agar tidak mengelirukan orang lain. Rasanya pahit bukan? Hehe...its just statement.

*P/s : Kepada yang berkaitan, janganlah terasa ya. Aku cuma menyuarakan pendapat saja.



Thursday, August 12, 2010

Puasa

Hadith :

"Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Berapa banyak orang yang berpuasa tetapi dia tidak mendapat apa-apa dari puasanya kecuali hanya lapar dan dahaga.”


Riwayat Ibnu Majah



Huraian

Pengajaran Hadis:

i) Setiap muslim harus memahami konsep sebenar puasa supaya ibadah puasanya itu tidak menjadi suatu perbuatan yang sia-sia.

ii) Berpuasa mengikut perspektif Islam ialah menahan diri dari makan dan minum serta mengelakkan diri daripada melakukan perkara-perkara yang boleh membatalkannya mulai dari terbit fajar hingga terbenam matahari.

iii) Selain itu puasa juga bermakna menahan diri daripada perkara-perkara berikut iaitu:

a) Menundukkan pandangan mata serta mengatasinya daripada tertuju kepada segala yang tercela.

b) Menjaga lidah daripada berkata-kata perkara yang sia-sia, dusta, fitnah, cacai maki dan menyinggung perasaan orang lain.

c) Menahan pendengaran dari mendengar segala sesuatu yang ditegah agama di mana perkara yang haram diucap adalah juga haram didengar seperti mengumpat dan sebagainya.

d) Mencegah tangan, kaki dan perut serta semua anggota badan daripada melakukan atau mengambil perkara yang haram.

iv) Seorang muslim hanya akan terbentuk melalui ibadah puasa yang ditunaikan dengan penuh penghayatan di mana bagi mereka yang berpuasa sekadar untuk menunaikan kewajipan tanpa memahami apa sebenarnya yang dituntut oleh agama maka mereka tidak akan dapat merasai kemanisan nikmat puasa tersebut malah puasa itu dirasakan sebagai satu bebanan yang terpaksa ditanggung.

v) Bulan Ramadhan adalah bulan di mana pada awalnya dijanjikan KEAMPUNAN (maghfirah), pertengahan RAHMAH dan di akhirnya DIJAUHKAN DARI AZAB NERAKA. Oleh itu setiap daripada kita haruslah berusaha untuk meningkatkan ketaqwaan kepada Allah S.W.T dan sentiasa mengingati-Nya dengan melakukan amalan-amalan baik di samping menjauhi segala sifat-sifat yang keji dan mungkar.




Wednesday, August 11, 2010

Ramadhan datang lagi

Selamat menyambut bulan Ramadhan al-mubarak. Semoga segala amalan dibulan yang suci ini diredhai oleh yang maha ESA. Selamat berpuasa dari saya Nurhidayah Tasim.:)

Sunday, August 8, 2010

Hujung Minggu

Yummmyyy...So delicious!!! Lagi best kalau diingat time puasa. Tambahlah cair euuu!


Pose dulu sementara air masih surut.


Muka-muka ceria selepas saja selesai menghabiskan 3 piring nasi ayam Likas.



Apasal baju kita hampir serupa ja warnanya hari ni? Tak janji pun,serius ni...

Adoi, dah pun jam 6:31 p.m. Dah masuk waktu maghrib ni! Jom balek! Nanti kena intip oleh Nyamuk aedes pula...waduh, naya tu!




Friday, August 6, 2010

Ramadhan datang lagi...

Yeayyy, tak sabar rasanya menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak. Dalam kalendar, tarikh berpuasa ialah pada 11hb ogos ni. Thats mean, next week la tu. Seronoknya semasa bulan puasa biarpun kitorang terpaksa menahan haus dan lapar. Waduh,berfikir gak aku sebentar. Dahla sekarangni aku makin bertambah-tambah selera. Amacamla tu nanti ya kalau time puasa. Apapun,aku harap berjaya menjalani ibadah puasa tahun ni.

Biasanya bulan puasa ni lah rezeki melimpah-limpah. Lebih-lebih lagi yang buat bisnes ambil tempahan kuih raya...bestnya kalaulah aku juga mahir membuat kuih raya. Paling penting supaya taklah susah tempah kuih dengan orang lain. Huhu,

Paling best lagi raya ni aku dapat 3 pasang kain ela secara F.O.C!!! Wah,tu yang paling best. At least, tak payah lagi lah pening-pening fikir mau cari kain untuk buat baju. Tapi yang tak seronok, sampai sekarang aku belum potong lagi kain tu. Takut-takut sampai 1 hari dihari raya baju tu tak siap juga. Ngee...Maklumlah, jahit sendiri. Ni yang paling aku suka sebab save bajet untuk upah buat baju.:)

ABC, Cendol, Air jagung, mee soto, bakso, ayam panggang, bontot panggang...slurppp!!! yum3. Tak sabarnya!!!





Wednesday, August 4, 2010

1st attend in an official meeting

Huwakakakk...i dont now why should i feel so funny today? ummm, if i have something like a recorder, i'll record whatever i look today. Upss,brokennya my sentences.:D

This is format a minutes of meeting

Operation Countdown Meeting No.11
____________________________

MINUTES OF MEETING

DATE : 04 Aug 2010
TIME : 11.35am - 12.45pm
VENUE : BILIK MESYUARAT BAHAGIAN LEBUHRAYA,
TINGKAT 3, IBU PEJABAT JKR,
88582 KOTA KINABALU, SABAH.

Attendance :

1. Ir. Hj. Yahiya Hj. Ag. Kahar JKR Sabah
2. Makbul Dualis JKR Sabah
3. Abdullah Hj. Sulaiman JKR Sabah
4. S. Noor Azmi JKR Sabah
5. Tiong Hwa Nguong KKR
6. Ir. Larrie Yong GUSB ( PYKP )
7. Norif Paival Yahya GUSB ( PYKP )
8. Daniel Teo GUSB
9. Peter Ting GUSB
10. Mohd. Rizwan Ben GUSB
11. Nurhidayah Tasim GUSB
12. Isaac Jeremiah Moiji GUBS


The meeting is about a contractual issues, landscape issues. If you child, pleases...Dont try this! ( Macam iklan WWE pulak dah )

Monday, August 2, 2010

Hujung Minggu

Aduh,teriknya the sunshine...:) Ada fakta mengatakan, cahaya matahari pada petang hari boleh menyebabkan kulit kita hitam. Yakah, setahu aku cahaya matahari di kala senja hanya tidak mengandungi apa-apa vitamin. Itulah agaknya yang menyebabkan ianya membuatkan kulit jadi gelap bila terdedah kepada cahaya matahari diwaktu petang.



Nampak tak shadow tu? Kelihatan seperti sebuah drama pula kan? Hehe,apa agaknya dialog yang sesuai dengan scene ni...emm, mungkin macam ni~ " Awat hang ambil gambar kereta pula, cubalah ambil gambar pokok ke,ok juga..."




Inilah wajah terbaru sekolah lama aku dulu. Tapak bangunan ni dulunya merupakan kawasan padang mini, tempat pelajar buat camping,dan aktiviti Pendidikan jasmani. Tak rindula dengan sekolah ni...:P