Sunday, August 15, 2010

Hari yang Hujan

Hari ini merupakan hari kedua hujan turun setelah 5 hari kemarau. Dan hari ini juga merupakan hari ke-5 puasa ramadhan. Bila hujan turun membasahi bumi petang tadi, ia mengingatkan aku pada kenangan silamku di bangku sekolah rendah ( SK ). Dan mungkin juga selama hayatku 22 tahun ni. Ini adalah kenangan semasa hari hujan yang masih ku ingat sewaktu di alam sekolah rendah.

>> 1st Story-------->>

  1. Sewaktu di bangku sekolah rendah. Aku paling anti kalau hujan turun pada tengaharinya. Mana tidaknya, waktu tu aku ulang alik ke sekolah hanya berjalan kaki. Dari prasekolah sampai darjah enam tak pernah pun menaiki bas. Jarak dari rumah ke sekolah hanya sekitar 1 Km. Itulah sebabnya kaki aku ramping ja. Hari-hari exercise. Rumah pula atas bukit masa tu. Sampai rumah ja konfom baju basah terkena peluh. Yang paling tak best time tu, kalau hujan turun semasa dalam perjalanan balik dari sekolah. Sebab bila sampai rumah, aku terpaksa bongkar habis beg sekolah dan keringkan buku-buku latihan. Nasib baik buku teks tak pernah bawa balik rumah sebab masa sekolah rendah aku paling malas bawa buku teks dalam beg. Tinggalkan dalam laci meja di kelas saja. Hehehe, tu kenangan yang paling aku ingat sehingga kini.

>> 2nd Story-------->>


Kejadian ini juga mengenai musim hujan. Tapi ia belum lama berlalu. Dalam tahun 2009, bulan Mac. Pada pagi hari, cuaca agak cerah. Macam biasa aku bersiap-siap pergi kerja. Semuanya berjalan dengan lancar. Tiba-tiba sebelah petangnya cuaca bertukar menjadi mendung dan banyak awan kelabu bertompok-tompok di langit menandakan hari mahu hujan. Aku bergegas menyiapkan baki kerja. Sebelum sempat aku berangkat pulang, hujan turun dengan lebatnya. Jam baru sahaja menunjukkan angka 1 petang. Aku tunggu sehingga hujan teduh tapi hujan lebat berterusan.

Aku mengambil keputusan untuk meredah sahaja kelebatan hujan ketika itu. Perkara yang paling aku khuatiri, jambatan yang aku kena lalui tenggelam sebab sungai tu mudah banjir. Perjalanan lebih kurang setengah jam untuk sampai ke jambatan tersebut. Sampai saja di jambatan tu,aku sangat terkejut sebab air sudah melimpah melebihi paras jambatan. Kini ia kelihatan seperti lautan yang terbentang luas. Air begitu deras mengalir. Kalau direnangi pun, mesti hanyut dibawa arus. Itu yang paling menyeramkan. Dahla di tengah-tengah hutan, jam sudah menunjukkan 4 petang. Hari semakin gelap. Tambahan lagi hujan turun tanpa henti-henti. Aku hanya berdiri tidak jauh dari tebing sungai itu, sambil mengenangkan kenangan sedih yang pernah aku alami. Memang best mengenangkannya dalam keadaan gawat seperti itu. Hati tak henti-henti berdoa agar hujan reda dan air kembali surut.

Sekitar jam 6 macam tu,hujan pun reda dan air surut sedikit dan jambatan kayu yang merentangi sungai tu mula kelihatan. Dari jauh aku nampak kelibat mama, Oh tuhan. Saat inilah yang paling membuatkan aku sebak. Mama sangat prihatin dengan aku. Ketakutan aku mula hilang dan aku mula menyeberangi sungai yang masih deras mengalir. Aku semakin yakin yang aku boleh selamat sampai di seberang dan akhirnya alhamdulillah aku dah sampai di seberang dengan selamat. Kami mempercepatkan langkah untuk pulang ke rumah kerana hari semakin gelap. Mungkin sekitar jam 6.10 petang. Sebaik sahaja keluar di simpang jalan, barulah lega rasanya. Berjalan dengan hanya berkaki ayam dari merentasi sungai sampailah tiba di rumah. Terpijak duri atau benda tajam perkara biasa bagi kami. Akhirnya aku pun sampai di rumah sekitar 6.35 petang. Kawasan rumah juga dibanjiri. Ianya rutin yang berlaku setiap kali hujan turun dengan lebat. Inilah kenanganku semasa hari hujan.



>> 3rd Story-------->>



JOM COPY SCREEN!

Jom copy screen. Hahaha, aku tak pasti apa mood aku hari ni. Jadi rajin untuk buat aktiviti macam ni. Tapi yang pasti, enjoy it!

Hari tu aku on fb, tiba-tiba aku ternampak sesuatu yang menarik di wall post aku. Apa motif dia ambil gambar macamni ya? hahaha, lucu bukan. Siap kasi kilat hidung, lukis alis & mybe sedikit lipstik disapu di bibir. Dia ni sepupu aku. Tinggal di Brunei. Nanoh nama dia. Amat jeleklah ko buat muka macam ni! Ada ka gambar yang lebih bida dari ni? hahahaha!!!



Ni pula aktiviti aku sebentar tadi. Aku sangat gerigitan dengan orang ni. Aku pernah tersilap chat. Aku fikirkan syairah yang tengah online. Maka dengan penuh perasaan aku pun chat la dalam 'chat box' ni. Dialog aku macam ni " neng, aku geram. Ada somebody tu, balik2 kol. Kalau kenal xpa la juga. Ni asal kol balik2 tanya mana kawan dia dengan aku. Manala aku tau, jangankan kwn dia,ngan dia2 skali aku tak knl. Pastu tanya sapa ni? Mak aihh, kalau tak tau sapa yang di kol, janganla kol sama skali..."
Aku harapkan syaira dapat bagi sedikit supporting, tapi rupanya yang tengah online ni 'klon dia'. Huhuhu, patutlah no komen & pastu terus Offline!

Dan setelah aku mengetahui hakikat sebenar siapakah gerangan orang yang jadi ' illegal chat' tu, maka hari ni aku dah tau macamana hendak memulakan perbualan dengan beliau. Ehehehe!!! Ini adalah antara perbualan kami. Check it Out!





Kesimpulannya, walaupun kita diberi kepercayaan untuk memegang email & pasword seseorang, jadilah jujur pada diri sendiri dan teman-temannya agar tidak mengelirukan orang lain. Rasanya pahit bukan? Hehe...its just statement.

*P/s : Kepada yang berkaitan, janganlah terasa ya. Aku cuma menyuarakan pendapat saja.



No comments:

Post a Comment