Friday, August 10, 2012

Berbuka puasa - budak sekolah edition

Benar kata cikgu dan pensyarah yang dikasihi sekalian. Zaman persekolahanlah zaman yang paling best dan siuk sekali. kalau mau buat aktiviti jalan-jalan, cuti-cuti, kemping-kemping time ni lah paling bagus sekali. Sa suka, suka dan suka sangat-sangat. Lebih-lebih lagi sewaktu masih memegang tittle bujang ni. Asiiik banget! bilang teman di Indon. Jom menyelongkar edisi kali ni. Berbuka puasa dengan rakan sekelas walaupun inda semuanya berpuasa.


Nasi ayam sebagai menu pilihan anak-anak ini. Ice lemon tea sebagai terapi tekak setelah seharian berpuasa. Gulp,terasa di tekak sudah. Astaghfirullah halaziim...sabar ko. Tunggu azan maghrib berkumandang di udara dulu :p



 Zira dan Priscella dok menung apa tu hah? macam ada rasa inda puas hati saja tuh? hahaha...sabar korang berdua. lagi 5 menit waktu berbuka.cehh




 Eza yang vegetarian. Aku dan Priscella tengok lama-lama. Manatau ternampak bayangan macamana proses yang tukang masak lakukan bermula dari memetik di kebun, cuci belah dua goreng bawang tambah perasa kacau-kacau angkat sehinggalah proses menabur bawang goreng dan siap untuk dihidangkan. ( hinsss hinnss, ambil nafas panjang-panjang )





 Setelah penat makan,maka kami pun bergerak mau pulang ke umah masing-masing. Eh? bukan tinggal kamsis kah? Lupa,siouuuu...tapi bukan terus pulang, si kawan mengajak singgah di RamaiJaya. Dan kami pun terlajak lah masuk dan masing-masing mengambil sandal yang bagus untuk di cubaguna..........ups, menayang kah tu. Tengok,betapa anggunnya aku dan Priscella bila men'test' sandal ni. Beli la, RM9.90 ja. Di kedai lain, lain harga sudah ni.




The Next top model. Zira dengan sepatu getahnya. Tahan geseran, kalis air, anti karat, water proof seterusnya anti kopak dan pelbagai lagi kelebihannya sehingga tak mampu dirungkaikan dengan kata-kata. Perghh... menarik bukan sandal ni. Pelbagai guna lagi hanya dengan harga RM9.90 di RamaiJaya. Mohla kita angkut sama-sama ( semangat gila kunun ).





 ........................................................??




Eh, ingatkan ada lagi foto mau di explain.


Maka dengan itu berakhirlah sesi berbuka puasa  kita pada petang kemarin. Hehehehe



No comments:

Post a Comment