Saturday, September 8, 2012

Indahnya memaafkan

Maafkan mereka
agar jiwamu petah berbicara
mengajar insan erti bahagia
dan tersenyum dalam duka


Maafkan mereka
Agar hatimu lapang segala
Menikmati hari-hari baru
yang penuh duka lara


Maafkan mereka
Kerana jiwamu sedar mengerti
Hidup ini ada hari datang dan pergi


Kata-kata dipinjam dari http://myibrah.com

Berhujung minggu di bilik

Aduihh, bosan amat nih! Duduk sorang-sorang di rumah, dah tu lepak dalam bilik ja memanjang. So, untuk menghilangkan perasaan bosan ku tika ini apakata melayan resepi dari blog ke blog. Rasa seronok sangat, hmmm... kalau ada bajet rasanya sekarang juga mau mencuba resepi ni. Sedap siot,rasa seperti di rumah dengan keluarga ( hakikatnya aku sendirian ja waktu ini ). Meriah di hati hanya dengan menjamu mata dengan pelbagai masakan. Tapi betullah, kalau dah memang minat part ni, tak dapat dinafikan keseronokannya :P. Ingin sangat mencubanya.

Jom terokainya,bagi anda yang sama meminati part masak-memasak ni di sini ok


Anda pasti teruja seperti saya.... :)






Wednesday, September 5, 2012

Dulu lain,sekarang lain...

Seperti ceramah Tuan Hj. Mustafar sebentar tadi. Zaman dia era 70-an dulu orang masa tu bejalan ja, inda perlu berlari. Berlari pun tiada guna sebab tiada yang mau di ovetek.

Tapi sekarang semua tu dah berubah. Bak pepatah, sekali air bah sekali pantai berubah. Orang zaman sekarang semuanya perlu cepat. Mandi cepat,makan cepat, tidur cepat, bejalan cepat ( aku dah tekena sindrom bejalan cepat ni sejak sekolah menengah ), becakap cepat-cepat (tapi selalu disuruh repeat again oleh teman rapatku ) dan sekarang becakap setakat 30km/j saja ( kali lah ).

Pergi kelas mesti cepat,kalau boleh berlari lagi bagus. Pergi kerja pun mesti awal inda mau sangkut di jalan ( sumber dipetik daripada pengalaman penceramah sebentar tadi ). Rasa inda berbaloi jarak dari rumah ke tempat kerja 3Km masa di ambil untuk sampai 45minit. Aku cadangkan lebih baik guna basikal. At least ada senaman pagi, save petrol dan dapat mengurangkan kesesakan lalulintas. Macam di europe, rata-rata penunggang basikal memakai kot. pakai segak-segak. Maknanya pegawai-pegawai lah tu ( sumber dari kawan ).

Kesimpulannya, kita mestilah selari dengan peredaran zaman yang serba pantas ini. Biar kita yang meninggalkan zaman, jangan zaman yang mendahului kita. Fuhhh...




Tuesday, September 4, 2012

Just share

Kita selalu terlupa,dalam kehidupan seharian kita melupakan apa yang kita wajib tahu. Semoga selepas ini kita tidak lagi mengambil ringan dengan perkara ini.

Subject: "Akum = Avde Kokhavim  U Mazzalot"
Maksud singkatan " A'kum"

Assalamu'alaikum
Untuk  renungan bersama :

Janganlah kita menggantikan perkataan  "Assalamualaikum" dengan "A'kum" dalam sms atau apa sekalipu melalui  tulisan. Jika perkataan Assalamualaikum itu panjang, maka hendaklah kita  ganti dengan perkataan "Salam" iaitu sama makna dengan Assalamualaikum.

Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna  shortform A'kum dalam sms ataupun email. Perkataan 'AKUM' adalah gelaran  untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud 'BINATANG' dalam Bahasa Ibrani.

Ia singkatan daripada perkataan  'Avde Kokhavim U Mazzalot' yang bermaksud 'HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT'.

Mulai sekarang jika ada orang hantar shortform  "A'kum", kita ingatkan dia guna "Salam" kerana salam ialah dari perkataan  Assalamualaikum. Semoga ada manfaatnya.

JIKA ANDA TIDAK  KEBERATAN , FORWARD LAH CERITA KEPADA TEMAN TEMAN MU, KERANA SESUNGGUHNYA  ILMU YANG BERMANFAAT ITU , AKAN ABADI JIKA DIAMALKAN.