Seperti ceramah Tuan Hj. Mustafar sebentar tadi. Zaman dia era 70-an dulu orang masa tu bejalan ja, inda perlu berlari. Berlari pun tiada guna sebab tiada yang mau di ovetek.
Tapi sekarang semua tu dah berubah. Bak pepatah, sekali air bah sekali pantai berubah. Orang zaman sekarang semuanya perlu cepat. Mandi cepat,makan cepat, tidur cepat, bejalan cepat ( aku dah tekena sindrom bejalan cepat ni sejak sekolah menengah ), becakap cepat-cepat (tapi selalu disuruh repeat again oleh teman rapatku ) dan sekarang becakap setakat 30km/j saja ( kali lah ).
Pergi kelas mesti cepat,kalau boleh berlari lagi bagus. Pergi kerja pun mesti awal inda mau sangkut di jalan ( sumber dipetik daripada pengalaman penceramah sebentar tadi ). Rasa inda berbaloi jarak dari rumah ke tempat kerja 3Km masa di ambil untuk sampai 45minit. Aku cadangkan lebih baik guna basikal. At least ada senaman pagi, save petrol dan dapat mengurangkan kesesakan lalulintas. Macam di europe, rata-rata penunggang basikal memakai kot. pakai segak-segak. Maknanya pegawai-pegawai lah tu ( sumber dari kawan ).
Kesimpulannya, kita mestilah selari dengan peredaran zaman yang serba pantas ini. Biar kita yang meninggalkan zaman, jangan zaman yang mendahului kita. Fuhhh...
No comments:
Post a Comment