Thursday, October 25, 2012

Sesi bakar2

Uiseh. Makin advance kita sekarang. Jom geledah dapur si bibiana.

Bahan yang diperlukan untuk menghasilkan cheese cake buatan rumah atau nama glamernya homemade cake.

Selesai adun, sila masukkan ke dalam oven.


 Hoi! Apa kaitan kari rendang ngan bakar kek?
Whoaa...makin mengembang. Nampak ka nampak ka? *excited berlebihan*

Sedia untuk dimakan. Untuk lebih real lagi, silalah taburi dengan hirisan keju yang sungguh mengujakan.

Sekian, itu sajalah sesi bakar2 kita pada pagi ini. Kalau ada masa terluang cubalah. Senang saja, xperlu perah keringat. Dijamin siap dan sedia untuk dihidangkan paling lama setengah jam kemudian.



Monday, October 22, 2012

13 Tips Perkahwinan Daripada Ustaz Azhar Idrus

1. KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.
2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.
3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah.
4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa’kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do’a mereka.
5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.
6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.
7. KETIKA RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justeru semakin erat berpegang tangan.
8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100%
9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.
10. KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.
11. KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita.
12. KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.
13. KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.

DIkongsi dari Keharmoniaan Rumahtangga Dan Keluarga Muslim SYUKRAN...Semoga ALLAH merahmati kalian.

Sunday, October 21, 2012

Post yang mengerikan

Baca tittle ja terus rasa seram sejuk. Entah macam-macam sudah terbayang dalam minda bila baca tajuk macam tu. XD ( joke & feel funny ). Hari jumaat baru2 ni rasa lain benar aku mau balik kampung. Selalunya seminggu lagi mau balik kampung sudah terasa excited yang tidak terhingga. Rasa mau lumpat pun ada. Tapi baru2 ni rasa x best. Rupanya memang betul x best. Nasib baik hero dalam cerita ni tiba2 muncul walaupun sebenarnya di telefon sedang2 beliau ada urusan. Heheheh,kesian pula bila diingat balik. Kepada heroku itu, kalau baca post ini harap sediakan tisu sebanyak yang mungkin T___T.

Apa yang sudah terjadi membuat aku fikir balik2. Bersyukur sangat2 dengan tuhan sebab berikanku kewarasan akal, tidak bertindak mengikut emosinal. Dan apa yang penting, aku sudah mampu membuat keputusan yang tepat. Dan tidak lupa terima kasih banyak2 dengan insan sekelilingku yang memahami dan menyayangi. Sekiranya aku tidak mampu membalas jasa kalian, Allah sajalah yang membalasnya.

*Tidak akan berlaku sesuatu itu melainkan dengan izin-Nya*






Friday, October 19, 2012

Oh 'my study'

Bangun pagi rasa sangat bersemangat. Sebab apa,sebab hari ni ada test 2 Construction Management. Selesai solat subuh, panaskan air, buat sarapan dan makan. Apa lagi ya....em,oh ya nonton filem 'The warriors way'. Ntah wayang keluar time bila ni, maklumlah kita ni bukan kaki wayang. Kadang-kadang ja. Hehew.

Oleh karna mood sangat baik hari ni, ditambah lagi dengan kehadiran set tv baru maka aku pun trip2 macam orang kaya nonton tv betul2 duduk depan tv. bukan macam selalu duduk celah2 atau hujung2. Uih,begini pula resolution full hd. eh, perasan mcm org kaya lagi. Huhu,


Terbiasa hidup dalam ke'low profilan' sangat. Jakun dalam hati saja. XD


Dahla,malas menayang mood d sini. Online sekejap, then nampak post baru dari classmate. Test online kensel. Jadi, tepaksala aku stok semula apa yang sudah aku hafal dari kemarin ni ( Kunun ). Eh,kemarin kan aku pegi Pitas.  Berikut adalah gambar makanan laut yang aku sempat shot. Wah, my darling lobster. Gile eh makan d restoran seafood ni sudah RM130++.  Lebih kurang begitulah. Sini murah sedikit berbanding semenanjung. Nda taula kenapa. Apa pun bersyukur dengan apa yang ada *terus tunduk*



Cantik.Cemerlang designer lobster ni. Nampak real lebih2 dari jarak dekat. Nampak saja restoran biasa, tapi juga menyediakan masakan seafood seperti yang kita semua sering banggakan. Fresh lagi. Enak, satu masa nanti aku mau driving alone or ngan family ke sini.





Sunday, October 7, 2012

Rindu dengan 'My Botany' aktiviti

Kebiasaannya,hujung minggu ku di kampung banyak dihabiskan dengan bermanja-manjaan bersama pokok-pokok bunga tersayang. Tapi masa ini aku bukan di kampung lorh. Sekarang ni lagi melayan kebosanan diam2 di bilik asrama...hm,lebih kurangla bilik asrama ( tumpang umah abang ). Itu yang sedihnya. Maka secara tidak disedari ideaku untuk upload gambar ni tiba-tiba muncul.

Tiada kata seindah bahasa,tiada ungkapan seringkas gambar....hehew,sangatla berbunga-bunga bahasa itu! Mohla tengok gambar selepas tu masing-masingla ungkapkan dalam hati T__T

Belum sempat audit. Takpa, pegawai kualiti belum mau sampai lagi. Hehehe
 Lihatlah, betapa rajinnya diriku ini. Jangankan pokok bunga, rumput liar pun aku ternak. Eh,salah istilah ka?


 Sewaktu dalam perjalanan ke Kudat April lalu, aku dan teman singgah sat di ada satu tempat persinggahan yang dinamakan Langkon. Nda pasti pula masuk daerah Kota Marudu atau Kudat. Kaka yang jual pokok ni cakap dorang menamakan pokok ini sebagai 'bunga om'. Eh? Speselnya juga para om itu miliki bunga sendiri lagi. Kamu ada?


Pokok bunga kertas yang nyata sangat perlukan baja bunga. Baru sahaja beberapa minggu ditabur ngan baja, bunga yang dihasilkan nyata memberangsangkan sekali. ( ayat skema SPM ) ;P

 Sebahagian dari mereka-mereka yang berkenaan.



 Ouh, Bougainvilla ( betul ka ejaan saintifik nih ) ku sayang. Paling terbantut berbanding kawan-kawannya yang lain. Huh, rosak sungguh ayat itu.Mentangla dah abis ambil SPM.. =D



Ini dia member baru dalam kalangan mereka. Member baru tapi yang paling subur. Kalah baja subur oke. Ni spesel sikit, asal pagi warna putih, bila hari melimpasi tengah hari warnanya otomatik bertukar menjadi pink kaler....menarik bukan? Cinta sangat.





Monday, October 1, 2012

Drive thru Sabah-edisi pedalaman



Trip to Keningau-> Tambunan->Ranau
Inda perlu cakap banyak-banyak. Tengok gambar ja mesti tau dah kan...





 Tebing yang curam. Gayat tak gayat tengok juga di bawah sambil mengukur berapa ketinggian.

suka tengok roundaboard ni, model halia. Simpang Tambunan-Ranau
Kreatif. Kerusi dihasilkan menggunakan akar tuba. Berselirat,macam Jumanji.
Jakun tengok ikan Patin & ikan Koi yang dah dewasa. Baru penah tingu versi besar. Selama ni penah tingu yang kici2 saja



 Depan tugu Mat Salleh weihhh..akhirnya, 10tahun yang lalu belajar dalam subjek sejarah,kini barulah berjaya menjejakkan kaki di depan tugu. Salah seorang pahlawan Sabah. Kematian yang misteri, sehingga kini tidak diketahui permakaman beliau.

 Panasye cuaca! Kekejutan cuaca, dari cuaca sejuk bawah 20darjah celcius tiba-tiba naik 30darjah Cel.


 Sarapan pagi walaupun tak seberapa pagi. Sekitar jam 11 lebih. Hu,enaknya.


Kabus dah naik ( Kalau di Kundasang kabus turun )










 Oh my garden sweet garden. Jeles tengok! Nanti dah habis belajar mau buat kebun begini la jua. Tanam terung banyak-banyak macam ni.