Sunday, October 7, 2012

Rindu dengan 'My Botany' aktiviti

Kebiasaannya,hujung minggu ku di kampung banyak dihabiskan dengan bermanja-manjaan bersama pokok-pokok bunga tersayang. Tapi masa ini aku bukan di kampung lorh. Sekarang ni lagi melayan kebosanan diam2 di bilik asrama...hm,lebih kurangla bilik asrama ( tumpang umah abang ). Itu yang sedihnya. Maka secara tidak disedari ideaku untuk upload gambar ni tiba-tiba muncul.

Tiada kata seindah bahasa,tiada ungkapan seringkas gambar....hehew,sangatla berbunga-bunga bahasa itu! Mohla tengok gambar selepas tu masing-masingla ungkapkan dalam hati T__T

Belum sempat audit. Takpa, pegawai kualiti belum mau sampai lagi. Hehehe
 Lihatlah, betapa rajinnya diriku ini. Jangankan pokok bunga, rumput liar pun aku ternak. Eh,salah istilah ka?


 Sewaktu dalam perjalanan ke Kudat April lalu, aku dan teman singgah sat di ada satu tempat persinggahan yang dinamakan Langkon. Nda pasti pula masuk daerah Kota Marudu atau Kudat. Kaka yang jual pokok ni cakap dorang menamakan pokok ini sebagai 'bunga om'. Eh? Speselnya juga para om itu miliki bunga sendiri lagi. Kamu ada?


Pokok bunga kertas yang nyata sangat perlukan baja bunga. Baru sahaja beberapa minggu ditabur ngan baja, bunga yang dihasilkan nyata memberangsangkan sekali. ( ayat skema SPM ) ;P

 Sebahagian dari mereka-mereka yang berkenaan.



 Ouh, Bougainvilla ( betul ka ejaan saintifik nih ) ku sayang. Paling terbantut berbanding kawan-kawannya yang lain. Huh, rosak sungguh ayat itu.Mentangla dah abis ambil SPM.. =D



Ini dia member baru dalam kalangan mereka. Member baru tapi yang paling subur. Kalah baja subur oke. Ni spesel sikit, asal pagi warna putih, bila hari melimpasi tengah hari warnanya otomatik bertukar menjadi pink kaler....menarik bukan? Cinta sangat.





No comments:

Post a Comment