Tuesday, November 9, 2010

Antara syukur dan redha

Rasulullah S.A.W bersabda, Allah S.W.T berfirman " Sesiapa yang tidak reda dengan qada-Ku dan tidak sabar terhadap bencana yang aku limpahkan ke atasnya maka lebih baik dia mencari tuhan selain aku." ( Riwayat At-Tabrani )
Rasulullah bersabda yang bermaksud," Sungguh menghairankan kerja orang mukmin ( kerana ) semua urusannya adalah kebaikan ( baginya ), dan hal itu tidak berlaku kecuali pada orang mukmin sahaja. Sekiranya dia beroleh kesenangan, maka dia bersyukur. Dan sekiranya dia ditimpa kepayahan, dia bersabar ( reda ), maka itu juga satu kebaikan baginya. ( Riwayat Muslim )

*********************************************

Lihat seorang petani yang saban hari membanting tulang di sawah, yang hidupnya ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Namun dia masih tersenyum, masih boleh ketawa riang walaupun ketika tubuh disimbahi peluh. Jawapannya kerana dia pandai bersyukur dengan rezekinya walaupun sedikit dan dia reda dengan apa yang Allah SWT tetapkan padanya.

Si kaya jutawan sekalipun belum tentu boleh tersenyum puas dengan apa yang dimilikinya jika dia tidak pandai bersyukur dan reda terhadap apa jua yang dilaluinya, samada baik atau sebaliknya.

Namun percayalah, dalam perjuangan hidup ini kita masih boleh tersenyum puas dan bahagia disebalik kekuarangan yang kita miliki. Caranya dengan bersyukur apabila senang dan reda apabila susah.

Bisikan ke hati " Alhamdulillah, disebalik kekuranganku ini, aku masih boleh menjalani kehidupan ceria, pengharapan, berjiwa lapang luas. Semuanya kerana aku bersyukur dengan apa yang aku peroleh dan aku reda dengan apa yang gagal aku hadapi..."

No comments:

Post a Comment