Tuesday, March 1, 2011

2 hours in Perdana Park

What thing was done in period 2 hours only? More thing actually okeh...you can see the water 'dance' with song...you can jogging around the park,then you can also build a muscle with using sport tools in the park. But we don't have using sport tools itu okey. We just have jalan2




'Uik, tudung ada diamond laa...nak satu!' ( otai aku bilang...:D )


Tengah balas mesej dari somebody yang menyamar. Kuang asam... macamla naluri aku ni boleh diperdaya. Hahaha, last-last message sender 'serah kalah.' Yeay, menang 1-0 dengan si 'otai'.


Bulih tahan juga. Siapa punya imaginasi ni? Mesti orang yang mengasaskan air menari-nari dengan alunan muzik ni penghidap Sinestesia. Suka membayangkan alunan muzik diselangi dengan warna warni. Pokonya, dia seorang yang agak puitis dengan kehidupan. Macamana yah nak eksplen? (Tarik nafas dlam-dalam, cuba bayangkan apa yang dimaksudkan. :p )



"Agaknya berapa ratus bilangan Piezometer yang derang gunakan untuk menjayakan air menari ikut alunan muzik ni? : D " kata civil engineering's student yang baru sahaja selesai menjawab satu dari sepuluh soalan dalam bab Pengukuran tekanan dalam cecair ( dengan excited ).


:) :] :) <3...>

Setakat ini pemerhatian agak bagus sebab masing-masing pun baru sahaja selesai melakukan proses peninjauan.



Friday, February 25, 2011

Get more muscle with swimming

Excited....excited...and more excited! Aktiviti sebelah petang budak2 of SKA4 ( Dengan bangganya memperkenalkan diri ). Abes kelas Mekanik struktur terus peking2 bikini bottom. Kami yang terlibat ada 7 orang. Lokasi Universiti Apartment 2. Nda jauh jugak dari Poli, 6 Km lebih kurang.


Pose mautz....



Oppsss, telebeh suda! That me ( nampak kaki saja, hahaha...watak utama tidak mahu diperlihatkan wajahnya )



What case? Macam dalam wayang 'Resident Evil 2' sudah ni. Buka pintu bilik rahsia tempat simpan senjata. Tapi kami ni berhajat mencari harta karun di dalam lampu ini. Tahan nafas...gulp...gullppp...gulllpppp.......




Wednesday, February 16, 2011

Dancing lagu Dusun - my new pebret

Francis Landong - Nung Noilan Ku Daa (MTV - HQ Vokal)


I can't believe that i can dance in dusun song. Yepii, kalau bab-bab lagu dusun lagu ni antara lagu fevret. Giler ah...layann.

Actually, lepas dance ni lagu aku baru dapat rasa spiritual jadi 'tanak dusun.' ( T__T nanges aku ). Malu ba jadi anak Dusun tapi tatau nari Sumazau.

Sunday, February 13, 2011

Larangan menyambut Valentine's Day kepada umat Islam

Islam adalah Agama Fitrah yang praktikal, bukan menyekat kebebasan tanpa sebab dan bukan membiarkan umatnya bebas tanpa pedoman. Islam adalah agama yang mengatur kehidupan dengan lebih sempurna untuk umatnya. Islam tidak pernah menyekat hubungan kasih sayang antara umatnya. Malah terlalu banyak ayat Al-Quran dan Hadith menyatakan hikmah berkasih sayang.

Firman Allah :

"Dan Dialah yang menjadikan hati mereka mesra antara satu sama lain. Seandainya engkau membelanjakan segala (kekayaan) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak akan dapat menautkan kemesraan antara hati mereka, tetapi Allah telah membibitkan kemesraan antara (hati) mereka. Sesungguhnya Dia Maha Gagah lagi Maha Bijaksana".

[Surah Al-Anfal, 8: 63]

Sumber Catholic Encyclopedia menjelaskan bahawa Valentine adalah nama seorang paderi Kristian yang giat menyebarkan agama itu di Rome sehingga dia ditangkap dan diseksa dalam penjara. Selama dipenjara, ia tetap mengajar dan menyebarkan agama itu di kalangan banduan dan membantu tawanan melepaskan diri dari penjara. Dikatakan juga bahawa ketika dalam penjara, dia jatuh cinta dengan gadis, anak salah seorang Pegawai Penjara. Di akhir hayatnya sebelum dibunuh, dia sempat menulis sepucuk surat cinta kepada gadis itu yang bertandatangan "Daripada Valentinemu". Maka semenjak itu orang Kristian mengambil sempena hari 14 Februari untuk meraikan hari kasih sayang demi memperingati hari kematian paderi mereka, Valentine ini.

Jelaslah bahawa Sambutan Hari Kekasih ini merujuk kepada kisah tersebut dan sebagai seorang muslim yang mengaku beriman kepada Allah dan kerasulan Muhammad (Sallallāhu 'alaihi wa sallam), wajarkah kita merayakan hari kekasih ini?, patutkah kita mengambil peristiwa ini untuk disambut dan diraikan?. Alangkah jahilnya kita sehingga tidak dapat lagi membezakan antara ajaran agama kita dengan agama lain. Benarlah kenyataan hadith daripada Abu Hurairah(radiallahu`anhu), bahawa Rasulullah (Sallallāhu 'alaihi wa sallam) bersabda yang bermaksud:

"Demi Allah yang nyawaku di dalam genggaman-Nya, pasti kamu akan turut jejak langkah orang-orang sebelum kamu sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sedepa demi sedepa, sehingga kamu akan turuti mereka walaupun mereka masuk ke dalam lubang dhab. Lantaran itu, sahabat bertanya: "Adakah mereka itu Yahudi dan Nasrani?" Baginda menjawab: "Siapa lagi kalau bukan mereka?” [Al-Bukhari]

Apa yang lebih menyedihkan akibat dari merayakan sambutan hari-hari seperti ini remaja Islam semakin liar dan semakin ramai yang terjebak dengan gejala sosial serta keruntuhan moral. Rekod Jabatan Pendaftaran Negara bahawa sejak tahun 2000 hingga 2008 sebanyak 257,411 Sijil Kelahiran telah didaftarkan tanpa dicatatkan nama bapa. Rekod ini menggambarkan betapa ramai anak-anak yang tidak sah taraf atau lahir secara luar nikah untuk tempoh 9 tahun tersebut.

Jumlah yang begitu ramai untuk tempoh kurang 10 tahun ini sewajarnya mengundang rasa bimbang dan gerun dengan masa depan Generasi Islam. Jumlah itu membawa purata sebanyak 28,601 orang bayi setiap tahun. Sedarlah! segalanya ini bermula dengan gaya hidup barat yang songsang, yang telah diterima dalam masyarakat kita.

Justeru, setiap orang Islam khasnya golongan remaja seharusnya meninggalkan budaya "Hari Kekasih" yang hanya bertujuan merosakkan akhlak masyarakat Islam. Ingatlah sesungguhnya Yahudi dan Nasrani akan terus berusaha sedaya-upaya untuk memperdaya umat Islam supaya mengikut telunjuk dan kehendak mereka. Pelbagai cara dan jalan yang mereka lakukan untuk merosakkan kepercayaan dan keperibadian umat Islam.

Malangnya, masih ada umat Islam yang tidak menyedari hakikat ini. Maka ,ramai dari kalangan umat Islam yang terikut-ikut dengan adat dan budaya serta cara hidup mereka. Kononnya, menurut peredaran zaman, sekalipun yang diikuti itu bertentangan dengan ajaran Islam dan budi pekerti mulia. Harus diingat, meniru budaya asing, terutama dalam meraikan hari tertentu tanpa mengetahui latarbelakang perayaan itu, sebenarnya akan menjerumuskan umat Islam kepada kehancuran. Perkara seperti ini bukan sahaja menjejaskan akhlak umat Islam, bahkah boleh menjejaskan keimanan dan akidah mereka.

OIeh itu, sebagai umat Islam kita hendaklah mengikut landasan Islam yang sebenar. Bukankah lebih baik kita mengamalkan adat dan budaya kita yang sopan selagi ia tidak bertentangan dengan prinsip dan ajaran Islam.

Marilah sama-sama kita renung beberapa perkara penting sebagai rumusan dan peringatan bagi kita semua, antaranya:

Pertama: Hari kekasih adalah sambutan penganut Kristian yang mengenang hari kematian seorang paderi mereka. Tiada sambutan ini dalam ajaran Islam.

Kedua : Umat Islam adalah dilarang sama sekali menyambut Hari Kekasih ini, termasuklah memberi sokongan, mempromosikan, mengajarkan dan menyebarkan apa-apa sambutan yang berkaitan dengannya.

Ketiga : Umat Islam digalakkan berkasih sayang sesama manusia sepanjang masa tanpa membataskannya pada hari-hari tertentu sahaja.

Keempat : Pihak Media dan pengamal Laman Sosial adalah diminta untuk tidak mempromosikan Sambutan Hari Kekasih ini walau dalam apa bentuk sekalipun.

Monday, January 24, 2011

Wasai Kg. Maraba

15 tahun yang lalu...wasai ini merupakan tempat yang indah dengan persekitarannya yang belum tercemar dan terancam. Kini, berbelas tahun berlalu meninggalkan kenangan tika itu. Sungguh asyik, menyanyat hati sesiapa sahaja yang pernah pergi tempat ini suatu ketika dahulu.

Monday, January 17, 2011

Picnic at Kibunut waterfall, Penampang

Yeaaa...weekend datang lagi! Mengikuti perjalanan warga-warga Kibut Teams bermandi-manda di air terjun ni bukanlah mudah. Mengambil masa perjalanan selama lebih kurang 1jam 30 minit ( dari Sepanggar ke Kibunut ).

Namun,penat lelah, jerih, lapar akhirnya terbalas jua bila sahaja menjejakkan kaki ke air sungai yang sejuk ini. Segaaarr....dengan berbekalkan nasi + ayam goreng yang ditapau di warung Salmin, Likas tadi, kami pun menjamu selera. Oppss, makan selepas mandi la. Menurut fakta, makan dulu kemudian mandi akan menyebabkan PERUT BOROI. So, kalau takut boroi silalah jaga stail pemakanan anda.

Gambar time sedang bermandi berenang ( tapi dihanyutkan oleh arus kuat juga ) tak boleh diupload di sini sebab telampau sex-C. yeke seksi? ngeee

Selesai makan makan kami bertiga pun dengan hati yang tidak rasa bersalah meninggalkan jejaka-jejaka itu lalu menemui satu port yang paling indah sebab takda orang. Ofkozla takda orang, tempat kau orang pergi tu manada orang berani mandi T__T

Berikut antara beberapa sedutan yang ingin dikongsikan. :p


Macam dalam filem hindustan. Aiswarya & Kajolnya sudah ada, Hritik Roshannya saja takda...


Zira termenungkan kucingnya yang tertinggal di rumah. Laa, pi air terjun pun kau mau bawa pet kesayangan ko ka juga?


Ala-ala model tuala macam yang kami jumpa di hulu sungai ni. Tapi tu model kain batiklah...:P
*nampak cetek ja kan. Sengaja pilih tempat yang macam ni, kalau pilih tempat yang dalam kang tak pasal-pasal tepekik minta tolong. Lagipun tempat dalam dah dipenuhi oleh orang-orang yang sedang bersenam dengan cara berenang. Cewaaa....



Kami balik dulu yaaa, jangan rindukan aku! Hahaha



Model paling kiut, jejaka berkemeja merah di depan. Kena buking sudah tu.



Inilah jejaka-jejaka yang aku maksudkan tadi. Macam big bos pula yang ditengah-tengah tu ( tapi sebenarnya ada lagi yang lebih big bos ).



Haa, inilah big bos kami ( yang sebelah aku tu ). Juga merangkap orang kuat Kibut teams.



"Dah balik, terus balik ke rumah tau. Jangan singgah kat mana-mana..." Kata opah itu kepada cucundanya.



Yeayyy, inilah pose paling istimewa dari kami ( aku dan Zira ).


Semua orang tau mandi sungai itu best. Lebih-lebih lagi orang-orangnya best. Makanan pun best. Tempat pun best. Secara ringkasnya semuanya best! The best feeling betullah! Macam-macam perkara yang buat kami ketawa terngilai-ngilai ( uikk, seram tu kalau malam-malam. Ni nasib baik petang-petang ja ).
Hairie, Ende, Apek, Fahmi, Shi qi rey, 2 orang kajen, Saira & Zira. Terima kasih sebab menemani. :)

Friday, January 7, 2011

Get sexy in blue Kurung

kwkwkw,padan muka! Lari point terus!


Kalian juga tau yang aku ini sangat suka aktiviti kandid mengkandid ni. So, jangan tanya APESAI gambar blakang pulak ni?



wahhh, sangat bersemangat nak memulakan hari Jumaat ini. With full expression, more exited you!



Along di kalangan rakan sekelas. Hehe, Fredy kelihatan sangat bersemangat mengutip duit cukai pendapatan? Cukai?? Ahahahhh, sejak bila kami ada pendapatan boleh guna melebihi 2.5K ni? ( Naaa, berangan jauh sudah aku ni... )



Masing-masing dengan wajah keterujaan sebab hari ini hari jumaat, so tomorrow ofkozla holiday! But, i've heard thats tomorrow have a Geotechnics lab. ( Yeayyy,siok juga kalau ada kelas hujung-hujung minggu ni kan? )



Dimana ada Reza, di sana jua ada aku. Ehem, sekadar selingan. Don't make a serong judgement. :)



namun, disamping kegembiraan terselit sedikit kehampaan? Apakah itu? Hanya aku saja yang tau....



Thursday, January 6, 2011

Sunset, tunggu saya!

Trip 3 ekor pengguin tengok sunset. Lokasi, TLDM Sepanggar, KK. Rasanya semua tau TLDM is short form for what? kan...so tak payahla explen berjela-jela. Hehe




Sangat teruja kalau bab-bab photo shoot. Ewah...




I take Syaira's photo, then Zira snap me from behind. Huhu, sangat terharu!




Hati tenang disisimu sunset...lalala ( kena nyanyi beralun-alun macam dalam Ost Adnan Sempit ngeee...)



Masa yang dinanti-nantikan telah tiba. Sunset kesukaan Zira & Syairah telah muncul. Sekitar jam 6 petang.



Finally, kami orang nak balek dah! Sebelum tu suruh Zira tapau sunset untuk bekalan kami semalaman di rumah nanti. Kalau malas masak, cukup kenyang dah dengan sunset ni...kwkwkwkw.....




Monday, January 3, 2011

Salam Tahun Baru

Mungkin agak ketinggalan. Tapi walau ketinggalan jauh pun aku tetap gak nak buat entri pasal tahun baru. 2 hari sebelum ni tersangatlah sibuk sepanjang saat. Sampai takda masa untuk melawat wall fb. Inikan pula buat entri di blog ni. Fuh...

Sebelum memulakan tahun baru, marilah kita review sepanjang tahun 2010 yang sudah dilewati dengan mimpi-mimpi dan kenyataan. Wuekk, geli!

Januari, menjejakkan kaki ke semester 2. Dah mula berlagak senior. Dah boleh tunjuk eksen sebab dah tak tinggal kamsis. Heheh... Dalam semester ini jugalah aku mula bergiat dalam dunia ke'fesbuk' kan dan dunia ke'blogger'an. Selama ni buat tak endah saja. Lagipun tak ada masa untuk melayan semua benda-benda remeh macam tu. Tapi tak sangka bila mula mengenali dua dunia yang tinggal sebumbung ni, dari sini jugalah aku dapat mengembangkan idea melalui pembacaan blog kawan. Untuk apa post entri baru kalau bukan untuk dibaca kan? :p .
Penggal kedua pula aku mula mendedahkan diri dengan kehidupan di alam pekerjaan. Yang aku rasa sangat bermakna sekali untuk aku ingat sampai aku tua nanti. Apa taknya, melalui pengalaman yang aku perolehi sehari-hari sangat memberi impak yang besar dalam mengharungi alam pekerjaan yang akan datang. Melalui kritikan Jorge yang sangat main lepas cakap tapi bermakna aku rasa sangat membantu diri ini untuk bangkit semula dengan menggunakan KBKK secara optima ( Jorge kalau terbaca entri ni anggap sajalah puji-pujian, XOXO ) dan yang paling aku ingin tinggalkan secepat mungkin ialah ke'trauma'an yang masih menghantui diri ini bila membuat laporan tesis last minute. Uhuuu, kenangan yang paling mengerikan!

Dahla,cukup membebel setakat di sini. Anyway, di tahun baru ini semua orang pun mengharapkan sesuatu yang baru bakal ditempuhi dengan kejayaan baru. Aku pun begitu juga. Semoga di semester 4 ni segalanya dapat berjalan lancar dengan jayanya.

Semporna, waiting for me! ( ada ura-ura mahu menjadi traveller di negeri sendiri for this semester...yihaaa :P )