Monday, January 3, 2011

Salam Tahun Baru

Mungkin agak ketinggalan. Tapi walau ketinggalan jauh pun aku tetap gak nak buat entri pasal tahun baru. 2 hari sebelum ni tersangatlah sibuk sepanjang saat. Sampai takda masa untuk melawat wall fb. Inikan pula buat entri di blog ni. Fuh...

Sebelum memulakan tahun baru, marilah kita review sepanjang tahun 2010 yang sudah dilewati dengan mimpi-mimpi dan kenyataan. Wuekk, geli!

Januari, menjejakkan kaki ke semester 2. Dah mula berlagak senior. Dah boleh tunjuk eksen sebab dah tak tinggal kamsis. Heheh... Dalam semester ini jugalah aku mula bergiat dalam dunia ke'fesbuk' kan dan dunia ke'blogger'an. Selama ni buat tak endah saja. Lagipun tak ada masa untuk melayan semua benda-benda remeh macam tu. Tapi tak sangka bila mula mengenali dua dunia yang tinggal sebumbung ni, dari sini jugalah aku dapat mengembangkan idea melalui pembacaan blog kawan. Untuk apa post entri baru kalau bukan untuk dibaca kan? :p .
Penggal kedua pula aku mula mendedahkan diri dengan kehidupan di alam pekerjaan. Yang aku rasa sangat bermakna sekali untuk aku ingat sampai aku tua nanti. Apa taknya, melalui pengalaman yang aku perolehi sehari-hari sangat memberi impak yang besar dalam mengharungi alam pekerjaan yang akan datang. Melalui kritikan Jorge yang sangat main lepas cakap tapi bermakna aku rasa sangat membantu diri ini untuk bangkit semula dengan menggunakan KBKK secara optima ( Jorge kalau terbaca entri ni anggap sajalah puji-pujian, XOXO ) dan yang paling aku ingin tinggalkan secepat mungkin ialah ke'trauma'an yang masih menghantui diri ini bila membuat laporan tesis last minute. Uhuuu, kenangan yang paling mengerikan!

Dahla,cukup membebel setakat di sini. Anyway, di tahun baru ini semua orang pun mengharapkan sesuatu yang baru bakal ditempuhi dengan kejayaan baru. Aku pun begitu juga. Semoga di semester 4 ni segalanya dapat berjalan lancar dengan jayanya.

Semporna, waiting for me! ( ada ura-ura mahu menjadi traveller di negeri sendiri for this semester...yihaaa :P )



No comments:

Post a Comment