Namun,penat lelah, jerih, lapar akhirnya terbalas jua bila sahaja menjejakkan kaki ke air sungai yang sejuk ini. Segaaarr....dengan berbekalkan nasi + ayam goreng yang ditapau di warung Salmin, Likas tadi, kami pun menjamu selera. Oppss, makan selepas mandi la. Menurut fakta, makan dulu kemudian mandi akan menyebabkan PERUT BOROI. So, kalau takut boroi silalah jaga stail pemakanan anda.
Gambar time sedang bermandi berenang ( tapi dihanyutkan oleh arus kuat juga ) tak boleh diupload di sini sebab telampau sex-C. yeke seksi? ngeee
Selesai makan makan kami bertiga pun dengan hati yang tidak rasa bersalah meninggalkan jejaka-jejaka itu lalu menemui satu port yang paling indah sebab takda orang. Ofkozla takda orang, tempat kau orang pergi tu manada orang berani mandi T__T
Berikut antara beberapa sedutan yang ingin dikongsikan. :p
Macam dalam filem hindustan. Aiswarya & Kajolnya sudah ada, Hritik Roshannya saja takda...
*nampak cetek ja kan. Sengaja pilih tempat yang macam ni, kalau pilih tempat yang dalam kang tak pasal-pasal tepekik minta tolong. Lagipun tempat dalam dah dipenuhi oleh orang-orang yang sedang bersenam dengan cara berenang. Cewaaa....
Semua orang tau mandi sungai itu best. Lebih-lebih lagi orang-orangnya best. Makanan pun best. Tempat pun best. Secara ringkasnya semuanya best! The best feeling betullah! Macam-macam perkara yang buat kami ketawa terngilai-ngilai ( uikk, seram tu kalau malam-malam. Ni nasib baik petang-petang ja ).
Hairie, Ende, Apek, Fahmi, Shi qi rey, 2 orang kajen, Saira & Zira. Terima kasih sebab menemani. :)
No comments:
Post a Comment