Monday, January 24, 2011

Wasai Kg. Maraba

15 tahun yang lalu...wasai ini merupakan tempat yang indah dengan persekitarannya yang belum tercemar dan terancam. Kini, berbelas tahun berlalu meninggalkan kenangan tika itu. Sungguh asyik, menyanyat hati sesiapa sahaja yang pernah pergi tempat ini suatu ketika dahulu.

Monday, January 17, 2011

Picnic at Kibunut waterfall, Penampang

Yeaaa...weekend datang lagi! Mengikuti perjalanan warga-warga Kibut Teams bermandi-manda di air terjun ni bukanlah mudah. Mengambil masa perjalanan selama lebih kurang 1jam 30 minit ( dari Sepanggar ke Kibunut ).

Namun,penat lelah, jerih, lapar akhirnya terbalas jua bila sahaja menjejakkan kaki ke air sungai yang sejuk ini. Segaaarr....dengan berbekalkan nasi + ayam goreng yang ditapau di warung Salmin, Likas tadi, kami pun menjamu selera. Oppss, makan selepas mandi la. Menurut fakta, makan dulu kemudian mandi akan menyebabkan PERUT BOROI. So, kalau takut boroi silalah jaga stail pemakanan anda.

Gambar time sedang bermandi berenang ( tapi dihanyutkan oleh arus kuat juga ) tak boleh diupload di sini sebab telampau sex-C. yeke seksi? ngeee

Selesai makan makan kami bertiga pun dengan hati yang tidak rasa bersalah meninggalkan jejaka-jejaka itu lalu menemui satu port yang paling indah sebab takda orang. Ofkozla takda orang, tempat kau orang pergi tu manada orang berani mandi T__T

Berikut antara beberapa sedutan yang ingin dikongsikan. :p


Macam dalam filem hindustan. Aiswarya & Kajolnya sudah ada, Hritik Roshannya saja takda...


Zira termenungkan kucingnya yang tertinggal di rumah. Laa, pi air terjun pun kau mau bawa pet kesayangan ko ka juga?


Ala-ala model tuala macam yang kami jumpa di hulu sungai ni. Tapi tu model kain batiklah...:P
*nampak cetek ja kan. Sengaja pilih tempat yang macam ni, kalau pilih tempat yang dalam kang tak pasal-pasal tepekik minta tolong. Lagipun tempat dalam dah dipenuhi oleh orang-orang yang sedang bersenam dengan cara berenang. Cewaaa....



Kami balik dulu yaaa, jangan rindukan aku! Hahaha



Model paling kiut, jejaka berkemeja merah di depan. Kena buking sudah tu.



Inilah jejaka-jejaka yang aku maksudkan tadi. Macam big bos pula yang ditengah-tengah tu ( tapi sebenarnya ada lagi yang lebih big bos ).



Haa, inilah big bos kami ( yang sebelah aku tu ). Juga merangkap orang kuat Kibut teams.



"Dah balik, terus balik ke rumah tau. Jangan singgah kat mana-mana..." Kata opah itu kepada cucundanya.



Yeayyy, inilah pose paling istimewa dari kami ( aku dan Zira ).


Semua orang tau mandi sungai itu best. Lebih-lebih lagi orang-orangnya best. Makanan pun best. Tempat pun best. Secara ringkasnya semuanya best! The best feeling betullah! Macam-macam perkara yang buat kami ketawa terngilai-ngilai ( uikk, seram tu kalau malam-malam. Ni nasib baik petang-petang ja ).
Hairie, Ende, Apek, Fahmi, Shi qi rey, 2 orang kajen, Saira & Zira. Terima kasih sebab menemani. :)

Friday, January 7, 2011

Get sexy in blue Kurung

kwkwkw,padan muka! Lari point terus!


Kalian juga tau yang aku ini sangat suka aktiviti kandid mengkandid ni. So, jangan tanya APESAI gambar blakang pulak ni?



wahhh, sangat bersemangat nak memulakan hari Jumaat ini. With full expression, more exited you!



Along di kalangan rakan sekelas. Hehe, Fredy kelihatan sangat bersemangat mengutip duit cukai pendapatan? Cukai?? Ahahahhh, sejak bila kami ada pendapatan boleh guna melebihi 2.5K ni? ( Naaa, berangan jauh sudah aku ni... )



Masing-masing dengan wajah keterujaan sebab hari ini hari jumaat, so tomorrow ofkozla holiday! But, i've heard thats tomorrow have a Geotechnics lab. ( Yeayyy,siok juga kalau ada kelas hujung-hujung minggu ni kan? )



Dimana ada Reza, di sana jua ada aku. Ehem, sekadar selingan. Don't make a serong judgement. :)



namun, disamping kegembiraan terselit sedikit kehampaan? Apakah itu? Hanya aku saja yang tau....



Thursday, January 6, 2011

Sunset, tunggu saya!

Trip 3 ekor pengguin tengok sunset. Lokasi, TLDM Sepanggar, KK. Rasanya semua tau TLDM is short form for what? kan...so tak payahla explen berjela-jela. Hehe




Sangat teruja kalau bab-bab photo shoot. Ewah...




I take Syaira's photo, then Zira snap me from behind. Huhu, sangat terharu!




Hati tenang disisimu sunset...lalala ( kena nyanyi beralun-alun macam dalam Ost Adnan Sempit ngeee...)



Masa yang dinanti-nantikan telah tiba. Sunset kesukaan Zira & Syairah telah muncul. Sekitar jam 6 petang.



Finally, kami orang nak balek dah! Sebelum tu suruh Zira tapau sunset untuk bekalan kami semalaman di rumah nanti. Kalau malas masak, cukup kenyang dah dengan sunset ni...kwkwkwkw.....




Monday, January 3, 2011

Salam Tahun Baru

Mungkin agak ketinggalan. Tapi walau ketinggalan jauh pun aku tetap gak nak buat entri pasal tahun baru. 2 hari sebelum ni tersangatlah sibuk sepanjang saat. Sampai takda masa untuk melawat wall fb. Inikan pula buat entri di blog ni. Fuh...

Sebelum memulakan tahun baru, marilah kita review sepanjang tahun 2010 yang sudah dilewati dengan mimpi-mimpi dan kenyataan. Wuekk, geli!

Januari, menjejakkan kaki ke semester 2. Dah mula berlagak senior. Dah boleh tunjuk eksen sebab dah tak tinggal kamsis. Heheh... Dalam semester ini jugalah aku mula bergiat dalam dunia ke'fesbuk' kan dan dunia ke'blogger'an. Selama ni buat tak endah saja. Lagipun tak ada masa untuk melayan semua benda-benda remeh macam tu. Tapi tak sangka bila mula mengenali dua dunia yang tinggal sebumbung ni, dari sini jugalah aku dapat mengembangkan idea melalui pembacaan blog kawan. Untuk apa post entri baru kalau bukan untuk dibaca kan? :p .
Penggal kedua pula aku mula mendedahkan diri dengan kehidupan di alam pekerjaan. Yang aku rasa sangat bermakna sekali untuk aku ingat sampai aku tua nanti. Apa taknya, melalui pengalaman yang aku perolehi sehari-hari sangat memberi impak yang besar dalam mengharungi alam pekerjaan yang akan datang. Melalui kritikan Jorge yang sangat main lepas cakap tapi bermakna aku rasa sangat membantu diri ini untuk bangkit semula dengan menggunakan KBKK secara optima ( Jorge kalau terbaca entri ni anggap sajalah puji-pujian, XOXO ) dan yang paling aku ingin tinggalkan secepat mungkin ialah ke'trauma'an yang masih menghantui diri ini bila membuat laporan tesis last minute. Uhuuu, kenangan yang paling mengerikan!

Dahla,cukup membebel setakat di sini. Anyway, di tahun baru ini semua orang pun mengharapkan sesuatu yang baru bakal ditempuhi dengan kejayaan baru. Aku pun begitu juga. Semoga di semester 4 ni segalanya dapat berjalan lancar dengan jayanya.

Semporna, waiting for me! ( ada ura-ura mahu menjadi traveller di negeri sendiri for this semester...yihaaa :P )