Wednesday, October 27, 2010

Sony Ericson W910i

Hari ini aku dapat peluang lagi untuk men'drive' Suria tersayang my bro. Itu pun bawa masa balik ja lah.

Seperti kebiasaannya, aku blah dari office kira-kira pukul 4.56pm. Aku pun memulakan perjalanan dengan meredah hujan sederhana lebat. Aku mengambil keputusan untuk singgah di Centre Point. Aku sampai di centre point sekitar jam 5.28pm. Paking kereta di aras dua ( hmmm, selamat. Tak perlu berhujan2 diluar).

Inilah Bubble tea yang telah berjaya masuk carta Fevret drink aku---->

*Ilustrasi hanya sekadar hiasan. Tidak ada kaitan antara yang hidup atau yang telah mati.


Aku naik ke aras 8, then turun ke aras 5. Singgah beli Milky Tea ( fevret drink aku ni tauuu....). Pastu masuk Daiso Japan, saja untuk survey2. Untuk tidak menghampakan diri, aku pun angkutla 1 keping bingkai gambar & earphone untuk lappy aku. Then turun ke G floor. Sambung lagi survey2 kedai yang ada repair fon. Tadaa, akhirnya aku berminat untuk singgah di satu kedai handphone. Aku pun membuat perjanjian kontrak dengan staf ( tak tau apa gelaran yang sepatutnya, heee ) di kedai tu.
* jenis kerosakan : kabel putus, sebab tu bila gelongsor fon ni tetiba ter'off'.
* payment : RM120
* completed within : 1/2 hour.

Setelah selesai tujuan utama, aku bersenang hati. Bagi meraikannya, aku pun masuk ke 'rumah merah' ( KFC baa...). Oder Jom jimat ( yang aku fikir takla seberapa jimat sebab 1 ketul ayam+1 senduk nasi+ 1 cup carbonate drink = Rm6.29 only in KFC ). Tapi sayangnya selera tengah 'down'. Samala pulak selera ngan Rie. Dia pun kurang berselera, badan lemah. Beliau telah mengeluarkan statement, bahawa sebenarnya badan nak demam tapi antibodi kuat melawan. So, si demam tidak mampu menonjolkan dirinya. Last2 badan orang pula yang lemah sebab C antibodi dengan si Penyakit bergaduh2 di dalam sistem keimunan badan orang. Aku setuju dengan statement ni.

Endingnya, berkenaan hpon mama yang rosak itu esok ja lah aku ambil. Sebab sekarang aku hanya ada RM50 ja. hehehe, hampeh.

Aku blah dari centre point jam 6.45pm. Hujan masih berlarutan. Jam 7.19pm aku pun selamat tiba di tempat letak kereta depan Blok N ni. Huhuhu...

Monday, October 25, 2010

Fasa baru

Hari ini tanggal 25hb Oktober...wah,apa yang istimewa pada 25 oktober ni? Jeng,jeng,jenggg...... tunggu dan lihat.

Fasa baru, sangat sesuai untuk aku letak title ni untuk entri kali ni. Sebab ada seseorang yang sedang memulakan hari "baru" . Wahhh...bestnyer. Apapun sabar ya anak-anak...ni baru tengah hari,tunggu malam nanti la baru kita boleh buat kesimpulan. Aku juga tak sabar-sabar mau tau macamana perkembangan hari ini. eheheh...

Apapun, see u tonight sebab malam nanti baru aku boleh buat kesimpulannya. Dadaaa...:)

OK kids, this is the continuation of our story for today.

A very enjoyable day. Today he has become an entrepreneur. Wow, interesting experience to share. May all the blessings of what he did and God blessed.

As initially, it is very difficult to pass. He felt like a man in despair. I just only say, "Be patient, all these are just allegations." The question lies in the hands of state provision of Allah. What is important we continue the efforts and continue to pray.


Wah, banyak cantik ayat ko. Okla, cau dulu. Miaw aku menangis udah tu sebab belum makan malam. Makanannya malam ni ialah " grill fish ". Waww.... XD



Monday, October 18, 2010

10 PETANDA DIA JODOH KITA.......


Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)

Gunakan seluruh pancaindera

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

1.Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2.Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3.Terima kita seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4.Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.


5.Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6.Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7.Memahami diri kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8.Tampilkan kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9.Kata hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10.Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

Ditulis oleh Hj Abdul Samad Profile:

Pasangan..jika bukan di dunia...mungkinkah di Syurga?



"Assalamualaikum...sedang saya selongkar2 blog kawan ni terjumpa artikel ni. Best juga, jom baca sama...


Kita mengetahui bahwa jika laki-laki masuk syurga, mereka akan mendapatkan bidadari. Apakah jika perempuan masuk syurga, mereka juga akan mendapat pasangan?

Firman Allah tentang kenikmatan syurga:
di dalamnya kaum memperoleh semua yang kamu inginkan dan memperoleh pula semua yang kamu minta. Sebagai hidangan dari (Allah) Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Fushshilat :31-34)


dan di dalam syurga itu terdapat segala sesuatu yang diingini oleh hati dan sedap (dipandang) mata, serta kamu kekal di dalamnya (Az-Zukhruf :71)

Mempunyai pasangan adalah hal yang paling didambakan di samping keperluan-keperluan rohaniah. Keperluan para penghuni syurga akan dipenuhi, baik laki-laki mahupun perempuan. Seseorang perempuan akan dinikahkan oleh Allah di syurga dengan orang yang telah menikahinya semasa hidup di dunia.

Ya Tuhan kami, masukkanlah kami ke dalam Syurga Adn yang telah Enkau janjikan kepada Mereka dan orang-orang yang shaleh di antara bapa-bapa mereka, isteri-isteri mereka, dan keturunan mereka(Al-Mumin : 8)

Jika seorang perempuan pernah mempunyai dua suami di dunia, ia akan memilih salah satu dari keduanya di syurga. Jika seorang perempuan tidak menikah di dunia, Allah akan menikahkanya dengan orang yang disukainya di syurga.

Kurnia Allah di syurga bukan hanya untuk laki-laki, melainkan untuk laki-laki dan perempuan, masing-masing punya pasangan. Seseorang mungkin berkata, Allah telah menyebutkan bidadari (al-hur al-in) sebagai pasangan bagi laki-laki, tetapi Allah tidak menyebutkan pasangan bagi perempuan. Jawapannya, Allah menyebutkan isteri bagi para suami kerana para suamilah yang biasa mencari dan menginginkan isteri.

No plastic bag on monday

Aku mulakan hari ini dengan rasa yang tak menentu. Mybe sebab emosi yang tidak menentu sejak kemarin lagi. Tak pasti laaa...mungkin juga bawaan peningkatan hormon yang mendadak. Mungkin juga aku sedang melalui fasa baru dalam hidup aku ni. :) Melalut daa.........

Aku terlewat 4 minit. 4 minit sahaja untuk aku tiba di perhentian bas. Lewat bangun salah satu punca, lepas tu badan pula terasa sangat tidak bermaya. Lemas dan rasa seperti orang sakit. Aku teruskan jg perjalanan ke perhentian bas biarpun aku telah terlepas bas yang selalu aku tumpang pergi kk. Aku harap ada lagi bas menyusul kemudian. Tapi, lama aku tunggu tiada satu pun bas yang boleh aku tumpang. Ada pun bas mini menuju Inanam.

Jam telah menunjukkan 7.15 pagi. Saat ini baru aku terlihat bas yang menuju ke kk. Aku pun naik dan berharap perjalanan lancar. Tetapi setiba sahaja aku di Indah Permai, jalan punyalah sesak. Lori-lori besar, bas-bas besar berbaris sepanjang 1 km lebih ( agak2 ). Aku menduga memang terlewatla aku sampai di Terminal Wawasan ni. Sampai di Alamesra, jalan jem lagi. Takpa lah, semua pun bz mahu pergi kerja. Nasib baik simpang UMS agak kurang sesak. Perjalanan diteruskan dan akhirnya kami tiba di Terminal Wawasan. Jam telah menunjukkan 8.30 pagi. Tiba-tiba mood aku hilang serta merta untuk meneruskan perjalanan ke Kepayan. kalau diteruskan juga mybe aku akan tiba di pejabat dalam jam 8.50 pagi. Terasa sangat lewat dah tu. Lalu aku mengambil keputusan untuk tidak hadir ke tempat kerja hari ini. *** sangat kecewa**

Pergi Center Point, topup hp, beli makanan untuk sarapan pagi dan makan tengahari. Pastu beli barangan keperluan seperti sabun kain, pad dan serbuk teh.

Sangat menarik. Sebab hari ini aku telah berjaya menyokong kempen " No plastic bag on monday". Buktinya aku tak request beg plastik. Semua barang yang aku beli aku sumbat ja di beg aku. Sangat suka sebab aku juga salah seorang PENCINTA ALAM. Yepiii, cintailah bumi kita! Cewahhh.........T__T







Selesai semuanya aku pun memulakan perjalanan menuju ke terminal bas. Semasa melalui lorong 'walkway' Api-api Centre, aku seperti mengenali kereta kancil yang sedang menuju menghampiri laluanku. Yang ak ingat nombor pletnya, AFL .... Sekali perhati pemandunya, alahai...si Rahman pula ni, ( dia staf tempat aku buat LI ok ). Aku lantas membuat panggilan dengan " syg " aku. Mengadu konon. Hehehehe

Time melimpas traffic light wawasan plaza, aku jalan beriringan dengan seseorang. Kira pangkat pakcik udah la. Dia bersapa dengan aku, ni adalah antara dialog kami :

Pakcik : " ko balik mana?"
Aku : " balik sepanggar..."
Pakcik : " aku tengok ko punya masa depan ni gelaaap betul..." ( maaf,hanya ini sahaja yang aku sempat rakam dan aku sangat tidak setuju dengan apa yang diperkatakan olehnya. xpa, mungkin ia sebagai pemacu semangat aku supaya tidak mudah menyerah kalah. Ye kot??? ).

Aku hanya mendengar sahaja, sebetulnya aku tak mau peduli apa yang dia cakap, dan sememangnya aku tak terfikir pun orang yang dia maksudkan tu ialah diri aku.

Pakcik : "...ko ni mesti selalu disakitkan hati kan...tapi ko tidak suka menyakiti hati orang lain. Ko adalah jenis orang yang tak suka menyakiti hati orang, tapi kalau orang sakiti ko, ko tak kisah pun...

Dalam diam aku menyokong kata-kata pakcik tu...aku hanya mendengar kata-kata beliau...
Beliau menyambung lagi....

Pakcik : " kalau ko ada masalah, jangan pendamkan...luahkan saja. Tapi kan dik, dalam ramai-ramai orang yang menyakiti hati ko, ada seorang yang ko takkan lupa sampai sekarang..."

Perghhh, cunnya pakcik ni. Terer pula meneka hati orang.

Aku : " siapalah orangnya tu pakcik? "
Pakcik : " Aku tidak tau sapa orangnya, itu terserah dari ko saja..."

Akhirnya aku pun sampai di tempat paking bas. Perbualan kami terhenti setakat itu sahaja. Penuh mistik, sangat misteri orang itu... Baru pernah jumpa tapi begitu banyak dia ceritakan tentang diri aku. Pelik???

Aku tertanya-tanya...dalam dunia ni benarkah ada orang yang boleh meramal nasib seseorang?
Yang aku tau, dalam dunia ni ada orang yang boleh membaca hati seseorang. Itupun sebab dia dikurniakan pancaindera yang ke-6. Kebolehan membaca tingkah laku orang lain melalui gerak hati. Hebat!

Aku jadi bingung sendirian. Apa sebenarnya yang dimaksudkan olehnya???

Sunday, October 17, 2010

No title

Coretan ini aku tujukan kepada teman-teman yang dikasihi sekalian...

Mari kita berfikir sejenak mengenai orang tua kita tidak kira di kampung mahu pun di bandar terutamanya yang berada jauh. cuba ingat kembali bilakah hari terakhir kita menghubungi orang tua kita? sudah berapa lamakah kita tidak berbual dan berbincang dengan ibu dan ayah kita? sememangnya kita sibuk dengan aktiviti harian di kampus dan kolej tetapi hal sedemikian tidak sepatutnya menjadi alasan untuk kita meninggalkan mereka kesunyian.

Jauh bezanya dengan kekasih hati masing-masing. kita sentiasa risau dan bimbang tentang kekasih. sentiasa bertanyakan makan minum kekasih tetapi tidak pula hiraukan makan minum ibu dan ayah kita. entah makan entah tidak untuk mencari rezeki menyara anak di menara gading. apakah mereka bahagia dengan kasih sayang kita atau pun tidak? sudah cukupkah kasih sayang kita sebagai seorang anak?

Diwaktu kita mempunyai kesempatan untuk membalas jasa mereka ini, lakukanlah yang terbaik untuk mereka. sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. jangan menyesal jika kesempatan yang di berikan ini tiada lagi untuk hari esok. berikan kasih sayang untuk mereka, hormati dan kasihi mereka seadanya. sentias menghubungi dan bertanyakan khabar mereka agar terubat kerinduan ibu bapa kita terhadap anak kesayangan mereka.

Sebagai pelajar yang bakal menjadi menjadi orang yang berkerjaya suatu hari nanti, jangan sesekali kita mengabaikan keluarga kita terutamanya ibu bapa kita bak kata pepatah arab 'rhidollah fi rhidolwalidain' yang bermaksud keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibu bapa. Jika kita berjaya sekalipun sekarang tetapi tiada keredhaan dari ibu bapa kita, sia-sia sahaja.

Renung-renungkan dan selamat beramal...('',)
coretan hati seorang anak yang rindukan mamanya...

Menyebalkan

Ini adalah hujung minggu yang sangat menyebalkan. Bukan sebal dengan hari minggu tapi dengan orang yang dihubungi pada hari minggu yang penuh dengan rehat2 di rumah ini.

Aku geram. Aku mau pergi jauh-jauh.

Tapi ke mana?

Dengan siapa?

Tidakk, aku tak boleh hidup sendirian! Huhuuuhuu....:'/

Wednesday, October 13, 2010

5 weeks only

Hari-hari daku menghitung detik. Bermula dari hari ini, tempoh aku menjalani latihan industri di GUSB ni lagi 32 hari

--- 32 hari berulang alik pergi kerja. Setiap hari bangun jam 4.50 atau jam 5 pagi. Bangun, solat subuh, on laptop ( kalau rajin ) , urus diri including minum pagi. Jam 6.20 bertolak dari rumah, naik bas jam 6.30. Between 7.30am im arrived at the Terminal Wawasan. Buy Nasi goreng/mihun goreng. 7.45 am naik bas Putatan. 8am im arrived at the site office. Jalan2, sembang2, bincang2, makan2...4.55pm go back home. 6.30pm im arrived at my resthouse. Tommorow morning, just same like yesterday.

Tak sabar aku nak lalui semua ini dengan jayanya pada minggu ke-22. 5 minggu lagi, yeayy....sabarla!



Monday, October 11, 2010

Perihal pisang

Menjadi tua dan kekurangan vitamin B6 satu perkara yang tidak dapat dihindari oleh setiap orang. Namun dengan mengambil pisang dalam menu diet harian akan memenuhi 2/3 keperluan vitamin jenis ini kepada golongan yang lanjut usia. Ini bermakna pisang boleh memberikan 30% vitamin B6. Vitamin jenis ini agak sukar diperoleh bagi mereka yang kurang makan sayuran. Setiap 100gram pisang mengandungi 0.58 mg vitamin B6. Bagi golongan lanjut usia mereka memerlukan 2 gm/hari vitamin B6.


Pisang juga menghasilkan tenaga segera kepada tubuh, manakala karbohidrat kompleks sedia di tukar menjadi tenaga dalam waktu yang singkat. Kandungan gulanya ( fruktosa ) juga amat rendah berbanding glukosa. Oleh itu anda disyorkan makan 2 biji pisang sehari kerana ia mempunyai manfaat yang baik untuk tubuh.


Bagi mereka yang kekurangan potasium dalam tubuh juga disyorkan makan 2 biji pisang, contohnya sebiji pisang montel mempunyai 602 mg potasium dan kandungan kalori sebanyak 140 mg. selain itu juga,ia mengandungi 2 gm protein dan 4 gm serat. Perlu anda tahu bahawa selain vitamin B6, pisang juga mengandungi tiamin, riboflavin, niasin, asid folik, kalsium, magnesium, zat besi dan vitamin C.


Pisang juga memberi manfaat kepada beberapa penyakit jika amalan pengambilannya dilakukan selalu. Antaranya zat besi yang ada di dalam buah pisang boleh menstimulasikan hemoglobin dalam darah dan mengurangkan anaemia. Bagi mereka yang mengalami tekanan darah tinggi digalakkan makan buah pisang kerana kandungan potasiumnya yang tinggi. Satu kajian dibuat terhadap 200 pelajar sekolah di Britain yang bakal menduduki peperiksaan diberi makan pisang waktu sarapan pagi, makan tengahari dan malam. Didapati mereka berjaya kerana pisang baik untuk rangsangan otak. Triptopon, sejenis vitamin yang terkandung dalam pisang juga dikatakan boleh membuatkan pemakannya berasa tenang.


Selain buah, kulit pisang juga boleh menyembuhkan bintat atau rasa gatal akibat gigitan nyamuk dengan menyapukan bahagian kulit di bahagian yang digigit. Vitamin B yang terkandung dalam pisang dapat memberikan ketenangan kepada sistem saraf kita. Ternyata selain coklat, pisang juga boleh memberikan impak yang sama terhadap otak dan menghasilkan ketenangan. Ini berlaku kerana vitamin B6 bertindakbalas dengan kendungan gula dalam darah. Ia memberi kesan mood anda.


Sudah diketahui pisang baik untuk sistem pencernaan juga baik untuk ibu-ibu hamil. Di Thailand misalnya, ibu-ibu gemar memakan pisang bagi mengekalkan suhu sejuk anak yang bakal dilahirkan. Pisang yang banyak ditanam di negara-negara Asia Tenggara dipercayai mula ditanam secara ladang di New Guinea sekitar 5000 tahun sebelum Masihi. Bagaimanapun pisang yang ditanam sejak wujudnya Hawa ada disebutkan dalam hadis. Kisah pisang selepas itu muncul dalam sajak dari Palestin dan Mesir, dan menular ke masyarakat islam sebelum dibawa ke Asia Tenggara. Bahkan pernah diakui pisang dari negara Granada adalah pisang yang paling enak pernah ditanam di dunia. Pokok pisang dari Tanah Arab, dibawa keluar ke Timur Afrika, Madagascar dan ke Palestin.




Sunday, October 10, 2010

My Inspiration


Hasil gabungan mama yang memang santik time muda2 ditambah lagi dengan beliau aku yang boleh dikategorikan antara jejaka hensom sewaktu zaman mudanya, maka lahirlah aku yang memiliki kedua ciri tersebut ( eleh, angkat bakul pula...tapi siapa lagi yang boleh diharap untuk puji diri kita? ha..jawab! ) :)

Zaman muda mama tidaklah seindah mana. Macam tu juga dengan bapa. Aku seringkali mendengar cerita kisah silam mereka yang penuh cabaran, peperangan ( beliau memang lahir semasa zaman perang2 ). Dan mama pula lahir sebelum Malaysia merdeka!

Mama
Dilahirkan pada 14 April 1952 di kampungnya, Tubau Ranau. Usianya baru mencecah 2 minggu, ibunya telah meninggal dunia dan dia dijaga oleh neneknya yang prihatin. Pada usianya 4 tahun lebih, keluarganya dan beberapa saudara yang lain telah bertekad dan berpindah ke Batu 60, Beaufort. Di sana mereka juga mempunyai tanah untuk tapak rumah dan kebun ( bagusnya orang dulu2 banyak tanah).

Sekian lama ibunya pergi, bapanya pula berkahwin baru. Mama dapat ibu tiri. Namun kasih ibu tiri tidaklah seagung kasih ibu kandung. Mama hanya dilayan baik oleh neneknya yang menjaganya dari kecil. Oleh kerana ibu tirinya juga tidak lanjut usia, mama sekali lagi mendapat ibu tiri. Oleh sebab itu mama mempunyai adik beradik sebapa seramai 16 orang. Tetapi yang tinggal hanya 12 orang. Yang selebihnya telah pergi buat selama-lamanya.

Pada usia mama 6 tahun,mama mula bekerja. Membuat pekerjaan yang kalau dibandingkan dengan zaman sekarang, hanya kaum lelaki yang berumur lingkungan 18 tahun saja yang mampu melakukannya. Kerja menoreh getah, membuat beronti untuk tapak Railway, bersawah padi dan hampir semua kerja kampung mama lakukan. Demi mencari rezeki untuk meneruskan hidup.

Pada umur mama 18 tahun, seorang jejaka muslim berasal dari kampung Laboi, Maraba telah mengambil mama sebagai teman hidupnya. Disangkakan penderitaan mama berakhir selepas itu. Tetapi lebih perit lagi dari zaman bujangnya. Kejadian ngeri iaitu hampir mati di hujung kapak & parang yang membuat mama rasa bersyukur kerana jodohnya dengan suami pertamanya berakhir tidak lama selepas kejadian itu. Namun, mama tidak sesekali menyesali atas apa yang berlaku dalam hidupnya dan insiden yang menimpa suaminya. Yang dipercayai ditembak mati oleh seseorang yang cemburukan suaminya.

Selepas kejadian itu, mama kembali mengharungi hidup berdua dengan anak keduanya ( anak pertama meninggal semasa usia 40 hari sebab sakit ). Mama kembali meneruskan kehidupan harian dengan bercucuk tanam, menanam sayur-sayuran dan bersawah padi. Dengan usia anaknya yang baru 9 bulan waktu itu, mama gendong ke mana sahaja hala tuju. Ke sawah padi, ke kebun sayur, ke sungai. Semua mama lakukan sendirian. Kehidupan mama kembali tenang.

Tidak lama selepas itu, mama dilamar oleh seorang jejaka. Mama mulanya menolak, tetapi kerana lelaki tersebut bersungguh-sungguh ingin mengahwini mama, akhirnya mama setuju. Dengannya mama selamat. Tapi sekali lagi mama tekanan perasaan, bukan sebab didera oleh suami tapi sebab terdera dengan perasaan sendiri. Semua tugas dan tanggungjawab ke atas anak-anak adalah bergantung kepada buah fikiran mama. Bapa pula tidak pandai membuat keputusan sendiri. Hanya tahu membuat pekerjaan harian, iaitu turun ke laut mencari rezeki. Tidak berani mencari inisiatif sendiri. Mama lah 'mastermind' keluarga masa itu. Akhirnya keluarga mereka semakin bertambah dengan bilangan anak bersama seramai 7 orang.

Timbul lagi cabaran baru buat mereka berdua. Membesarkan anak bukanlah satu perkara yang mudah. Lebih-lebih lagi persekitaran ekonomi yang sangat tidak memuaskan ketika itu. Semuanya bergantung ke atas tulang empat kerat. Sangat sesuai diibaratkan " kais pagi makan pagi,kais petang makan petang". Semakin hari kos sara hidup semakin meningkat tetapi pendapatan harian semakin menurun. Akhirnya mama mengambil inisiatif untuk bekerja bagi membantu bapa menampung sara hidup. Semua keinginan tidak pernah tertunai, yang tertunai hanyalah keperluan yang betul-betul diperlukan sahaja. Bagaimanapun persekolahan ketujuh-tujuh orang anak mereka tidak pernah terbantut. Semua ini adalah kerana semangat mama yang tidak mahu melihat kami sama susah seperti hidup mereka dahulu.

Namun kami masih beruntung sebab mempunyai tanah yang boleh dikatakan cukup untuk menampung hidup. Hari-hari mama bekerja sebagai penoreh, kadang-kadang bapa ikut menolong tetapi tidaklah sehebat tugas mama. Biar dalam keadaan sakit, demam dan lapar, mama tetap meneruskan kerja hariannya demi mendapatkan sesuap nasi untuk semua anak-anaknya. Harga pasaran getah pada masa itu sangat rendah, lebih kurang 70sen sekilo. Lebihan dari belanja makan, mama simpan duit. Mana tau ada masa-masa suntuk, duit tu boleh digunakan.

Akhirnya anak-anak mereka semakin membesar, dan menamatkan persekolahan. Anak kedua, mama haikal mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke salah satu universiti di Jepun pada tahun 1995. Tapi tawaran tersebut terpaksa ditolak sebab kesuntukan masa untuk membuat persiapan. Perjuangan diteruskan lagi. Akhirnya pada tahun 2000 sekali lagi anak mama yang ke-5 ( selepas tamat SPM ) mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke salah sebuah universiti tempatan. Selesai 3 tahun pengajian, dia kembali ke tanah air dan berkhidmat sebagai pensyarah di Politeknik KK sampai sekarang. Pada tahun 2005 pula, anak mama yang ke-4 pula melanjutkan pelajaran di politeknik KK. Pada tahun yang sama juga kami sekeluarga telah kehilangan seorang ahli keluarga, iaitu anak mama yang ke-2 telah kembali ke rahmatullah pada usianya yang ke-28 tahun. Pada penghujung tahun 2006, kami sekali lagi kehilangan orang yang kami kasihi buat selama-lamanya iaitu bapa kami. Namun kami pasrah. Dan yang terakhir pada tahun 2009, aku selaku puteri bongsu mama pula melanjutkan pelajaran di politeknik yang sama. Aku belum pasti lagi siapa aku 5 tahun selepas ini. Semoga kami berjaya dalam hidup untuk dunia sampai akhirat.

Dengan ini, membuktikan bahawa semangat mama dan bapa telah membawa kami ke puncak jaya. Terima kasih mama dan bapa! Jasamu akan kami ingat selamanya.

Wednesday, October 6, 2010

Dia racun, dia juga penawarnya

Bila dia merasa sangat enjoy dengan aktiviti baru, aku juga turut merasa enjoy. Biarpun ada kadang-kadang dia menaikkan darah aku, tapi segalanya hilang bila aku share happyness dengan dia. Sebab tu la aku labelkan, " dialah racun, dialah juga penawarnya". Hehehe

Baru-baru ni, 2hb Oktober aku ada balik umah di kampung. Seperti biasa aku memang tak tinggal laptop ni sendirian. Aku lebih rela tinggalkan semua baju-baju favret aku,yang penting bukan laptop. Aku pun bukakan lah Haikal ni game Zuma. Balik2 dah dia minta aku bukakan game ni. Memandangkan hari tu mood aku sangat baik, so aku pun layanlah apa dia mau. Mula malam ja dah start main. Biarpun awalnya dia sangat2 bengong main game ni. Berkat tunjuk ajar,lama2 dia pun mula cerdik main Zuma. Hehehe...
Sampaikan makan malam pun dia hanya ambil masa tak sampai 5 minit untuk menghabiskan 1 piring nasi ( sebelum ni, tersangatlah lambat ). Heran. Sebenarnya bukan apa, semangatnya yang sangat2 memuncak untuk meneruskan sesi game yang ter'pause' sekejap.
Oleh kerana semakin pro bermain game Zuma, aku pun tutup laptop. Bukan kedekut,tapi jam telah menunjukkan 10.10pm. Dah masanya untuk dia masuk tidur. Zuma punya pasal sampaikan dia tidak sedar yang malam tu dia telah ter'missed' untuk menonton chanel kegemarannya apa lagi, tentunya Astro Ceria.



Sangat serius fokus mana2 bola yang boleh di shoot. Dah semakin terer.


Alamak! Semua bola dah termasuk ke dalam mulut pembaham. Takpa,try lagi next live ( untungnya bermain Zuma sebab ada spare nyawa ).



Beginilah muka seriusnya semasa posing depan kamera. Tapi jarang sekali nampak dia serius macam ni. Sesekali keluar gak stail beruknya...:D


Friday, October 1, 2010

Naza Suria

Beginilah keadaan bumper depannya before get repair from my sweetheart, sapa lagi...Hairie la, A.k.A Automotif technician. :)



Apa kehel tiba-tiba aku list down title ' Naza suria ?" haha, yang sebenarnya minggu ni selama 5 hari aku ulang alik ke tempat kerja dengan menggunakan kereta ni. Abang aku pergi KL selama seminggu so, jan dikasi lama. Try test lah...huhu

Sibuk sangat minggu ni, tak sempat update blog ni. So, sini aku write down summary untuk seminggu ni.

Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Esok aku akan sekali lagi menaiki Naza Suria nih balik ke kampung. Jarak dari sini lebih kurang 140 km. Doakan aku semoga selamat tiba ke destinasi yaa......