Menjadi tua dan kekurangan vitamin B6 satu perkara yang tidak dapat dihindari oleh setiap orang. Namun dengan mengambil pisang dalam menu diet harian akan memenuhi 2/3 keperluan vitamin jenis ini kepada golongan yang lanjut usia. Ini bermakna pisang boleh memberikan 30% vitamin B6. Vitamin jenis ini agak sukar diperoleh bagi mereka yang kurang makan sayuran. Setiap 100gram pisang mengandungi 0.58 mg vitamin B6. Bagi golongan lanjut usia mereka memerlukan 2 gm/hari vitamin B6.
Pisang juga menghasilkan tenaga segera kepada tubuh, manakala karbohidrat kompleks sedia di tukar menjadi tenaga dalam waktu yang singkat. Kandungan gulanya ( fruktosa ) juga amat rendah berbanding glukosa. Oleh itu anda disyorkan makan 2 biji pisang sehari kerana ia mempunyai manfaat yang baik untuk tubuh.
Bagi mereka yang kekurangan potasium dalam tubuh juga disyorkan makan 2 biji pisang, contohnya sebiji pisang montel mempunyai 602 mg potasium dan kandungan kalori sebanyak 140 mg. selain itu juga,ia mengandungi 2 gm protein dan 4 gm serat. Perlu anda tahu bahawa selain vitamin B6, pisang juga mengandungi tiamin, riboflavin, niasin, asid folik, kalsium, magnesium, zat besi dan vitamin C.
Pisang juga memberi manfaat kepada beberapa penyakit jika amalan pengambilannya dilakukan selalu. Antaranya zat besi yang ada di dalam buah pisang boleh menstimulasikan hemoglobin dalam darah dan mengurangkan anaemia. Bagi mereka yang mengalami tekanan darah tinggi digalakkan makan buah pisang kerana kandungan potasiumnya yang tinggi. Satu kajian dibuat terhadap 200 pelajar sekolah di Britain yang bakal menduduki peperiksaan diberi makan pisang waktu sarapan pagi, makan tengahari dan malam. Didapati mereka berjaya kerana pisang baik untuk rangsangan otak. Triptopon, sejenis vitamin yang terkandung dalam pisang juga dikatakan boleh membuatkan pemakannya berasa tenang.
Selain buah, kulit pisang juga boleh menyembuhkan bintat atau rasa gatal akibat gigitan nyamuk dengan menyapukan bahagian kulit di bahagian yang digigit. Vitamin B yang terkandung dalam pisang dapat memberikan ketenangan kepada sistem saraf kita. Ternyata selain coklat, pisang juga boleh memberikan impak yang sama terhadap otak dan menghasilkan ketenangan. Ini berlaku kerana vitamin B6 bertindakbalas dengan kendungan gula dalam darah. Ia memberi kesan mood anda.
Sudah diketahui pisang baik untuk sistem pencernaan juga baik untuk ibu-ibu hamil. Di Thailand misalnya, ibu-ibu gemar memakan pisang bagi mengekalkan suhu sejuk anak yang bakal dilahirkan. Pisang yang banyak ditanam di negara-negara Asia Tenggara dipercayai mula ditanam secara ladang di New Guinea sekitar 5000 tahun sebelum Masihi. Bagaimanapun pisang yang ditanam sejak wujudnya Hawa ada disebutkan dalam hadis. Kisah pisang selepas itu muncul dalam sajak dari Palestin dan Mesir, dan menular ke masyarakat islam sebelum dibawa ke Asia Tenggara. Bahkan pernah diakui pisang dari negara Granada adalah pisang yang paling enak pernah ditanam di dunia. Pokok pisang dari Tanah Arab, dibawa keluar ke Timur Afrika, Madagascar dan ke Palestin.
No comments:
Post a Comment