Sunday, October 17, 2010

No title

Coretan ini aku tujukan kepada teman-teman yang dikasihi sekalian...

Mari kita berfikir sejenak mengenai orang tua kita tidak kira di kampung mahu pun di bandar terutamanya yang berada jauh. cuba ingat kembali bilakah hari terakhir kita menghubungi orang tua kita? sudah berapa lamakah kita tidak berbual dan berbincang dengan ibu dan ayah kita? sememangnya kita sibuk dengan aktiviti harian di kampus dan kolej tetapi hal sedemikian tidak sepatutnya menjadi alasan untuk kita meninggalkan mereka kesunyian.

Jauh bezanya dengan kekasih hati masing-masing. kita sentiasa risau dan bimbang tentang kekasih. sentiasa bertanyakan makan minum kekasih tetapi tidak pula hiraukan makan minum ibu dan ayah kita. entah makan entah tidak untuk mencari rezeki menyara anak di menara gading. apakah mereka bahagia dengan kasih sayang kita atau pun tidak? sudah cukupkah kasih sayang kita sebagai seorang anak?

Diwaktu kita mempunyai kesempatan untuk membalas jasa mereka ini, lakukanlah yang terbaik untuk mereka. sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. jangan menyesal jika kesempatan yang di berikan ini tiada lagi untuk hari esok. berikan kasih sayang untuk mereka, hormati dan kasihi mereka seadanya. sentias menghubungi dan bertanyakan khabar mereka agar terubat kerinduan ibu bapa kita terhadap anak kesayangan mereka.

Sebagai pelajar yang bakal menjadi menjadi orang yang berkerjaya suatu hari nanti, jangan sesekali kita mengabaikan keluarga kita terutamanya ibu bapa kita bak kata pepatah arab 'rhidollah fi rhidolwalidain' yang bermaksud keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibu bapa. Jika kita berjaya sekalipun sekarang tetapi tiada keredhaan dari ibu bapa kita, sia-sia sahaja.

Renung-renungkan dan selamat beramal...('',)
coretan hati seorang anak yang rindukan mamanya...

No comments:

Post a Comment