Monday, December 20, 2010
5 in 1 Holidays package
Saturday, December 18, 2010
Kelebihan & kekurangan anak bongsu

Bukan takat baju je, beg, kasut, songkok, sumer barulah senang citer. Kalau adik beradik sumer laki, dari yang sulong, ke no. 2, dari no.2 turun ke no.3 , biasanya akan pakai barang yang sama dan serupa sepanjang zaman. Tapi bila sampai yang bongsu je , tiba-tiba bertukar menjadi baru , eh? magic betul!
2.Besday party tak pernah miss.
Dan tiapkali itulah pasti akan dapat hadiah yang best-best. Macam buku cerita , muqaddam, buku sifir, buku mari mewarna , best kot ada kaler2..
Ok-ok, aku hipokrit .Ayahanda ni seorang yang berjiwa muda. Dulu gamaknya dia geram nak main keter control , so dia belikanla kat aku sebijik. Teringin gak sebenarnya tapi bonda selalu larang aku dari mintak bukan-bukan ,apatah lagi yang mahal, jadi tak jadi mintak, kalau mintak sure dapatnye. Tapi ayahanda kasi gak time besday , uishh, melonjak macam orang gila . Walaupun ayahanda cover baeeknya, dengan gunakan alasan hadiah besday aku untuk mengaburi mata bonda, tapi hepi tetap hepi. Kira win-win situation la ni.
3.Sentiasa Menang Dalam Pergelutan
Sedangkan lidah lagi tergigit , inikan pula adik-beradik.Dari berebut nak tengok citer kat tv sampai ke meja makan, rebut ayam bahagian drumstick, PASTI, dan sepasti-pastinya yang bongsu tu akan menang.Entahla.. aku pun tak sure pasal apa,agaknya memang bongsu ni dilahirkan untuk menjadi juara kot.
"Dek , meh sini duk atas riba Bonda meh, duduk depan laagi cepat sampai..".
Sambil buat muka kerek kat kakak2 dan abang2, si Adek pun pantas ke riba.Tak dapat duk tengah pun takpe, janji sampai dulu. ..huh.
Walaupun ramai orang yang nak jadi anak bongsu , bukan semua yang berkaitan bongsu itu indah belaka.Korang takkan tau betapa bahagianya bila ada orang panggil abang .Ha ah korang takkan rasa sebab korang bukan anak bongsu. Pengalaman aku menjadi anak bongsu selama suku abad, rupanya banyak benda yang tak best tentang anak last nih..Bawah ni aku pointkan 5 (ja) ,benda yang tak best tentang anak bongsu ni.
1.Tiada dahi untuk disekeh
Masa kecik ,aku jeles tul ngan member aku , merangkap jiran sebelah rumah ini. Biasanya kalau nak pergi mancing ke, pasang jerat burung wak-wak ke, nak main polis sentri ke, mesti adik dia melorot-lorot nak ikut sama.Tak bawak kang, nangis, repot kat mak, leceh plak. Ye tak ye , bawak je la skali. Kalau nak nyeberang longkang, menangis-nangis mintak nak tolong sebab sendrik lompat tak lepas. Abang ni pun baikla hati, tolong jugak la adik dia, tapi "orang kata jangan ikut, yang ngengada ikut pasal apa!!?"..sambil menyekeh dahi adik .(klekuk!: efek bunyi sekehan).,,Apa punya abang daa..Tapi puas beb dapat sekeh dahi adik sendrik. Haish..ringan je tangan ni ngenangkan tu adik orang je..
2.Bukan Idola
Berapa ramai kat sini yang menjadikan abang dia sebagai idola hidup? Yang jadikan kakak dia yang study kat Jordan tu sebagai role-model untuk berjaya?. Cabut bulu kening kalau cakap takde.
Tapi pernah dengar tak abang jadikan adik bongsu sebagai idola? takde kan. At least bukan adik bongsu, sebab......... bongsu kot, berhingus lagi.Nak sembang lebat pun tak tau kat sape.
3.Kerap Kene Bebel
Cubalah try cakap," saya ingat saya nak pindah US la."
Takyah mintak, adela yang kasi pendapat tu kang, Yang mengkondem boleh tahan ramai. Yang paling banyak membebel , itu ha ,yang sulung tu. Macam-macam dia bantai , degil la, suka wat hal sendiri la, tak pentingkan keluarga la, buang mak la, anak derhaka la.Siap sedia la ,sampai 7 keturunan kene curse ngan family.Then, bila cakap balik; " Ulu Selangor je lah..kihkihkih"
.....
Tu pun still kene bebel lagi," , tu laa dulu tanak belajar pandai-pandai,orang suruh pergi sekolah ko pergi rembat tebu kebun Pak Abu , mana ada Ulu Selangor, Hulu Selangor adala!! ,bongok, bangang, tolol ,bla bla bla bla bla..bodoh piang!"
arghht!!
4.Mudah Hanyut Ke Lembah Kebinasaan
Walaupun selalu kena bebel, bongsu selalunya orang paling kurang terkesan dengan bebanan yang keluarga tanggung..Lagi-lagi bila masing-masing sudah ada haluan sendiri, so, dia bebas nak buat apa sebab tak payah risau ,takde adik yang nak ikut jejak dia. Bila komitmen dah takde ni la, hidup dah umpama layang-layang terputus tali..
5.Lonely
Thursday, December 16, 2010
Enjoy with the course of ABM
Monday, December 13, 2010
Kejamkah aku?
Untuk tidak membingungkan kalian semua, kita mulain yaa... dalam kelas aku ada lebih kurang 50 orang student ( tapi ini sem 2, skang dah pun masuk sem 4 ). Balik dari buat LI semakin berkurang kelasmet kami nih. Skang tinggal 44 orang totally.Pelik2...ke mana kah selebihnya menghilang?
Cerita bermula disini --> Ada seorang ni, kelasmet juga. Pelik dan aneh. Semenjak sem 2 lagi suka betul curi-curi pandang ngan aku. Apa yang spesel atau aneh ada pada aku ni? Aku rasa biasa ja pun, orang lain pun buat biasa ja ngan aku. Tapi ngan mamat sorang ni aneh betul pandangannya. Seolah-olah menyimpan rahsia yang maha kaya. Auwww, macamla I ni orang femes gitu. Hahaha =D
Kalau sekali terpandang, buat-buat macam tak pandangla. Ni dah terpandang, lama betul renungan semacam ja I rase...Tak ke pelik tu??
Eh, dahla cerita ni. Melalut-lalut pulak dah. Harap terhibur, cehhh...( dalam hati berangan-angan kalaulah aku boleh menjadi seperti seorang pujangga dengan setiap bait katanya yang membuat orang terpaku membaca. ) Ecewah, berangan lagi. Yala yala, nak out dah ni...
Sunday, December 12, 2010
Inilah kecintaanku...
IIIIIIIIIIIIII Loading.....
Dengan persekitaran yang belum tercemar, lokasi rumah yang berdekatan dengan sungai serta airnya yang sejuk menusuk ke kalbu, jauh dari bunyi kenderaan yang membingitkan telinga, rekabentuk rumah yang masih mengekalkan ciri-ciri binaan tradisional orang dulu-dulu ( eh, wow its so interesting! ). Membuatkan sesiapa yang datang merasa berat hati untuk meninggalkan tempat ni.
Kesimpulannya, aku sangat sukakan tempat ni. Kalau aku ada duit sendiri aku mau buat rumah macam ni lah. Hehe...Ok lah, to be continue...insyaAllah
Saturday, December 11, 2010
Ruji harian utk 4 semester
Okeylah, nampaknya semua pun dah tak sabar-sabar untuk mengetahui apa agaknya ruji aku sehari-harian.
Semester 1
List of Module
- Pendidikan Islam
- English for technical purpose
- Ko-kurikulum
- Aplikasi Komputer
- Engineering Math
- Science for technician
- Material & engineering construction
- Engineering drawing
- Engineering Survey
Semester 2
List Of Module
- Pendidikan Islam
- English for technical purpose
- Ko-kurikulum
- Engineering math
- Material & engineering construction
- Civil Engineering Lab
- Engineering survey
- contract & construction surveying
- CADD
- Sructure mechanic
- LI Softskill
Semester 3
- Industrial training
Semester 4
- English for technical purpose
- Tamadun Islam
- Civil engineering Lab
- Structure mechanic
- Geotechnic
- Hidraulic
- Highway engineering
- Safety & Healthy
- Environmental technology
Sekian, tamatlah sudah untuk program sijil. AKAN BERSAMBUNG...InsyaAllah, mudah-mudahan aku berjaya menyambung sehingga ke peringkat seterusnya. Will update SOON...:)
Thursday, December 9, 2010
Impian setinggi Gunung Kinabalu
Friday, December 3, 2010
Monday, November 29, 2010
Welcome back to school!
Politeknik kk ku yang tercinta.

Esok pendaftaran untuk pelajar yang tamat latihan industri. Laporan dah siap ka belum? Haha...Hari Rabu pula mendaftar untuk masuk semester. Yeah, hari semakin dekat. Dekat apa? Dah pun masuk sem 4. Pasni tamat udah kursus untuk peringkat ni. I hope we success!
Friday, November 19, 2010
Happy holiday & balik kampung!
Thursday, November 18, 2010
Minuman tenaga popular yang mempunyai risiko tersembunyi: kajian
NEW YORK (Nov 15, 2010): Minuman tenaga yang sangat popular, namun masing-masing boleh memberikan anda lebih banyak kafeina daripada secangkir kopi, menurut kajian.
Selain itu, bahawa kafein boleh menggabungkan dengan bahan lain dengan cara berpotensi berisiko, dengan menggunakan minuman tenaga dengan alkohol untuk perhatian khusus.
"Yang kita tahu adalah bahawa minuman tenaga khas boleh mempunyai sebanyak satu perempat cawan gula, dan lebih banyak kafeina daripada secangkir kopi yang kuat," kata John Higgins dari University of Texas Medical School di Houston, yang memimpin sebuah kajian yang muncul di bulan ini Mayo Clinic Proceedings.
Kandungan kafein dari minuman tenaga berkisar 70-200 mg per 16-oz melayani. Sebagai perbandingan, sebuah 8-oz cawan kopi boleh mengandungi antara 40 hingga 150 mg, bergantung pada bagaimana hal itu disedut.
Bahkan lebih dari masalah adalah bagaimana bahan sering tidak disebutkan pada label - seperti guarana stimulan herbal, asid amino taurin, dan lain bumbu, mineral dan vitamin - mungkin berinteraksi dengan kafein, ia mengatakan pada Reuters Health.
Perhatian adalah bagaimana interaksi tersebut boleh mempengaruhi denyut jantung, tekanan darah dan bahkan keadaan mental, terutama bila diambil dalam jumlah yang besar, dengan alkohol, atau dengan atlet.
Higgins dan rakan dipantau kandungan perubatan pada minuman tenaga dan bahan-bahan mereka antara 1976 dan 2010, hanya untuk menemukan ada sedikit kajian ke kesannya.
Beberapa kajian kecil, biasanya pada orang dewasa muda yang aktif secara fizikal, telah menunjukkan minuman boleh meningkatkan tekanan darah dan detak jantung. Tetapi bukti kesan yang lebih serius seperti serangan jantung, kejang dan kematian anekdot, mereka menulis.
Norway, Denmark dan Perancis dilarang minum Red Bull, selepas kajian menunjukkan tikus yang "diberi makan taurin dan memperlihatkan perilaku aneh, termasuk kecemasan dan mencederakan diri sendiri".
"Kami bukan tikus, tetapi pengambilan telah terbukti secara positif berkaitan dengan perilaku berisiko tinggi," tulis Higgins dan rakan-rakannya.
Minuman tenaga sering dipromosikan, dan digunakan oleh, atlet untuk "push tambahan". Tapi Higgins dan kumpulannya mencatatkan bahawa berdasarkan perjalanan kafein dan beberapa bahan lain mempengaruhi tubuh, ada risiko bahawa minuman tenaga dengan serius boleh mengalami dehidrasi terhadap pengguna.
"Kemungkinan dehidrasi dan tekanan darah meningkat membuat air atau lebih rendah-Penarafan oktana minuman sukan, yang mengandungi elektrolit, beberapa mineral dan karbohidrat, pilihan yang lebih baik," tambahnya.
Bukan atlet harus minum tidak lebih dari satu hari, tidak pernah campurkan dengan alkohol, dan minum banyak air selepas bersenam. Orang dengan hipertensi tidak boleh minum ia, dan orang-orang dengan keadaan kesihatan seperti penyakit jantung harus berunding dengan doktor mereka sebelum menggunakan minuman ini.
Peraturan minuman boleh pergi jauh ke arah penyelesaian masalah yang berpotensi, Higgins ditambah.
"Pengeluar boleh meletakkan apapun di dalamnya, namun mengiklankan dan orang-orang mengambil tidak mungkin akan berlaku.Namun Bila-bila masa anda mengalami situasi seperti ini, anda akan mendapatkan masalah.," Katanya. - Reuters
p / s Ingatkan nak bertenaga rupanya mengundang malapetaka. Just nak share. Sumber Malay Forum.
Kehebatan dan kebijaksanaan Yahudi
Kata-katanya ini adalah bertepatan dengan hadis Rasullulah:
"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil."
Antara 'barangan mereka' yang telah dijadikan ikutan oleh kebanyakan dari kita.
1. Kita diajar dalam buku biologi, buku pemakanan (kajian dan terbitan para kafir ni) bahawa kalau nak dapat vitamin B dan kalau nak tambah darah kita kena makan hati haiwan dan hati ayam. tetapi sebenarnya Nabi kita tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman. Nak ikut kafir ke nak ikut nabi kita? Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita sbb hati merupakan organ dimana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan. so kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam. makanlah kita toksin tersebut serta bengaplah otak kita umat Islam sebab percaya buku sains keluaran kafir ini.
2. Kita diajar dalam sains bahawa kopi tidak bagus untuk kesihatan. Namun sebenarnya kopi adalah antara minuman kegemaran Nabi kita selain susu dan madu. Cuba tengok Yahudi, mereka minum kopi, Starbuck. Profesor di UK yang Yahudi semua ada segelas kopi di tangan mereka.
3. Kita diajar memakan kambing tinggi kolesterol, namun kambing juga adalah makanan Nabi kita. Seolah-olah buku sains ni nak merendahkan pemakanan Nabi kita. Sebenarnya daging kambing adalah daging paling kurang kolesterol.
4. Kita diajar bahawa makan McDonalds adalah bagus, namun sebenarnya McDonalds adalah makanan yang sangat tinggi MSG dan kolesterolnya dan paling banyak lemak tepu trans.
5. Para kafir ni juga menggalakkan kita minum dan makan makanan yang langsung tak berkhasiat, contohnya coke dan maggi. Coke tu sangatlah beracun, pastu sangat tidak bagus untuk kesihatan (gula tinggi, berasid, pH dalam lingkungan 3.5, ada racun tersembunyi). Dan para Melayu kita juga yang ketagih minum.
6. Untuk pengetahuan, para kafir agen dajjal ni gak mengwar-warkan kebaikan minum soya (sebab USA merupakan pengeluar soya terbesar), namun sebenarnya soya dapat melemahkan kejantanan lelaki dan mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan. selain itu juga soya dapat meningkatkan risiko kanser payudara, kanser ovari, kanser prostat, serta melemahkan otak dan tulang sbb dalam soya ada hormon estrogen yang sama dgn estrogen kat wanita. pastu soya ada phytic acd yang membuatkan penyerapan kalsium, magnesium dan zinc yang penting untuk badan kita terjejas.
Just want to share apa yang aku ada baca dalam blog kawan.
Sunday, November 14, 2010
Kids Convocation
Berikut adalah beberapa sedutan episod konvokesyen Ajim. Bertempat di dewan Sa'adah Wisma Muis, Sembulan.
**************************
Sesi perkhemahan dengan family si abang. 2nd beach of Tanjung Aru.
Saturday, November 13, 2010
Di penghujung waktu
Di penghujung waktu aku menjalani Li di Global Upline, bagaimana pengisian masa yang ideal? Hummm, pikir dan terus berpikir.

( Apa motif gambar ni? )
Aku pasti rindukan saat2 ni. Paling siok sebab makanannya sedap bangat. Tempah ngan katering jee...haha,mudah kan? Oh ya,ni d ofis kami. Global Upline meeting ngan JKR di ofis kami yang serba terpencil. Tapi bagusnya kami yang untung sebab dapat Makanan F.R.E.E. Haha!! Yumm yumm
Tuesday, November 9, 2010
Antara syukur dan redha
Rasulullah bersabda yang bermaksud," Sungguh menghairankan kerja orang mukmin ( kerana ) semua urusannya adalah kebaikan ( baginya ), dan hal itu tidak berlaku kecuali pada orang mukmin sahaja. Sekiranya dia beroleh kesenangan, maka dia bersyukur. Dan sekiranya dia ditimpa kepayahan, dia bersabar ( reda ), maka itu juga satu kebaikan baginya. ( Riwayat Muslim )
*********************************************
Lihat seorang petani yang saban hari membanting tulang di sawah, yang hidupnya ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Namun dia masih tersenyum, masih boleh ketawa riang walaupun ketika tubuh disimbahi peluh. Jawapannya kerana dia pandai bersyukur dengan rezekinya walaupun sedikit dan dia reda dengan apa yang Allah SWT tetapkan padanya.
Si kaya jutawan sekalipun belum tentu boleh tersenyum puas dengan apa yang dimilikinya jika dia tidak pandai bersyukur dan reda terhadap apa jua yang dilaluinya, samada baik atau sebaliknya.
Namun percayalah, dalam perjuangan hidup ini kita masih boleh tersenyum puas dan bahagia disebalik kekuarangan yang kita miliki. Caranya dengan bersyukur apabila senang dan reda apabila susah.
Bisikan ke hati " Alhamdulillah, disebalik kekuranganku ini, aku masih boleh menjalani kehidupan ceria, pengharapan, berjiwa lapang luas. Semuanya kerana aku bersyukur dengan apa yang aku peroleh dan aku reda dengan apa yang gagal aku hadapi..."
Friday, November 5, 2010
Happy holiday & A little boy Birthday Party
Will update soon, really need a break really craving a mangga, kg halaman ku yg tersinta & anymore lah! Now, blogger can smile! cewahhhh
Okla,cau. Dadaaa....c u next entries.
Monday, November 1, 2010
Windows XP2005 convert to Windows 7
Ni lah rupa windows aku yang terkini setelah di'operate' oleh Juruteknik Komputer Professional sapa lagi kalau bukan Mohd Ashar...yeyayy!!!

Wednesday, October 27, 2010
Sony Ericson W910i
Seperti kebiasaannya, aku blah dari office kira-kira pukul 4.56pm. Aku pun memulakan perjalanan dengan meredah hujan sederhana lebat. Aku mengambil keputusan untuk singgah di Centre Point. Aku sampai di centre point sekitar jam 5.28pm. Paking kereta di aras dua ( hmmm, selamat. Tak perlu berhujan2 diluar).
Aku naik ke aras 8, then turun ke aras 5. Singgah beli Milky Tea ( fevret drink aku ni tauuu....). Pastu masuk Daiso Japan, saja untuk survey2. Untuk tidak menghampakan diri, aku pun angkutla 1 keping bingkai gambar & earphone untuk lappy aku. Then turun ke G floor. Sambung lagi survey2 kedai yang ada repair fon. Tadaa, akhirnya aku berminat untuk singgah di satu kedai handphone. Aku pun membuat perjanjian kontrak dengan staf ( tak tau apa gelaran yang sepatutnya, heee ) di kedai tu.
* jenis kerosakan : kabel putus, sebab tu bila gelongsor fon ni tetiba ter'off'.
* payment : RM120
* completed within : 1/2 hour.
Setelah selesai tujuan utama, aku bersenang hati. Bagi meraikannya, aku pun masuk ke 'rumah merah' ( KFC baa...). Oder Jom jimat ( yang aku fikir takla seberapa jimat sebab 1 ketul ayam+1 senduk nasi+ 1 cup carbonate drink = Rm6.29 only in KFC ). Tapi sayangnya selera tengah 'down'. Samala pulak selera ngan Rie. Dia pun kurang berselera, badan lemah. Beliau telah mengeluarkan statement, bahawa sebenarnya badan nak demam tapi antibodi kuat melawan. So, si demam tidak mampu menonjolkan dirinya. Last2 badan orang pula yang lemah sebab C antibodi dengan si Penyakit bergaduh2 di dalam sistem keimunan badan orang. Aku setuju dengan statement ni.
Endingnya, berkenaan hpon mama yang rosak itu esok ja lah aku ambil. Sebab sekarang aku hanya ada RM50 ja. hehehe, hampeh.
Aku blah dari centre point jam 6.45pm. Hujan masih berlarutan. Jam 7.19pm aku pun selamat tiba di tempat letak kereta depan Blok N ni. Huhuhu...
Monday, October 25, 2010
Fasa baru
Fasa baru, sangat sesuai untuk aku letak title ni untuk entri kali ni. Sebab ada seseorang yang sedang memulakan hari "baru" . Wahhh...bestnyer. Apapun sabar ya anak-anak...ni baru tengah hari,tunggu malam nanti la baru kita boleh buat kesimpulan. Aku juga tak sabar-sabar mau tau macamana perkembangan hari ini. eheheh...
Apapun, see u tonight sebab malam nanti baru aku boleh buat kesimpulannya. Dadaaa...:)
OK kids, this is the continuation of our story for today.
A very enjoyable day. Today he has become an entrepreneur. Wow, interesting experience to share. May all the blessings of what he did and God blessed.
As initially, it is very difficult to pass. He felt like a man in despair. I just only say, "Be patient, all these are just allegations." The question lies in the hands of state provision of Allah. What is important we continue the efforts and continue to pray.
Wah, banyak cantik ayat ko. Okla, cau dulu. Miaw aku menangis udah tu sebab belum makan malam. Makanannya malam ni ialah " grill fish ". Waww.... XD
Monday, October 18, 2010
10 PETANDA DIA JODOH KITA.......
Pasangan..jika bukan di dunia...mungkinkah di Syurga?
No plastic bag on monday
Aku terlewat 4 minit. 4 minit sahaja untuk aku tiba di perhentian bas. Lewat bangun salah satu punca, lepas tu badan pula terasa sangat tidak bermaya. Lemas dan rasa seperti orang sakit. Aku teruskan jg perjalanan ke perhentian bas biarpun aku telah terlepas bas yang selalu aku tumpang pergi kk. Aku harap ada lagi bas menyusul kemudian. Tapi, lama aku tunggu tiada satu pun bas yang boleh aku tumpang. Ada pun bas mini menuju Inanam.
Jam telah menunjukkan 7.15 pagi. Saat ini baru aku terlihat bas yang menuju ke kk. Aku pun naik dan berharap perjalanan lancar. Tetapi setiba sahaja aku di Indah Permai, jalan punyalah sesak. Lori-lori besar, bas-bas besar berbaris sepanjang 1 km lebih ( agak2 ). Aku menduga memang terlewatla aku sampai di Terminal Wawasan ni. Sampai di Alamesra, jalan jem lagi. Takpa lah, semua pun bz mahu pergi kerja. Nasib baik simpang UMS agak kurang sesak. Perjalanan diteruskan dan akhirnya kami tiba di Terminal Wawasan. Jam telah menunjukkan 8.30 pagi. Tiba-tiba mood aku hilang serta merta untuk meneruskan perjalanan ke Kepayan. kalau diteruskan juga mybe aku akan tiba di pejabat dalam jam 8.50 pagi. Terasa sangat lewat dah tu. Lalu aku mengambil keputusan untuk tidak hadir ke tempat kerja hari ini. *** sangat kecewa**
Pergi Center Point, topup hp, beli makanan untuk sarapan pagi dan makan tengahari. Pastu beli barangan keperluan seperti sabun kain, pad dan serbuk teh.
Sangat menarik. Sebab hari ini aku telah berjaya menyokong kempen " No plastic bag on monday". Buktinya aku tak request beg plastik. Semua barang yang aku beli aku sumbat ja di beg aku. Sangat suka sebab aku juga salah seorang PENCINTA ALAM. Yepiii, cintailah bumi kita! Cewahhh.........T__T


Selesai semuanya aku pun memulakan perjalanan menuju ke terminal bas. Semasa melalui lorong 'walkway' Api-api Centre, aku seperti mengenali kereta kancil yang sedang menuju menghampiri laluanku. Yang ak ingat nombor pletnya, AFL .... Sekali perhati pemandunya, alahai...si Rahman pula ni, ( dia staf tempat aku buat LI ok ). Aku lantas membuat panggilan dengan " syg " aku. Mengadu konon. Hehehehe
Time melimpas traffic light wawasan plaza, aku jalan beriringan dengan seseorang. Kira pangkat pakcik udah la. Dia bersapa dengan aku, ni adalah antara dialog kami :
Pakcik : " ko balik mana?"
Aku : " balik sepanggar..."
Pakcik : " aku tengok ko punya masa depan ni gelaaap betul..." ( maaf,hanya ini sahaja yang aku sempat rakam dan aku sangat tidak setuju dengan apa yang diperkatakan olehnya. xpa, mungkin ia sebagai pemacu semangat aku supaya tidak mudah menyerah kalah. Ye kot??? ).
Aku hanya mendengar sahaja, sebetulnya aku tak mau peduli apa yang dia cakap, dan sememangnya aku tak terfikir pun orang yang dia maksudkan tu ialah diri aku.
Pakcik : "...ko ni mesti selalu disakitkan hati kan...tapi ko tidak suka menyakiti hati orang lain. Ko adalah jenis orang yang tak suka menyakiti hati orang, tapi kalau orang sakiti ko, ko tak kisah pun...
Dalam diam aku menyokong kata-kata pakcik tu...aku hanya mendengar kata-kata beliau...
Beliau menyambung lagi....
Pakcik : " kalau ko ada masalah, jangan pendamkan...luahkan saja. Tapi kan dik, dalam ramai-ramai orang yang menyakiti hati ko, ada seorang yang ko takkan lupa sampai sekarang..."
Perghhh, cunnya pakcik ni. Terer pula meneka hati orang.
Aku : " siapalah orangnya tu pakcik? "
Pakcik : " Aku tidak tau sapa orangnya, itu terserah dari ko saja..."
Akhirnya aku pun sampai di tempat paking bas. Perbualan kami terhenti setakat itu sahaja. Penuh mistik, sangat misteri orang itu... Baru pernah jumpa tapi begitu banyak dia ceritakan tentang diri aku. Pelik???
Aku tertanya-tanya...dalam dunia ni benarkah ada orang yang boleh meramal nasib seseorang?
Yang aku tau, dalam dunia ni ada orang yang boleh membaca hati seseorang. Itupun sebab dia dikurniakan pancaindera yang ke-6. Kebolehan membaca tingkah laku orang lain melalui gerak hati. Hebat!
Aku jadi bingung sendirian. Apa sebenarnya yang dimaksudkan olehnya???
Sunday, October 17, 2010
No title
Mari kita berfikir sejenak mengenai orang tua kita tidak kira di kampung mahu pun di bandar terutamanya yang berada jauh. cuba ingat kembali bilakah hari terakhir kita menghubungi orang tua kita? sudah berapa lamakah kita tidak berbual dan berbincang dengan ibu dan ayah kita? sememangnya kita sibuk dengan aktiviti harian di kampus dan kolej tetapi hal sedemikian tidak sepatutnya menjadi alasan untuk kita meninggalkan mereka kesunyian.
Jauh bezanya dengan kekasih hati masing-masing. kita sentiasa risau dan bimbang tentang kekasih. sentiasa bertanyakan makan minum kekasih tetapi tidak pula hiraukan makan minum ibu dan ayah kita. entah makan entah tidak untuk mencari rezeki menyara anak di menara gading. apakah mereka bahagia dengan kasih sayang kita atau pun tidak? sudah cukupkah kasih sayang kita sebagai seorang anak?
Diwaktu kita mempunyai kesempatan untuk membalas jasa mereka ini, lakukanlah yang terbaik untuk mereka. sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. jangan menyesal jika kesempatan yang di berikan ini tiada lagi untuk hari esok. berikan kasih sayang untuk mereka, hormati dan kasihi mereka seadanya. sentias menghubungi dan bertanyakan khabar mereka agar terubat kerinduan ibu bapa kita terhadap anak kesayangan mereka.
Sebagai pelajar yang bakal menjadi menjadi orang yang berkerjaya suatu hari nanti, jangan sesekali kita mengabaikan keluarga kita terutamanya ibu bapa kita bak kata pepatah arab 'rhidollah fi rhidolwalidain' yang bermaksud keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibu bapa. Jika kita berjaya sekalipun sekarang tetapi tiada keredhaan dari ibu bapa kita, sia-sia sahaja.
Renung-renungkan dan selamat beramal...('',)
coretan hati seorang anak yang rindukan mamanya...
Menyebalkan
Aku geram. Aku mau pergi jauh-jauh.
Tapi ke mana?
Dengan siapa?
Tidakk, aku tak boleh hidup sendirian! Huhuuuhuu....:'/
Wednesday, October 13, 2010
5 weeks only
--- 32 hari berulang alik pergi kerja. Setiap hari bangun jam 4.50 atau jam 5 pagi. Bangun, solat subuh, on laptop ( kalau rajin ) , urus diri including minum pagi. Jam 6.20 bertolak dari rumah, naik bas jam 6.30. Between 7.30am im arrived at the Terminal Wawasan. Buy Nasi goreng/mihun goreng. 7.45 am naik bas Putatan. 8am im arrived at the site office. Jalan2, sembang2, bincang2, makan2...4.55pm go back home. 6.30pm im arrived at my resthouse. Tommorow morning, just same like yesterday.
Monday, October 11, 2010
Perihal pisang
Menjadi tua dan kekurangan vitamin B6 satu perkara yang tidak dapat dihindari oleh setiap orang. Namun dengan mengambil pisang dalam menu diet harian akan memenuhi 2/3 keperluan vitamin jenis ini kepada golongan yang lanjut usia. Ini bermakna pisang boleh memberikan 30% vitamin B6. Vitamin jenis ini agak sukar diperoleh bagi mereka yang kurang makan sayuran. Setiap 100gram pisang mengandungi 0.58 mg vitamin B6. Bagi golongan lanjut usia mereka memerlukan 2 gm/hari vitamin B6.
Pisang juga menghasilkan tenaga segera kepada tubuh, manakala karbohidrat kompleks sedia di tukar menjadi tenaga dalam waktu yang singkat. Kandungan gulanya ( fruktosa ) juga amat rendah berbanding glukosa. Oleh itu anda disyorkan makan 2 biji pisang sehari kerana ia mempunyai manfaat yang baik untuk tubuh.
Bagi mereka yang kekurangan potasium dalam tubuh juga disyorkan makan 2 biji pisang, contohnya sebiji pisang montel mempunyai 602 mg potasium dan kandungan kalori sebanyak 140 mg. selain itu juga,ia mengandungi 2 gm protein dan 4 gm serat. Perlu anda tahu bahawa selain vitamin B6, pisang juga mengandungi tiamin, riboflavin, niasin, asid folik, kalsium, magnesium, zat besi dan vitamin C.
Pisang juga memberi manfaat kepada beberapa penyakit jika amalan pengambilannya dilakukan selalu. Antaranya zat besi yang ada di dalam buah pisang boleh menstimulasikan hemoglobin dalam darah dan mengurangkan anaemia. Bagi mereka yang mengalami tekanan darah tinggi digalakkan makan buah pisang kerana kandungan potasiumnya yang tinggi. Satu kajian dibuat terhadap 200 pelajar sekolah di Britain yang bakal menduduki peperiksaan diberi makan pisang waktu sarapan pagi, makan tengahari dan malam. Didapati mereka berjaya kerana pisang baik untuk rangsangan otak. Triptopon, sejenis vitamin yang terkandung dalam pisang juga dikatakan boleh membuatkan pemakannya berasa tenang.
Selain buah, kulit pisang juga boleh menyembuhkan bintat atau rasa gatal akibat gigitan nyamuk dengan menyapukan bahagian kulit di bahagian yang digigit. Vitamin B yang terkandung dalam pisang dapat memberikan ketenangan kepada sistem saraf kita. Ternyata selain coklat, pisang juga boleh memberikan impak yang sama terhadap otak dan menghasilkan ketenangan. Ini berlaku kerana vitamin B6 bertindakbalas dengan kendungan gula dalam darah. Ia memberi kesan mood anda.
Sudah diketahui pisang baik untuk sistem pencernaan juga baik untuk ibu-ibu hamil. Di Thailand misalnya, ibu-ibu gemar memakan pisang bagi mengekalkan suhu sejuk anak yang bakal dilahirkan. Pisang yang banyak ditanam di negara-negara Asia Tenggara dipercayai mula ditanam secara ladang di New Guinea sekitar 5000 tahun sebelum Masihi. Bagaimanapun pisang yang ditanam sejak wujudnya Hawa ada disebutkan dalam hadis. Kisah pisang selepas itu muncul dalam sajak dari Palestin dan Mesir, dan menular ke masyarakat islam sebelum dibawa ke Asia Tenggara. Bahkan pernah diakui pisang dari negara Granada adalah pisang yang paling enak pernah ditanam di dunia. Pokok pisang dari Tanah Arab, dibawa keluar ke Timur Afrika, Madagascar dan ke Palestin.
Sunday, October 10, 2010
My Inspiration
Hasil gabungan mama yang memang santik time muda2 ditambah lagi dengan beliau aku yang boleh dikategorikan antara jejaka hensom sewaktu zaman mudanya, maka lahirlah aku yang memiliki kedua ciri tersebut ( eleh, angkat bakul pula...tapi siapa lagi yang boleh diharap untuk puji diri kita? ha..jawab! ) :)
Zaman muda mama tidaklah seindah mana. Macam tu juga dengan bapa. Aku seringkali mendengar cerita kisah silam mereka yang penuh cabaran, peperangan ( beliau memang lahir semasa zaman perang2 ). Dan mama pula lahir sebelum Malaysia merdeka!
Mama
Dilahirkan pada 14 April 1952 di kampungnya, Tubau Ranau. Usianya baru mencecah 2 minggu, ibunya telah meninggal dunia dan dia dijaga oleh neneknya yang prihatin. Pada usianya 4 tahun lebih, keluarganya dan beberapa saudara yang lain telah bertekad dan berpindah ke Batu 60, Beaufort. Di sana mereka juga mempunyai tanah untuk tapak rumah dan kebun ( bagusnya orang dulu2 banyak tanah).
Sekian lama ibunya pergi, bapanya pula berkahwin baru. Mama dapat ibu tiri. Namun kasih ibu tiri tidaklah seagung kasih ibu kandung. Mama hanya dilayan baik oleh neneknya yang menjaganya dari kecil. Oleh kerana ibu tirinya juga tidak lanjut usia, mama sekali lagi mendapat ibu tiri. Oleh sebab itu mama mempunyai adik beradik sebapa seramai 16 orang. Tetapi yang tinggal hanya 12 orang. Yang selebihnya telah pergi buat selama-lamanya.
Pada usia mama 6 tahun,mama mula bekerja. Membuat pekerjaan yang kalau dibandingkan dengan zaman sekarang, hanya kaum lelaki yang berumur lingkungan 18 tahun saja yang mampu melakukannya. Kerja menoreh getah, membuat beronti untuk tapak Railway, bersawah padi dan hampir semua kerja kampung mama lakukan. Demi mencari rezeki untuk meneruskan hidup.
Pada umur mama 18 tahun, seorang jejaka muslim berasal dari kampung Laboi, Maraba telah mengambil mama sebagai teman hidupnya. Disangkakan penderitaan mama berakhir selepas itu. Tetapi lebih perit lagi dari zaman bujangnya. Kejadian ngeri iaitu hampir mati di hujung kapak & parang yang membuat mama rasa bersyukur kerana jodohnya dengan suami pertamanya berakhir tidak lama selepas kejadian itu. Namun, mama tidak sesekali menyesali atas apa yang berlaku dalam hidupnya dan insiden yang menimpa suaminya. Yang dipercayai ditembak mati oleh seseorang yang cemburukan suaminya.
Selepas kejadian itu, mama kembali mengharungi hidup berdua dengan anak keduanya ( anak pertama meninggal semasa usia 40 hari sebab sakit ). Mama kembali meneruskan kehidupan harian dengan bercucuk tanam, menanam sayur-sayuran dan bersawah padi. Dengan usia anaknya yang baru 9 bulan waktu itu, mama gendong ke mana sahaja hala tuju. Ke sawah padi, ke kebun sayur, ke sungai. Semua mama lakukan sendirian. Kehidupan mama kembali tenang.
Tidak lama selepas itu, mama dilamar oleh seorang jejaka. Mama mulanya menolak, tetapi kerana lelaki tersebut bersungguh-sungguh ingin mengahwini mama, akhirnya mama setuju. Dengannya mama selamat. Tapi sekali lagi mama tekanan perasaan, bukan sebab didera oleh suami tapi sebab terdera dengan perasaan sendiri. Semua tugas dan tanggungjawab ke atas anak-anak adalah bergantung kepada buah fikiran mama. Bapa pula tidak pandai membuat keputusan sendiri. Hanya tahu membuat pekerjaan harian, iaitu turun ke laut mencari rezeki. Tidak berani mencari inisiatif sendiri. Mama lah 'mastermind' keluarga masa itu. Akhirnya keluarga mereka semakin bertambah dengan bilangan anak bersama seramai 7 orang.
Timbul lagi cabaran baru buat mereka berdua. Membesarkan anak bukanlah satu perkara yang mudah. Lebih-lebih lagi persekitaran ekonomi yang sangat tidak memuaskan ketika itu. Semuanya bergantung ke atas tulang empat kerat. Sangat sesuai diibaratkan " kais pagi makan pagi,kais petang makan petang". Semakin hari kos sara hidup semakin meningkat tetapi pendapatan harian semakin menurun. Akhirnya mama mengambil inisiatif untuk bekerja bagi membantu bapa menampung sara hidup. Semua keinginan tidak pernah tertunai, yang tertunai hanyalah keperluan yang betul-betul diperlukan sahaja. Bagaimanapun persekolahan ketujuh-tujuh orang anak mereka tidak pernah terbantut. Semua ini adalah kerana semangat mama yang tidak mahu melihat kami sama susah seperti hidup mereka dahulu.
Namun kami masih beruntung sebab mempunyai tanah yang boleh dikatakan cukup untuk menampung hidup. Hari-hari mama bekerja sebagai penoreh, kadang-kadang bapa ikut menolong tetapi tidaklah sehebat tugas mama. Biar dalam keadaan sakit, demam dan lapar, mama tetap meneruskan kerja hariannya demi mendapatkan sesuap nasi untuk semua anak-anaknya. Harga pasaran getah pada masa itu sangat rendah, lebih kurang 70sen sekilo. Lebihan dari belanja makan, mama simpan duit. Mana tau ada masa-masa suntuk, duit tu boleh digunakan.
Akhirnya anak-anak mereka semakin membesar, dan menamatkan persekolahan. Anak kedua, mama haikal mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke salah satu universiti di Jepun pada tahun 1995. Tapi tawaran tersebut terpaksa ditolak sebab kesuntukan masa untuk membuat persiapan. Perjuangan diteruskan lagi. Akhirnya pada tahun 2000 sekali lagi anak mama yang ke-5 ( selepas tamat SPM ) mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke salah sebuah universiti tempatan. Selesai 3 tahun pengajian, dia kembali ke tanah air dan berkhidmat sebagai pensyarah di Politeknik KK sampai sekarang. Pada tahun 2005 pula, anak mama yang ke-4 pula melanjutkan pelajaran di politeknik KK. Pada tahun yang sama juga kami sekeluarga telah kehilangan seorang ahli keluarga, iaitu anak mama yang ke-2 telah kembali ke rahmatullah pada usianya yang ke-28 tahun. Pada penghujung tahun 2006, kami sekali lagi kehilangan orang yang kami kasihi buat selama-lamanya iaitu bapa kami. Namun kami pasrah. Dan yang terakhir pada tahun 2009, aku selaku puteri bongsu mama pula melanjutkan pelajaran di politeknik yang sama. Aku belum pasti lagi siapa aku 5 tahun selepas ini. Semoga kami berjaya dalam hidup untuk dunia sampai akhirat.
Dengan ini, membuktikan bahawa semangat mama dan bapa telah membawa kami ke puncak jaya. Terima kasih mama dan bapa! Jasamu akan kami ingat selamanya.