Sengaja aku tabur2 gambar disini. Aku kan free skarang ini. Diam2 di rumah,kadang2 ke IP. Masak, makan, nonton muvi di umah. Oh, siuknya jadi prinses. :))
Aha,test baju kelas yang masi berbau febreze ala2 iklan febres gitu loh
Mikha Tambayong & pasangan beliau, Randy Pangalila dalam sinetron kegilaan ramai, Nada Cinta. ( Edisi Sabahan )
Oh ini bersamaan dengan siapa pula yah? emm emm, assume ja mewakili Rasti. Hamboih, nangis Michella Putri tengok aku punya assumption ini. :))
Yes, Fredy sedang berurusan dengan encik pensyarah. Inda ingat pula tengah tunggu kelas apa masa ni. Tapi tengok muka Kikie tu tersangatlah happy. Macam inda sabar2 dia tunggu perkataan 'kelas petang ni kensel...'. Aiyoo,inilah ragam budak2 sekolah
Rilek2 sementara tunggu exam English. Dalam library,bagus. Senyap sedikit biarpun indalah seberapa senyap.
Ouh, Syaira. Lagak seorang bisneswomen yang bakal2 diumumkan wanita berjaya pada award pertengahan tahun ni. Oh no,no, noo! :)) *mengigau dikala jaga*
Sirius,berkeyakinan tinggi,pendiam,bersungguh2, berhati waja dan.... inda tau malu. Eh??
Ini hasil kerja Zira atau nama panjangnya Nor Nadzirah Masuari. Cun kan beliau snap kami. Itu sony eriksen dia yang punya. Hoh, tida kena tanya punn... :))
Yihaaa, ini Dee Priscella. Sem 1, Sem 2, sem 3 we ol belum jadi besfren. Tapi start sem 5, sem 6 weol jadi close fren yg btl2 closer. :)). Best kawan ngan beliau, inda pandai mengamuk depan aku. *memangla, xkan tiada pasal pun mau mengamuk*
Ouh, my klasmet yang 1st time jumpa kamera digital. Selama ini mereka cuma biasa begambar guna DSLR ataupun kamera henpon yang pakai touch skrin. Ouch!
Mr. Ugu tunjuk kasut dia suh tingu apa brand dia guna. Malangnya perlakuan beliau itu menyebabkan Ms. Zira terpaksa menutup hidung. Kenapakah, apakah?? *diselubungi misteri*
Ishh, cerita ini tidak mengikuti kronologi sungguh! Ini dalam dewan kuliah kej. awam. Semasa menghadirkan diri dalam kursus yang dianjurkan oleh CIDB. Dapat sijil, lepas tu dapat green card lagi. Mana mau dapat oouh, free lagi tu. Kalau ambil sendiri bayar RM60 ka kalau inda silap.
Ni jejaka dalam kelasku yang sama macam aku punya spiking. Kami hantap ingin betutuan kedayan, makanya aku ingin bekawan sama beliau. Haha, kenapakah semua mereka2 yang muda 3 tahun dari aku ni aku panggil beliau? Jan marah kawan.
Uiseh, sebelum masuk makmal ni kan? Sapa yang suh kamu kandid?
Riezan teknisyen berbakat. Riezanlah harapan kami engineer2 ini.
Tadaaa...the last photo in dis setori. Inilah rumetku masa semester 1. Rumet merangkap kelasmet. Beliau jaguh matematik,jaguh english manakala gue jaguh drawing. So, kami selalu faiting dan make a kerjasama dalam subjek yang begitu diminati oleh diri masing2. Memandangkan kami sama2 tamat dalam kelas aliran sains maka semuanya jadi mudah. Uhuk uhuk uhuk.*batuk tiba2*
Bersambung di episod akan datang.... :)
Thursday, December 13, 2012
Thursday, December 6, 2012
Jadi pengembara kecil
Mengembara memang suatu hobi yang sangat menarik! Fantastik! Dan hobi ini memang tertanam dalam jiwa sejak kecil dahulu. Mengembara di belakang rumah, masuk hutan belukar ketika cuti sekolah. Bina khemah dan bawa sedikit makanan dan minuman. Sungguh indah kenangan waktu kanak2.
Tuesday, November 20, 2012
Ulat buku vs Ulat internet
Esok merupakan hari untuk menempuhi peperiksaan bagi kertas Construction Management. Jadi ulat internet memandangkan dah resign jadi ulat buku. Heheww
Klik sini untuk jadi ulat sepertiku... :D
Klik sini untuk jadi ulat sepertiku... :D
Monday, November 19, 2012
Memahami Hakikat Dajjal
Tidak ada fitnah yang paling besar dan dahsyat sejak Allah menciptakan dunia melainkan fitnah Dajjal. (Hadis riwayat Ahmad di dalam Musnadnya dari Hisyam bin ‘Amar)
Kita pernah membaca kisah Namrud, bagaimana dia membina kota Babylon
yang hebat dan mengaku dirinya sebagai tuhan manusia, pencetus agama
Pagan yang dianuti hingga ke hari ini serta mengarahkan tenteranua
membakar insan mulia bernama Nabi Ibrahim as. Namun kisah itu tidak
dirakam sebagai fitnah dahsyat di dalam sejarah manusia.
Kemudian kita melewati kisah Firaun yang membina bongkah-bongkah
segitiga gergasi Piramid yang hebat. Dikatakan dia tidak pernah sakit
sepanjang hidupnya dan pernah mengaku; ‘…aku adalah tuhan manusia’. Dia
juga tidak dikatakan ancaman dahsyat bagi tamadun umat manusia.
Menyusul selepas itu nama-nama pencetus krisis peradaban manusia
zaman baru seperti Ceaser, Attila The Hun, Missoluini, Hitler dan banyak
lagi tokoh kejam dan zalim tetapi tidak pun di antara mereka pernah
digambarkan oleh Nabi SAW sebagai ancaman yang dapat menandingi ancaman
fitnah yang akan dicetuskan oleh Dajjal.
Ini adalah pengakuan Nabi yang dirakamkan 1,400 tahun dahulu. Para
sahabat yang mendengar kata-kata ini tergamam. Betapa ketika umat islam
tandus imannya, Allah datangkan sebesar-besar fitnah di dalam kehidupan
mereka. Lantas Nabi SAW mengungkapkan sebuah hadis berupa munajat dan
pengharapan;
“…seandainya dia (Dajjal) keluar sedangkan aku berada di kalangan
kamu, maka akulah yang berhadapan dengannya bagi mewakili setiap umat
Islam. Dan jika dia (Dajjal) keluar selepas kematianku, maka setiap kamu
adalah penyelamat bagi dirinya sendiri (bertanggungjawab untuk
melawannya) dan Allah adalah sebagai penolong kamu sekalian ” (hadis
sahih diriwayatkan oleh ibnu majah dan ibnu khuzaimah dari abu umammah)
Ramai yang cuba memahami kisahnya dan mengenali dirinya yang sebenar.
Namun lebih ramai yang keliru bahkan menyimpang jauh dari hakikat yang
sebenar. Hari ini kisah dari fitnah Dajjal ‘dipandang sepi’ , tidak lagi
menjadi bicara umum, tidak disebut di dalam khutbah dan ceramah, bahkan
kini kisah Dajjal tampil dengan pelbagai “wajah”.
Ketika membicarakan kisah Dajjal seolah-olah timbul keraguan, apakah
benar kisah Dajjal satu hakikat atau hanya mitos agama dan sejauh mana
kisah Dajjal meneati zaman sains dan teknologi.
Ketika inilah hadir jalan takwil dan tamsilan cerita Dajjal diukur
mengukut jalan fikir yang selesa sedangkan pada hakikatnya ia terkeluar
dari konteks maksud asal hadis Nabi SAW. Jika dapat diputar kembali ke
zaman Nabi, mungkin akan timbul di hati baginda betapa amaran, harapan,
dan doanya dipermudahkan sedemikian rupa.
Fitnah Dajjal adalah fitnah terbesar, terakhir dan terdahsyat di dalam sejarah manusia; itulah pesanan junjungan Nabi SAW.
“semenjak Adam diciptakan sampai berdirinya kiamat tidak ada hal yang
lebih besar dari fitnah Dajjal” (Riwayat Muslim dalam sahihnya
kandungan kitab Fitan dari Hisyam bin ‘Amir)
Ironisnya ketika subjek Dajjal dibicarakan baik melalui penulisan
buku media, laman-laman web dan blog, ia kerap ditampilkan di dalam
bentuk mitos atau misteri yang tak terungkap. Dalam masa yang sama
ketika hadis-hadis Dajjal yang sahih ini diketengahkan lebih ramai
pembicaranya selesa mengolah semula “intipati” hadis ini mengikut
kesesuaian zaman dengan kaedah takwil, rukyah dan tamsilan.
Persoalannya, apakah pendekatan yang kita ambil ini benar sepertimana
Nabi dan para sahabat melihat dan memahami Dajjal? Apakah kita lebih
mengetahui perihal Dajjal dari Nabi SAW sendiri?
Ad-Dajjal bermaksud menutupi. Ibnu Dihyah Al-Hafiz berkata : “para
ulama sepakat mengatakan perkataan Dajjal itu membawa sepuluh
pengertian.” Semua pengertian itu tetap menghinakan Dajjal.
Antaranya dia menipu manusia, dia menutupi bumi dengan kepalsuan, dia
menginjak setiap inci bumi kecuali Mekkah dan Madinah dengan maksud
membawa kehinaan, dia mencelup warna kehidupan manusia dengan kelalaian
dan kefasikan dan dia membawa kilauan cahaya yang mengaburi mata manusia
dari sinar kebenaran.
Jelas yang dibahaskan secara terperinci tentang Dajjal tidak hanya
fitnahnya bahkan dikupas secara halus pengertian namanya. Imam Ibnu
Hajar di dalam kitab Fathul Baari, dari gurunya Syeikh Majduddin Asy
Syairazi al-Fairuz Abadi telah menghimpunkan 50 pendapat mengapa manusia
ini dinamakan Dajjal.
Pertikaian penggunaan istilah Al-Masih juga dibahaskan oleh para
ulama hadis kerana ia memberi konotasi yang silap dan menyimpang. Ia
menimbulkan kekeliruan di antara Nabi Isa as dengan Dajjal. Terdapat
pendapat yang mahu membezakan Dajjal dengan Nabi Isa as melalui
penambahan ejaan Al-Masikh.
Tetapi menurut Ibnu Hajar di dalam kitabnya, Fathul Baari, ia adalah
satu kesalahan yang diada-adakan. Sedangkan Nabi SAW mengikut Al-Qadhi
Ibnu ‘Arabi membezakan ia sebagai Masih Adh Dhalalah yang bermaksud
Al-Masih dengan kesesatan sementara Nabi Isa as digelar dengan Masih
Al-Huda bermaksud Al-Masih dengan kebenaran.
Al-Masih di dalam pengertian bahasa melayu adalah “menghapus” atau
“menutupi” dan turut membawa makna “yang mengembara”. Justeru untuk Nabi
Isa, Al-Masih dipakaikan gelaran itu kerana Nabi Isa as menghapus
penyakit-penyakit manusia melalui tangannya dengan izin Allah.
Dajjal disebut sebagai Al-Masih kerana mata kanannya terhapus
(menutupi cahaya) dan alis mata kanannya juga terhapus atau menutupi
dunia dengan kebenaran dan turut bermaksud Dajjal akan mengembara ke
seluruh pelusuk dunia.
Dajjal adalah antara kisah akhir zaman yang paling kerap disebut oleh
Nabi SAW. Ia adalah tanda bahawa dunia sudah sampai penghujung. Namun
peringatan tentang bahaya fitnah Dajjal disebut seawal zaman nabi Nuh as
lagi. Bahkan setiap Nabi yang dibangkitkan akan mengingatkan perkara
yang sama bahawa Dajjal akan merosakkan agama, memporak-perandakan
kesatuan manusia dan membawa kemusnahan dunia.
Nabi Muhammad SAW di dalam hadisnya menyebut:
“wahai manusia, sesungguhnya tidak ada fitnah yang lebih besar di
muka bumi ini sejak dari penciptaan Adam yang melebihi fitnah Dajjal.
Dan bahawasanya tidak ada satu Nabi pun yang diutus oleh Allah yang
tidak mengingatkan umatnya tentang fitnah Dajjal, sedangkan aku Nabi
yang paling akhir dan kamu adalah umat yang paling akhir. Ingatlah tidak
dapat diragukan lagi Dajjal itu pasti datang di kalangan kamu…” (Hadis
sahih diriwayatkan oleh Ibnu Majah dan Ibnu Khuzaimah)
Saya cuba membawa pembaca menjawab persoalan paling asas. Soalan ini
nantinya akan membuka dimensi baru dan mungkin memberi bentuk rupa
fitnah Dajjal yang dimaksudkan oleh Nabi. Persoalan asas itu adalah
apakah Dajjal itu makhluk atau sekadar simbol sahaja, institusi atau
sememangnya seorang manusia?
Persoalan ini adalah persoalan yang serius. Jelas soalan ini perlu
ditanggapi terlebih dahulu sebelum kita membicarakan bentuk rupa fitnah
Dajjal. Ramai di kalangan kita beranggapan soalan seperti ini termasuk
di dalam hal yang remeh temeh dan tidak perlu dijawab.
Allahuakhbar! Sama-samalah kita mengambil iktibar dari pengajaran berpandukan penelitian semasa.
Dipetik daripada http://ototmen.wordpress.com/
Dipetik daripada http://ototmen.wordpress.com/
Saturday, November 17, 2012
Bolehkah Mengunyahkan Makanan Untuk Bayi?
Melihat seorang ibu yang mengunyahkan makanan untuk bayinya bukanlah suatu yang aneh di negara kita. Ketika kebanyakan orang mungkin merasa jijik atau khuatir akan kemungkinan penyakit yang dapat ditularkan oleh ibu kepada bayinya, justru kajian menemukan bahawa sebenarnya mengunyahkan makanan untuk sang bayi merupakan kaedah makan yang dapat membuat bayi menjadi lebih sihat. Kerana, mengunyahkan makanan untuk bayi akan membuat bayi terpapar oleh air liur ibu mereka, dimana hal ini akan memberi mereka dorongan sistem kekebalan tubuh yang mereka tidak mampu mendapatkannya dari makanan bayi steril yang dibeli di sebarang kedai.
Bayi mulai memerlukan makanan tanpa susu
dalam menu makanan mereka pada saat berusia enam bulan. Namun, gigi
geraham yang mereka perlukan untuk mengunyah makanan belum tumbuh sampai
mereka berusia 18 sampai 24 bulan. Menurut penelitian yang dipimpin
oleh Gretel Pelto, seorang antropolog dari Universitas Cornell,
mengunyahkan makanan untuk bayi adalah penyelesaian paling baik untuk memberi
makan bayi selama tempoh ini. Bahkan kaedah ini sudah digunakan dalam
banyak kebudayaan sampai hari ini, termasuk di kebanyakkan daerah di negara
kita.
Selain itu, mengunyahkan makanan untuk
bayi juga dapat mencegah timbulnya penyakit autoimun, seperti asma.
Keadaan ini muncul ketika sistem kekebalan tubuh secara keliru menyerang
sel tubuh sendiri, kerana menganggap sel tubuh sebagai benda asing,
dimana penyakit tersebut ternyata berkaitan erat dengan masa kanak-kanak
seseorang yang jarang terpapar patogen penyakit. Bukti epidemiologis
pun menunjukkan bahwa terdapat peningkatan risiko terkena penyakit asma
dan berbagai kondisi alergi lainnya pada anak dan orang dewasa yang
lingkungan pada awal kehidupannya sangat sedikit terkena paparan patogen
penyakit.
Penelitian yang dilakukan oleh Samuel Baron, seorang imunolog dari
University of Texas Medical Branch, menunjukkan bahawa penularan penyakit
dari mengunyahkan makanan untuk bayi ternyata jauh lebih sedikit berbanding yang diperkatakan sebelum ini. Hal ini dapat terjadi disebabkan
adanya antibodi alami dalam air liur yang secara signifikan mengurangi
penularan penyakit patogen yang terdapat pada air liur. Dan ditunjukkan
pula bahawa risiko penularan HIV melalui air liur sebenarnya sangat
rendah, lebih rendah dari risiko penularan melalui ASI.
Thursday, October 25, 2012
Sesi bakar2
Uiseh. Makin advance kita sekarang. Jom geledah dapur si bibiana.
Sekian, itu sajalah sesi bakar2 kita pada pagi ini. Kalau ada masa terluang cubalah. Senang saja, xperlu perah keringat. Dijamin siap dan sedia untuk dihidangkan paling lama setengah jam kemudian.
![]() |
Bahan yang diperlukan untuk menghasilkan cheese cake buatan rumah atau nama glamernya homemade cake. |
![]() | ||
Selesai adun, sila masukkan ke dalam oven. |
Hoi! Apa kaitan kari rendang ngan bakar kek?
![]() |
Whoaa...makin mengembang. Nampak ka nampak ka? *excited berlebihan* |
![]() | |
Sedia untuk dimakan. Untuk lebih real lagi, silalah taburi dengan hirisan keju yang sungguh mengujakan. |
Sekian, itu sajalah sesi bakar2 kita pada pagi ini. Kalau ada masa terluang cubalah. Senang saja, xperlu perah keringat. Dijamin siap dan sedia untuk dihidangkan paling lama setengah jam kemudian.
Monday, October 22, 2012
13 Tips Perkahwinan Daripada Ustaz Azhar Idrus
1. KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.
2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.
3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah.
4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa’kan anda, kerana
anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf
apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do’a mereka.
5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.
6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.
7. KETIKA RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justeru semakin erat berpegang tangan.
8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100%
9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.
10. KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.
11. KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita.
12. KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit
secara bertanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.
13. KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.
DIkongsi dari Keharmoniaan Rumahtangga Dan Keluarga Muslim SYUKRAN...Semoga ALLAH merahmati kalian.
3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah.
4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa’kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do’a mereka.
5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.
6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.
7. KETIKA RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justeru semakin erat berpegang tangan.
8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100%
9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.
10. KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.
11. KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita.
12. KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.
13. KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.
DIkongsi dari Keharmoniaan Rumahtangga Dan Keluarga Muslim SYUKRAN...Semoga ALLAH merahmati kalian.
Sunday, October 21, 2012
Post yang mengerikan
Baca tittle ja terus rasa seram sejuk. Entah macam-macam sudah terbayang dalam minda bila baca tajuk macam tu. XD ( joke & feel funny ). Hari jumaat baru2 ni rasa lain benar aku mau balik kampung. Selalunya seminggu lagi mau balik kampung sudah terasa excited yang tidak terhingga. Rasa mau lumpat pun ada. Tapi baru2 ni rasa x best. Rupanya memang betul x best. Nasib baik hero dalam cerita ni tiba2 muncul walaupun sebenarnya di telefon sedang2 beliau ada urusan. Heheheh,kesian pula bila diingat balik. Kepada heroku itu, kalau baca post ini harap sediakan tisu sebanyak yang mungkin T___T.
Apa yang sudah terjadi membuat aku fikir balik2. Bersyukur sangat2 dengan tuhan sebab berikanku kewarasan akal, tidak bertindak mengikut emosinal. Dan apa yang penting, aku sudah mampu membuat keputusan yang tepat. Dan tidak lupa terima kasih banyak2 dengan insan sekelilingku yang memahami dan menyayangi. Sekiranya aku tidak mampu membalas jasa kalian, Allah sajalah yang membalasnya.
*Tidak akan berlaku sesuatu itu melainkan dengan izin-Nya*
Friday, October 19, 2012
Oh 'my study'
Bangun pagi rasa sangat bersemangat. Sebab apa,sebab hari ni ada test 2 Construction Management. Selesai solat subuh, panaskan air, buat sarapan dan makan. Apa lagi ya....em,oh ya nonton filem 'The warriors way'. Ntah wayang keluar time bila ni, maklumlah kita ni bukan kaki wayang. Kadang-kadang ja. Hehew.
Oleh karna mood sangat baik hari ni, ditambah lagi dengan kehadiran set tv baru maka aku pun trip2 macam orang kaya nonton tv betul2 duduk depan tv. bukan macam selalu duduk celah2 atau hujung2. Uih,begini pula resolution full hd. eh, perasan mcm org kaya lagi. Huhu,
Terbiasa hidup dalam ke'low profilan' sangat. Jakun dalam hati saja. XD
Dahla,malas menayang mood d sini. Online sekejap, then nampak post baru dari classmate. Test online kensel. Jadi, tepaksala aku stok semula apa yang sudah aku hafal dari kemarin ni ( Kunun ). Eh,kemarin kan aku pegi Pitas. Berikut adalah gambar makanan laut yang aku sempat shot. Wah, my darling lobster. Gile eh makan d restoran seafood ni sudah RM130++. Lebih kurang begitulah. Sini murah sedikit berbanding semenanjung. Nda taula kenapa. Apa pun bersyukur dengan apa yang ada *terus tunduk*
Cantik.Cemerlang designer lobster ni. Nampak real lebih2 dari jarak dekat. Nampak saja restoran biasa, tapi juga menyediakan masakan seafood seperti yang kita semua sering banggakan. Fresh lagi. Enak, satu masa nanti aku mau driving alone or ngan family ke sini.

Sunday, October 7, 2012
Rindu dengan 'My Botany' aktiviti
Kebiasaannya,hujung minggu ku di kampung banyak dihabiskan dengan bermanja-manjaan bersama pokok-pokok bunga tersayang. Tapi masa ini aku bukan di kampung lorh. Sekarang ni lagi melayan kebosanan diam2 di bilik asrama...hm,lebih kurangla bilik asrama ( tumpang umah abang ). Itu yang sedihnya. Maka secara tidak disedari ideaku untuk upload gambar ni tiba-tiba muncul.
Tiada kata seindah bahasa,tiada ungkapan seringkas gambar....hehew,sangatla berbunga-bunga bahasa itu! Mohla tengok gambar selepas tu masing-masingla ungkapkan dalam hati T__T
Lihatlah, betapa rajinnya diriku ini. Jangankan pokok bunga, rumput liar pun aku ternak. Eh,salah istilah ka?
Sewaktu dalam perjalanan ke Kudat April lalu, aku dan teman singgah sat di ada satu tempat persinggahan yang dinamakan Langkon. Nda pasti pula masuk daerah Kota Marudu atau Kudat. Kaka yang jual pokok ni cakap dorang menamakan pokok ini sebagai 'bunga om'. Eh? Speselnya juga para om itu miliki bunga sendiri lagi. Kamu ada?
Sebahagian dari mereka-mereka yang berkenaan.
Ouh, Bougainvilla ( betul ka ejaan saintifik nih ) ku sayang. Paling terbantut berbanding kawan-kawannya yang lain. Huh, rosak sungguh ayat itu.Mentangla dah abis ambil SPM.. =D
Ini dia member baru dalam kalangan mereka. Member baru tapi yang paling subur. Kalah baja subur oke. Ni spesel sikit, asal pagi warna putih, bila hari melimpasi tengah hari warnanya otomatik bertukar menjadi pink kaler....menarik bukan? Cinta sangat.
Tiada kata seindah bahasa,tiada ungkapan seringkas gambar....hehew,sangatla berbunga-bunga bahasa itu! Mohla tengok gambar selepas tu masing-masingla ungkapkan dalam hati T__T
![]() |
Belum sempat audit. Takpa, pegawai kualiti belum mau sampai lagi. Hehehe |
![]() |
Pokok bunga kertas yang nyata sangat perlukan baja bunga. Baru sahaja beberapa minggu ditabur ngan baja, bunga yang dihasilkan nyata memberangsangkan sekali. ( ayat skema SPM ) ;P |
Sebahagian dari mereka-mereka yang berkenaan.
Ouh, Bougainvilla ( betul ka ejaan saintifik nih ) ku sayang. Paling terbantut berbanding kawan-kawannya yang lain. Huh, rosak sungguh ayat itu.Mentangla dah abis ambil SPM.. =D
Ini dia member baru dalam kalangan mereka. Member baru tapi yang paling subur. Kalah baja subur oke. Ni spesel sikit, asal pagi warna putih, bila hari melimpasi tengah hari warnanya otomatik bertukar menjadi pink kaler....menarik bukan? Cinta sangat.
Monday, October 1, 2012
Drive thru Sabah-edisi pedalaman
Trip to Keningau-> Tambunan->Ranau
Inda perlu cakap banyak-banyak. Tengok gambar ja mesti tau dah kan...
![]() |
suka tengok roundaboard ni, model halia. Simpang Tambunan-Ranau |
![]() |
Kreatif. Kerusi dihasilkan menggunakan akar tuba. Berselirat,macam Jumanji. |
![]() |
Jakun tengok ikan Patin & ikan Koi yang dah dewasa. Baru penah tingu versi besar. Selama ni penah tingu yang kici2 saja |
Depan tugu Mat Salleh weihhh..akhirnya, 10tahun yang lalu belajar dalam subjek sejarah,kini barulah berjaya menjejakkan kaki di depan tugu. Salah seorang pahlawan Sabah. Kematian yang misteri, sehingga kini tidak diketahui permakaman beliau.
Panasye cuaca! Kekejutan cuaca, dari cuaca sejuk bawah 20darjah celcius tiba-tiba naik 30darjah Cel.
Sarapan pagi walaupun tak seberapa pagi. Sekitar jam 11 lebih. Hu,enaknya.
![]() | |||||||||||
Kabus dah naik ( Kalau di Kundasang kabus turun ) |
Oh my garden sweet garden. Jeles tengok! Nanti dah habis belajar mau buat kebun begini la jua. Tanam terung banyak-banyak macam ni.
Saturday, September 8, 2012
Indahnya memaafkan
Maafkan mereka
agar jiwamu petah berbicara
mengajar insan erti bahagia
dan tersenyum dalam duka
Maafkan mereka
Agar hatimu lapang segala
Menikmati hari-hari baru
yang penuh duka lara
Maafkan mereka
Kerana jiwamu sedar mengerti
Hidup ini ada hari datang dan pergi
Kata-kata dipinjam dari http://myibrah.com

Berhujung minggu di bilik
Aduihh, bosan amat nih! Duduk sorang-sorang di rumah, dah tu lepak dalam bilik ja memanjang. So, untuk menghilangkan perasaan bosan ku tika ini apakata melayan resepi dari blog ke blog. Rasa seronok sangat, hmmm... kalau ada bajet rasanya sekarang juga mau mencuba resepi ni. Sedap siot,rasa seperti di rumah dengan keluarga ( hakikatnya aku sendirian ja waktu ini ). Meriah di hati hanya dengan menjamu mata dengan pelbagai masakan. Tapi betullah, kalau dah memang minat part ni, tak dapat dinafikan keseronokannya :P. Ingin sangat mencubanya.
Jom terokainya,bagi anda yang sama meminati part masak-memasak ni di sini ok
Anda pasti teruja seperti saya.... :)
Jom terokainya,bagi anda yang sama meminati part masak-memasak ni di sini ok
Anda pasti teruja seperti saya.... :)
Wednesday, September 5, 2012
Dulu lain,sekarang lain...
Seperti ceramah Tuan Hj. Mustafar sebentar tadi. Zaman dia era 70-an dulu orang masa tu bejalan ja, inda perlu berlari. Berlari pun tiada guna sebab tiada yang mau di ovetek.
Tapi sekarang semua tu dah berubah. Bak pepatah, sekali air bah sekali pantai berubah. Orang zaman sekarang semuanya perlu cepat. Mandi cepat,makan cepat, tidur cepat, bejalan cepat ( aku dah tekena sindrom bejalan cepat ni sejak sekolah menengah ), becakap cepat-cepat (tapi selalu disuruh repeat again oleh teman rapatku ) dan sekarang becakap setakat 30km/j saja ( kali lah ).
Pergi kelas mesti cepat,kalau boleh berlari lagi bagus. Pergi kerja pun mesti awal inda mau sangkut di jalan ( sumber dipetik daripada pengalaman penceramah sebentar tadi ). Rasa inda berbaloi jarak dari rumah ke tempat kerja 3Km masa di ambil untuk sampai 45minit. Aku cadangkan lebih baik guna basikal. At least ada senaman pagi, save petrol dan dapat mengurangkan kesesakan lalulintas. Macam di europe, rata-rata penunggang basikal memakai kot. pakai segak-segak. Maknanya pegawai-pegawai lah tu ( sumber dari kawan ).
Kesimpulannya, kita mestilah selari dengan peredaran zaman yang serba pantas ini. Biar kita yang meninggalkan zaman, jangan zaman yang mendahului kita. Fuhhh...

Tuesday, September 4, 2012
Just share
Kita selalu terlupa,dalam kehidupan seharian kita melupakan apa yang kita wajib tahu. Semoga selepas ini kita tidak lagi mengambil ringan dengan perkara ini.
Subject: "Akum = Avde Kokhavim U Mazzalot"
Maksud singkatan " A'kum"
Assalamu'alaikum
Untuk renungan bersama :
Janganlah kita menggantikan perkataan "Assalamualaikum" dengan "A'kum" dalam sms atau apa sekalipu melalui tulisan. Jika perkataan Assalamualaikum itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan "Salam" iaitu sama makna dengan Assalamualaikum.
Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform A'kum dalam sms ataupun email. Perkataan 'AKUM' adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud 'BINATANG' dalam Bahasa Ibrani.
Ia singkatan daripada perkataan 'Avde Kokhavim U Mazzalot' yang bermaksud 'HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT'.
Mulai sekarang jika ada orang hantar shortform "A'kum", kita ingatkan dia guna "Salam" kerana salam ialah dari perkataan Assalamualaikum. Semoga ada manfaatnya.
JIKA ANDA TIDAK KEBERATAN , FORWARD LAH CERITA KEPADA TEMAN TEMAN MU, KERANA SESUNGGUHNYA ILMU YANG BERMANFAAT ITU , AKAN ABADI JIKA DIAMALKAN.

Thursday, August 30, 2012
Budaya ziarah di Aidilfitri
Seperti tahun yang sudah-sudah, persiapan kami ala kadar saja. Tapi tetap meriah. Lebih-lebih lagi ada pertambahan bilangan ahli keluarga. Heee :)
Ini kazen sebelah mama. Itu uncle-uncle yang duduk sebelah kiri my mama is adik-adik dia.
Syukur alhamdulillah, tahun ni kami dapat bersama ( walaupun tidak semuanya terkumpul ). Itu sumandak sebelah kiri aku bakal berkahwin Mei tahun depan.
Ini anak saudara kami. Abang sulungnya sangat pemalu, di ajak bergambar inda mau. Adedeiih...
Maya, sebelah kanan aku bakal menghadapi UPSR september ni. Semoga lulus cemerlang hendaknya. Bakal mewarisi kecemerlangan akademik Allahyarhamah Ibumu. Amiin ya Allah.
No caption.
Ain, the little princess. Sukanya bergaya depan kamera, heehee. Bakal fesyenista alaf baru.
Sekian,wasalam.
Friday, August 10, 2012
Berbuka puasa - budak sekolah edition
Benar kata cikgu dan pensyarah yang dikasihi sekalian. Zaman persekolahanlah zaman yang paling best dan siuk sekali. kalau mau buat aktiviti jalan-jalan, cuti-cuti, kemping-kemping time ni lah paling bagus sekali. Sa suka, suka dan suka sangat-sangat. Lebih-lebih lagi sewaktu masih memegang tittle bujang ni. Asiiik banget! bilang teman di Indon. Jom menyelongkar edisi kali ni. Berbuka puasa dengan rakan sekelas walaupun inda semuanya berpuasa.
Nasi ayam sebagai menu pilihan anak-anak ini. Ice lemon tea sebagai terapi tekak setelah seharian berpuasa. Gulp,terasa di tekak sudah. Astaghfirullah halaziim...sabar ko. Tunggu azan maghrib berkumandang di udara dulu :p
Zira dan Priscella dok menung apa tu hah? macam ada rasa inda puas hati saja tuh? hahaha...sabar korang berdua. lagi 5 menit waktu berbuka.cehh
Eza yang vegetarian. Aku dan Priscella tengok lama-lama. Manatau ternampak bayangan macamana proses yang tukang masak lakukan bermula dari memetik di kebun, cuci belah dua goreng bawang tambah perasa kacau-kacau angkat sehinggalah proses menabur bawang goreng dan siap untuk dihidangkan. ( hinsss hinnss, ambil nafas panjang-panjang )
Setelah penat makan,maka kami pun bergerak mau pulang ke umah masing-masing. Eh? bukan tinggal kamsis kah? Lupa,siouuuu...tapi bukan terus pulang, si kawan mengajak singgah di RamaiJaya. Dan kami pun terlajak lah masuk dan masing-masing mengambil sandal yang bagus untuk di cubaguna..........ups, menayang kah tu. Tengok,betapa anggunnya aku dan Priscella bila men'test' sandal ni. Beli la, RM9.90 ja. Di kedai lain, lain harga sudah ni.
The Next top model. Zira dengan sepatu getahnya. Tahan geseran, kalis air, anti karat, water proof seterusnya anti kopak dan pelbagai lagi kelebihannya sehingga tak mampu dirungkaikan dengan kata-kata. Perghh... menarik bukan sandal ni. Pelbagai guna lagi hanya dengan harga RM9.90 di RamaiJaya. Mohla kita angkut sama-sama ( semangat gila kunun ).
........................................................??
Eh, ingatkan ada lagi foto mau di explain.
Maka dengan itu berakhirlah sesi berbuka puasa kita pada petang kemarin. Hehehehe

Saturday, August 4, 2012
Why fastfood?
Selaku orang bujang, kita selalunya suka ambil jalan mudah bila taim menjamu selera. Bukan inda rajin/malas cuma suka berbuka di luar. Kebetulan ada insan berhati mulia belanja ,ceeewww jadi tunggu apa lagi. Belasah je la. Heee
Beli satu piring, percuma satu piring. Unbelieveable! Inda percaya ya udahhh....
Mudah dan tidak jimat untuk juadah berbuka puasa. Apa boleh buat, duit dalam wallet inda pandai habis. Ops!
Panorama at roundabout Bandaran di jam 7.10 petang.
Jeng jengggg, loga 'M' yang mahal. Bukan singgah McD ok, tapi singgah Maybank.
Subscribe to:
Posts (Atom)